AKU ORDER STARBUCKS GUNA APPS DIGI AJE, LAGI SENANG DAN MURAH! | Iyerr lagi senang dan mudah. Senang cakap memang Sis tak pandai nak order minuman Starbucks ni sengsorang walk-in, jujur cakap, tanya lee Sunah. Melainkan kalau memang nak minum, paling selamat Sis order je Americano Iced, settle terus! hahaha.
Bukan jakun ke bukan bodoh sangat ke, tapi memang tak pandai, tengok aje menu dia, makk aii, kemain banyak pilihan, so memang tak lee nak sebut sesatu tu kan, dan Sis pun tak tau pebende semua tu dalam menunya hahahaha.. Yang taunya americano tu kopi, tu je hahahaha.
Tapi sejak-sejak ni, haaa asal tekak nak minum Starbucks je, Sis dah berani dah nak walk-in order sendiri, bukan sebab dah pandai dan tau semua menu dia tu, tapi jalan mudah dan senang, Sis order Starbukcs guna apps DiGi aje, lagi senang dan murah hehehehe..
Kalau korang pengguna line DiGi, korang downloadlah apps mereka di handphone korang. Macam Sis dah lebih dari 30tahun hokay guna line DiGi, tak pernah tukar dan beralih arah dari line data lain, tak tau kenapa, still setia hingga ke harini bersama 'orang kuning' ni hahahaha..
Memana Sis tinggal, Sis pergi, Sis rasa data dan line dia ookay, so tak perlulah kot Sis nak tukar, buat serabut kepala je. Dan Sis hanya guna prepaid aje, bukan postpaid pun.
Data internet pun dari dulu Sis guna prepaid. Untuk masa sekarang, Sis bayar sebulan RM68 untuk 30gb dan percuma 60gb untuk sebulan. Call unlimited. Memang berbaloi penggunaannya sebanyak 90gb selama sebulan dan jika gb tu tak habis, akan di bawa ke hadapan sehingga mencecah lebih dari 100gb hokay!!
Tapi tu penggunaan data plan prepaid Sis la, untuk korang yang guna DiGi juga Sis tak tau lee, sebab dah terlalu lama Sis guna DiGi ni, maybe laa ada kelebihan yang di beri.
Sebenarnya bukan Starbicks aje yang boleh korang redeem dengan harga murah, ada banyak lagi woii, tak tersebut satu-satu. Semuanya ada dalam DiGi apps tu. Cuma yang menarik perhatian Sis Starbucks ni la. Ikutkan kalau ko order secawan tu, ko ingat dapat harga RM9.99 tu hahahaha, jangan mimpi melainkan ko memang 'lurus bendul' kakakakakah.
Sebab apa Sis cakap macamtu? Yaa tiap kali kalau Sis teman kawan-kawan Sis pergi minum Starbucks ni, tak lebih tak kurang, mesti minuman yang derang order melebihi RM 20 hengget! Sis rasa korang pun sama kan? Hahahaha..
Yaaa tiap kali order, ada je laa budak barista tu kata add-on dan tambah itu le ini ler, kalau jenis Sis yang tak faham ni, mampos Sis iyekan aje, kang tau-tau nak membayonya cecah kang lebih dari RM 20 tu, aje gilerr hahahaha..
So untuk Sis, haaa sesuai sangat lee tu order guna DiGi apps ni je. Just bukak apps tu, then klik SHOP, kemudian klik NEAR ME, lepas tu scroll laa, situ semua keluar apa kedai yang tawakan harga murah untuk kita.
Bila dah pilih, korang bayar guna online banking bank korang, then bayar laa mengikut harga tu, kemudian klik REDEEM. Tunjuk pada barista kat kaunter tu, dah siap! Korang tunggu laa minuman korang siap hehehe..
Cuma takde pilihan lain laa korang nak pilih, hanya Frappucino Blended aja yang di tawarkan, tapi tak silap Sis boleh add-on juga kalau korang nak, yang tu tak tau, kira sekali atau kena tambah duit lagi, lupa pulak nak menanya.
