ALHAMDULILAH, HUJAN RAHMAT DI HARI SABTU

Sis Lin
11
ALHAMDULILAH, HUJAN RAHMAT DI HARI SABTU | Syukur sedang Sis mengemas dan membersihkan dapur, hujan turun selebat-lebatnya. Sekarang masa tengah menaip ni pun masih lagi hujan. Sesambil ni menaip menunggu lantai dapur kering. Mata alahaii memang mengantuk ni. Usai selesai je Suami Subuh tadi pagi, terus berkemas bersiap nak pergi memancing, dan Sis pulak tak sambung tidur, terus mengemas, ,mengemop dan mencuci dapo bagai, sebab harini adik-adik nak berkampung bermalam lagi di rumah.

Senang dah siap awal-awal mengemas, nanti tinggal masak dan buat kerja lain. Tapi hati ni dah mula berdebar dan risau, yaa risau akan keselamatannya Suami memancing di laut Kong Kong tu. Allahuakbar, moga Allah lindungi dan peliharalah Suamiku. Aamiinn..

Tempat korang hujan juga ke? Kalau hujan jom kita sama-sama berdoa dan perbanyakkan berzikir, mustajab ni berdoa ketika hujan. Ianya adalah salah satu doa yang Allah makbulkan. 

Jom kita.. Bismillah.. 


Hujan adalah rahmat untuk kita sebagai makhluk di bumi ciptaan-Nya ini. Selain bersyukur, rugi rasaya jika kita tidak mengamalkan sunnah yang berkait dengan hujan ini.

Doa ketika hujan turun

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ
“Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Doa ketika hujan semakin buruk

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok- pokok.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Doa ketika Hujan Turun.

ﻣُﻄِﺮْﻧَﺎ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻪِ
“Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara sunnah lain ketika hujan:

Merasai hujan
Anas menceritakan: “Kami bersama-sama Rasulullah pernah ditimpa hujan, lalu Rasulullah menyinsing pakaiannya sehingga hujan mengenanya.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa Tuan lakukan hal ini?’ Jawab Nabi: “Kerana hujan tadi mahkluk yang baru Allah ciptakan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tidak mengutuk hujan, angin dan seumpamanya
Ada seorang lelaki mencela angin, lalu Baginda mendidiknya: “Janganlah kamu mencela angin, sesungguhnya angin hanya menurut perintah-Nya. Sesiapa yang mencela sesuatu sedangkan ia tidak berhak terhadap celaan tersebut, laknat itu akan kembali kepadanya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Berdoa apabila mendengar guruh dan petir
Ibn Umar berkata bahawa apabila mendengar petir dan guruh, Nabi pun berdoa (yang bermaksud):

“Ya Allah, janganlah Engkau membunuh kami dengan kemurkaan-Mu dan janganlah menghancurkan kami dengan azab-Mu, ampunkanlah kami sebelum itu.” (Hadis riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Mengambil kesempatan untuk doa memohon hajat
Terdapat beberapa waktu dan tempat yang mustajab doa, antaranya ketika hujan. Diriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Dua doa yang tidak ditolak, semasa azan dan di bawah hujan.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Memohon diberikan kebaikan dan dijauhkan keburukan akibat angin, hujan dan seumpamanya 

Apabila merasai tiupan angin, Nabi akan berdoa: “Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa yang ada padanya, serta kebaikan apa yang telah Engkau utuskan dengannya, dan aku berlindung daripada keburukannya dan keburukan yang ada padanya serta keburukan yang Engkau utuskan dengannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Sumber : https://iluvislam.my/


P/S: Aishhh risau pulak laaaa hati ni... Allahuakbar.... 
Tags

إرسال تعليق

11تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hujan rahmat, Alhamdulillah!!!! happy weekend sis

    ردحذف
  2. Semoga Allah terima doa² kita..risaukan husbnd pergi memancing..husbnd sy pn pegi mancing juga pagi td..

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Suzie, balik mancing kuyup jee..ikan kecik aje dapat..

      حذف
  3. Ya betul, dari pagi hujan. Sejuk. Rasa nak tidur je. Terima kasih atas perkongsian doa.- #CeritaMak

    ردحذف
    الردود
    1. Kan Mak, perut lapar aje manjang..ni pun mendung ajeeee

      حذف
  4. waktu mustajab doa kan...alhamdulillah...

    ردحذف
  5. الردود
    1. Johior sekali hujan lebat Wakkk...ada yang banjir..

      حذف
  6. Kat Johor hari-hari dah hujan, monsun dah sampai dah ni haaaa

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!