SOTONG MASAK HITAM UNTUK SI DIA

Sis Lin
22
SOTONG MASAK HITAM UNTUK SI DIA | Siapa sini gemar makan menu Sotong Masak Hitam ni? kalau suka bolehlah geng dengan anak bujang Sis tu. Dia kalau di tanya, 'Sotong nak masak apa?', laju aje nanti dia jawab, 'Masak Hitam', hahahaha. Kalau kakak-kakaknya kurang gemar, kalau Ayahnya plak, bedal aje apa di masak hehehe.

Cuma Ayahnya membebel sikit je laa semalam bila nampak sotong hitam tu. Korang rasa kenapa? Hehehehe yaaa kalau yang biasa ikuti ceritera Sis, Suami Sis memang pantang masak sotong di potong kecil macamtu. Dia akan kata, 'kalau sotong potong camtu, baik beli sotong kecik'..haaa gituh!..

Tapi sebab Sis masak hanya 5 ekor aje, so Sis kerat-kerat aje laa biar bagi nampak banyak. Pun kena bebel secara halus gak hahaha.

Lagipun siapa aje nak makan, memang masak sotong hitam untuk si dia aje. Anak Sis,Yana plak outstation 2 hari ke Tanjung Malim, ada kursus untuk jualan Proton X50, Sis pulak masih lagi belum makan nasi selepas pembedahan tonsil tu so memang masaknya semangkuk aje la. Tu pun macam banyak aje Sis nengok. Jadilah untuk makan si anak dan Ayahnya semalam. 

Sotong Masak Hitam Untuk Si Dia

Amekkaww terus dari kuali DIY Sis ko post! hahahaa takdan lerr nak amik gambo lelawa, inilah rupa gaya sebenar surirumah memasak, so ko hadap je laaa gambo sebegini rupa hahahaha.. 

Nak masak sotong hitam ni bukannya susah, sonang aje. Dan lagi satu ada jugalah desas desus Sis dengar, kata makan sotong hitam ni haram, korang ada terbaca? Eermm entahlaaa.. tak rasa pulak Sis nak kaji benda tu, bagi Sis bior lee tak tau dari tau, sebab rata-rata sampai laaa ni, ramai aje Mak-Mak kita dari zaman dulu pun dah masak menu ni kann, so kira resepi turun temurun le ni. 

Tapi kalau yang selalu dan biasa makan, mesti sukakannya..nak masaknya pun tak susah. Lagi kalau ko guna pakai resepi Sis, lagi le mudah nak memasaknya. 

Siap masak, makan panas-panas dengan nasi, dan KangKung Belacan, perghh sedap oii...adeii kecurr la plakkkk... arghhhhhh

Sotong Masak Hitam Untuk Si Dia

Resepi Sotong Masak Hitam
  • 5 ekor sotong sederhana besar
  • Selabu bawang besar *hiris
  • 3 ulas bawang putih *hiris 
  • Sebiji lada merah *hiris
  • Sebiji buah tomato *potong 6
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji buah pelaga
  • Serbuk lada hitam
  • Garam dan perasa

Cara Memasaknya : 
  • Bersihkan sotong dan jangan dibuang hitam dakwatnya. Macam Sis 5 ekor sotong, Sis hanya amik hitamnya 3 ekor sahaja. 
  • Panaskan kuali, dan tumiskan bahan hirisan sampai garing.
  • Kemudian masukkan kesemua sotong berssekali dengan hitam yang ada di kepalanya tu.
  • Gaul sampai sotong kecut.
  • Masukkan buah tomato, daun limau purut, buah pelaga dan semua bahan perasa. 
  • Kacau-kacau hingga sotong masak.
  • Tutup api dan angkat. 

Senang je kan..
Selamat mencubanya.. 

Duk fikir plak, harini nak masak apa ekk untuk diri sendiri..adeii jemu hari-hari makan bubur laaaa huwaaa :(( .... 


P/S: Syukur alhamdulilah atas rezeki yang Engkau berikan...terima kasih Suamiku ❤

إرسال تعليق

22تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. betul sis..kadang2 kalau tengok rancangan memasak letih pulak tengok nak tumis bahan letak sejenis2.. kalau kita tuang je semua yg atas papan potong tu. kalau nak letak dlm mangkuk pun junamkan je terus dr kuali..letih nak senduk sikit2 ni.

    ردحذف
    الردود
    1. haha sama.. tuang je semua sekali gus.. kadang tu pun tak adanya nak sedia bahan satu persatu dan masak. sambil masak sambil sedia bahan. potong sumbat kacau potong sumbat kacau..

      nak hidang pun malas nak senduk sikit2. tuang je dari kuali/periuk

      حذف
    2. Hahahaha Sis bukan orang yang rproper teliti tang tu semua..just masak, snap terus post, kadang nak edit pun malas...janji apa yang di sampaikan tu sampai kepada pembaca..hehehehe

      حذف
  2. Wah sedapnya tengok sotong tu..

    Oh ya.. kalau bosan bubur hari2, try nasi air pulak. ada la variety nya sikit...

    ردحذف
    الردود
    1. Selain bubur, makan juga sup-sup dan juga roti cecah air..

      حذف
  3. memang pebret sotong masak hitam ni.Dulu-dulu mak memang masak sotong masak hitam.Bila kawen ngn orang melaka, dia tak pandai masak hitam ni..Asyik menyambal je ler...hahahha

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, kalau tanya anak-anak Sis, masak hitam aje lee gayanyaa..tapi bukan selalu punnn

      حذف
  4. suka dan memang begini je resepi arwah mak kita masak sotong, tak reti dia nak masak sambal bagai...

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo sama lee kita yaa..masak sambal tu sesekali aje..tu pun ikut mood...

      حذف
  5. tak pernah lagi jumpa masakkan sotong hitam ni, tapi nampak sedapnyaaaa

    ردحذف
    الردود
    1. Bolehlah cuba nanti Atie..sekarang pun ada certain kedai masak hitam gakk..

      حذف
  6. Dah lama tak makan masakan sotong macam ni. Sedap nihh

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa sangat sedap Eina..boleh dipelbagaikan bahan kalau kreatif...

      حذف
  7. Kalau belah mertua masak suka seko-seko sotongnya..tapi belah PC babah mama suka dipotong sotongnya kalau yang besar..paling tidak potong dua..kalau kecil-kecil sotongnya ok je sebab dimasak nanti kecut..PC tak pernah lagi makan dan masak sotong masak hitam.Menarik dan terliur la pulak.

    ردحذف
    الردود
    1. Suami Lin PC memang anti sotong potong kecik, dia suka masak sekor-sekor.. kalau Lin tak kesah, memana pun boleh...

      حذف
  8. Biasanya masak hitam ni wak guna sotong katak

    ردحذف
    الردود
    1. Haaa ada gak guna, cuma sotong katak susah nak cari Wak sekarang... memang sedap sotong katak lagi masak hitam..

      حذف
  9. Belum pernah buat sotong masak hitam ni. Selalunya masak kicap or sambal je.

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti cubalah Puan, mesti sekali cuba akan masak lagi hehehehe

      حذف
  10. kita pulak tak suka masak sotong beso-beso. Hahaha nanti tercekik nak makan Beli yang beso, potong kecik² . Ada sekali jugak buat, dengar jugak deme kata haram makan dakwat sotong tu. Sejak tu xde buat lagi. heee

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehee kann sebenarnya senang potong kecik-kecik, cuma tu lee Suami Sis yang anti beno kalau dipotong hahahaha

      حذف
  11. Sangat senang, campak-campak je siap...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!