At least dapatlah minum Starbucks dengan harga yang murah kan, hehehehe bukan berkira, tapi Sis memang kurang minat minumannya, melainkan Americano.
So korang yang ada apps DiGi, silalah gunakannya, rugi tak rembat!!!
P/S: Alhamdulilah, satu-satu kiriman doa, hadiah dan ucapan sempena birthday harini.. makaseh semua orang!
Alaf baru, dunia di hujung jari. Segala keperluan hidup sangat cepat berada di depan mata dengan kecanggihan teknologi masa kini.
ReplyDeleteSama la bila masuk Starbucks je tak tau nak pilih minum apa sellau suka makan croissant dia je...juga pakai digi... t nak cuba la gak.
ReplyDeletetu lerr..aku kalo datang pun order yang seasonal drink aje..hahahah..lelain tu tak reti aku nak milihnyeee
ReplyDeleteAla, bukan pengguna digi kak. plus, bukan peminum starbucks tegar. huhu
ReplyDeleteSep! Kita pun suka americano! Dan sama jugak sebab tu jer yang kita tau minum. HAhaaa.. Pakai digi murah ehh, nanti kita pun nak try laaa
ReplyDeleteWow, tak tau pulak boleh order drinks guna app Digi. Saya jarang minum Starbucks. Nanti saya tgk apa lagi yg boleh order guna app ni.
ReplyDeleteDuk baca-baca apa kaitan starbucks ngan Digi rupanya boleh beli starbucks guna apps Digi. Marina pon sama tak pandai order.
ReplyDeletemana aci gini, sislin. aida x dpt beli gini dgn digi :( sedih!
ReplyDeleteaida bukan reti pun nak oder kat stabak.
if teringin, naik bangi and ajak adik bongsu.
dia tu kan belia millenium, stabak ni minuman seharian diorang.
menghabiskan duit abah emak :) ha ha ha ha ha...
Murah banyak dapat harga 9.90 tu. Liez pun mmg ada masa craving coffee starbuck. Apa-apa mmh pakai apps je.. xdrive thru macam mls je
ReplyDeleteMemang banyak reward-reward yang patut kita cuba manfaatkan. Saya pun pengguna Digi, sekarang nak pergi cek tengok ada apa yang boleh redeem. :D
ReplyDeleteThanks for sharing this! I am also a digi user too! But I don't download the app at all! Now I want to download haha!
ReplyDeletetak tahu pulak apps digi ada reward syok macam ni. berbaloi lah siapa guna digi boleh dapat special price bila beli produk yang listed dalam apps tu
ReplyDeletesaya pun sebenarnya tak reti nak order dekat starbuck ni. jarang sangat nk minum dkt starbucks. bila ada dalam apps ni nampak senang la kan nak order :)
ReplyDeleteMinum sekali je sebab tak pandai order. Hahaha tp order drive thru. Dpt plak yg pahit btol. Next time pegi kena dgn org yg biasa order. Kalau tak memang tak pergi
ReplyDeleteyeay sama, iena pun guna digi.. memang berbaloi beli air starbuck dekat apps digi..iena selalu gak beli promo promo kat apps digi..macam macam promosi ade kan..berbaloi baloi
ReplyDeleteJadi tips nya adalah gunakan apps Digi ni ketika nak order dan berada di Starbucks la ye. Saya ingatkan boleh delivery macam Food Panda tu. Salah faham rupanya. Hihi. Jadi kena la pergi ke Starbucks untuk guna. Tq share!
ReplyDeleteaah Sis Lin, kalau order dari apps telco memang banyak dpt potongan. tp sbb nak kumpulpoint, so guna jugaklah apps starbucks. demi planner 2021 hahahaha
ReplyDeleteWow,, skrg semua telco ada buat promo macam ni kan.. bagus la benefit to us... :) Macam2 ada dalam list.. tak guna bazir jer... thanks for sharing this,,macam reminder to us.
ReplyDeleteWahh mudah sungguh la nak order skng. Nnt za share dgn kwn2 za pakai diigi. Za pakai umobile. Hmm nape tk best cmni
ReplyDelete