TIPS AWET SIHAT KAWAL STRESS DR HAMID ARSHAT

Sis Lin
12
TIPS AWET SIHAT KAWAL STRESS DR HAMID ARSHAT | Semua orang mudah cari jalan nak awet muda dan kekal sihat, tapi mampukah semua orang kawal stress? Jujurnya kalau bagi Sis, memang tak mampu., stress tu kalau datang memang kalau siapa depan mata pun, mau kena sepak terajang, yeee serius cakap. Tapi bila kita renung, kita cuba mengawal diri, alhamdulilah, bila kita stress, kita mula muhasabah. 

Sebenarnya kena sentiasa positif, bukanlah sebelum ni Sis negetif, tapi stress tu datang dalam banyak cabang. Kalau tak masaalah dengan Suami, dengan anak-anak, kadang dengan kawan-kawan sendiri, juga dengan keluarga adik beradik dan ada juga stress tu datang bukan sebab masaalah apa, tapi bila senggugut 'datang bulan', perghh rasa nak makan jari sendiri aje kan.. Siapa pernah macamtu?

Bohonglah kalau korang pun takde stress. Cuma tu laa stress tu datang banyak cabang, kalau yang keje plak dengan masaalah kerja, macam Suami Sis, selalu pesan, hal kerja jangan bawak dan terbawak ke dalam rumah, silap-silap Sis ko yang stress!..now Suami pun cuba control dan faham. 

Untuk kali ni meh Sis kongsikan tips awet sihat kawal stress dari Dr Hamid Arshat yang Sis copy and paste dari facebooknya..

Tips Awet Sihat Kawal Stress Dr Hamid Arshat
Kredit pic by https://www.sopheafertility.com

AWET SIHAT. KAWAL STRESS

Dr Hamid Arshat : Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizika)l merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar (stroke). 

Saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stress : 

1. TAWAKKAL. Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh.
Saya tawakkal kepadd Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.

2. REDHA. Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.

3. SABAR. Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.

4. TAHAN MARAH. Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan horn dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya dirumah dikalangan Keluarga dan ditempat kerja. Tahan marah, tinggalkan Dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.

5. MEMAAF. Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, samaada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengungkit-ungkit.

6. TIDAK DENDAM. Walaupun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.

7. BILA SAKIT atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress. Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.

8. Saya suka BERKEBUN, mencangkul, tanam sayur-sayur, herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.

9. Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus BERZIKIR dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.

10. DEEP BREATHING. Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-perlahan. Ulang-ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan dimana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.

11. SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA-LUMBA. Amalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.

Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. insha'Allah,kita boleh kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Aamin.


P/S: Ada benda kita boleh control, ada ketika memang tak boleh control, so?.... faham-faham sudah.. 

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Terima kasih Sis perkongsian.Stress ni kadang luar kawalan kita.Kita rasa kita boleh kawal stress hakikatnya ada yang tak boleh dikawal.

    ردحذف
    الردود
    1. Iyeee, ada kawan hantar kat group, so Sis kongsikan dalam blog..moga manfaat buat kita semua..

      حذف
  2. Allah, bagus perkongsian ni. sekarang rasa silap sikit je terus nak pecah hati ni. hurm..

    ردحذف
  3. Ye, kita sendiri kena kawal. Fikir secara rasional.. x salah nak stress.. tapi jangan biar ia berpanjangan sehingga memudaratkan kesihatan diri.. Cakap pada hati, aku syg diri aku.. jangan stress lelama.. Cuba settlekan satu persatu... Allah ada di setiap kejadian ni.. Kan

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Nonn, diri sendiri sebenarnya nak control stress, kalau nak ngadu kat orang, kalau membaik takpe, takut tambah stress kang jadinya...

      حذف
  4. setuju dgn simple life tu.. nak berlumba dgn sape pon tau .. hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn Raz.. hidup biar sederhana, janji kita rasa kepuasan tu sediri..

      حذف
  5. thank you sharing artikel ni, betul utk kawal stress kena sentiasa redha kan...

    ردحذف
    الردود
    1. Yee Atie, kita smabil baca, cari info sambil kita kongsikan juga di sini..esok-esok boleh buat rujukan...

      حذف
  6. bagus tips ni, kadang2 bila kita baca tips macam ni je pun kita jadi insaf dan muhasabah diri..

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Sunah, kalau tak baca, kita pun tak tau, kita ni sebenarnya stress

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!