ASAM PEDAS IKAN MERAH MENU PEMBUKA SELERA DI HUJUNG MINGGU

Sis Lin
20
ASAM PEDAS IKAN MERAH MENU PEMBUKA SELERA DI HUJUNG MINGGU | Alhamdulilah, bila permintaan dapat ditunaikan, semestinyalah sebagai Isteri dan juga Emak, pastinya akan rasa gembira dan bahagia. Iyeee semalam hari Ahad, memang Sis tak kemana pun, Suami pergi memancing dan anak-anak semua ada di rumah. 

Seawal selepas Subuh Suami dah gerak ke Kong Kong Laut, pergi memancing dengan sepupu Sis. Dan sebelum pergi Suami dah pesan, 'Nanti masakkan asam pedas ikan merah tu ya', Sis pun iyekan aje laa, memang niat nak masak pun, tapi tak masuk list asam pedas ikan merah tu hahahaha.. 

Ingatkan nak juga laa ke Pasar Kipmart ajak anak kejap, cari sayur ke atau cari seafood, dah bagitau Suami juga, dan dia kata pergi aje la beli dulu, nanti 'claim', hahahaha tapi tiba-tiba semalam dapat mesej dari group wahtsapp semua yang mengatakan, ada kes Covid9 di Taman Bukit Dahlia tu, terus tak jadi nak perginya. Risau di buatnya. 

Yaa sekarang ni, kalau boleh elak, kita elak, jika bukan keperluan nak keluar tu, tak payah laa kan, duduk aje di rumah diam-diam. Setakat nak beli lauk tu, kedai Acheh dekat rumah Sis pun ada, agak nak beli, baru pergi, dan juga paling malas pun, tunggulah open order dari group setaman Sis yang amik order bahan basah, lagi senang. 

Bimbangkan, semakin menjadi-jadi kes di Johor ni. Buat masa ni #KitaJagaKita je sudah.. 

Asam Pedas Ikan Merah Menu Pembuka Selera Di Hujung Minggu

Ikan merah tu kami beli di Pasar Orang Asli minggu lepasnya, nak masak memang menunggu 'green light' dari Suami. Bukannya apa, tunggu Suami betul nak makan baru Sis masak, kalau tak biasa balik kerja dah lewat, Suami tak makan malam. Itu sebabnya semalam Asam Pedas Ikan Merah jadi menu pembuka selera kami di hujung minggu. 

Punya malas nak ke kedai, so asam pedas Sis ni lebih kepada macam asam pedas Melaka daa. Sis letak daun limau purut dan juga serai sebagai bahan tumis penyedap. Boleh lupa nak beli daun kesum sewaktu pergi berbelanja Sabtu malam tu. So kita masak aje laa bahan yang ado, janji menjadi asam pedasnya. Licin gak Suami makan bertambah 2 pinggan semalam hahahaha. 

Asam Pedas Ikan Merah Menu Pembuka Selera Di Hujung Minggu

Dan untuk permintaan anak pula, anak-anak minta masakkan Sup Sayur Petola letak suun bebanyak, kebetulan juga ada cendawan hitam cina tu, so Sis masukkan sekali dalam sup sayur petola bersama suun tu, memang licin seperiuk di makan oleh anak-anak semalam. 

Si Yana buat pula buat sambal belacan tumbuk, memang ngam lee makan dengan nasi panas semalam. Tapi memasing lebih kepada meratah menghirup sebaik aje siap Sis masak menu ni semalam. Memang agak lama juga tak masak sayur petola ni, kebetulan dapat yang muda, terus je beli  batang. Puas makan anak beranak semalam. 

Dan menu Emaknya pulak apa? Hahahaha.. 

Asam Pedas Ikan Merah Menu Pembuka Selera Di Hujung Minggu

Taraaa... apalagi sesekali Emaknya feeling nak makan western kan, so nak perabiskan salmon dalam freezer, makanya Sis grillkan salmon dengan bahan perap 'sukahati aku' jerr hahahaha.. Ye laa sendiri nak makan, so ikut suka laa nak perap apa pun kann..janji sodap! Makanya jadilah Salmon Terayaki Grill versi aku hahahaha.. 

Sebenarnya begini kisah di sebalik ikan salmon ni. Tekak Sis teringin sangat nak makan asam pedas salmon, tapi anak semua tak bersetuju dengan cadangan Sis hahahaha.. so kebetulan dah masak asam pedas tu kan, makanya datanglah idea nak mengrillkan salmon ni.. 

Dan...ter jadilaaaaa...

Asam Pedas Ikan Merah Menu Pembuka Selera Di Hujung Minggu

Asam Pedas Ikan Salmon hahahahahaa... 

Yaaa ikan salmon tu Sis curahkan dengan kuah asam pedas masa makan, so jadilahkan hilang kempunannya nak makan asam pedas ikan salmon hahahaha.. Bijakkk takkk Omaknya..

Alhamdulilah, hujung minggu yang penuh dengan aktiviti santai, relax dan makan dan makan. Yaa seharian semalam Sis layan Netflix filem Korea. Sampai anak kata, 'mimpi apa entah Emak ni nengok tv' hahahahaha.. yerr kalau tak Sis memang tak layan oii tv time hujung minggu, selalu kalau tak depan laptop, Sis kerjakan pokok atau Sis mengosok baju, tapi semalam malas nak buat tu semua, so layan Netflix aje, sampai 3 filem Sis nengok semalam. 

Filem Call, Forgotten and juga Kingdom. Best gile ko! Korang nanti tengoklah. 
Hujung minggu korang macam mana pulak? 
Ada yang tengah dengar lagu melayan perasaan ke tu? Hahahaha..


P/S: Harini turn anak pulak masak, katanya nak masak spageti. Ayahnya kang Sis bakarkan kambing je. 

إرسال تعليق

20تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Aduh, sedpa tu asam pedas ikan merah.. kalau akk salmon tu harus pospone malam ni makan ngan spaghetti, hihi.

    Nanti nak tengok 3 movie tu, tq rekomen sbb selalu keliru nak tengok yg mana, hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Tu sebab tak menahan nak makan ikan salmon asam pedas, tu yang kita buat tu Kak ...

      حذف
  2. MashaAllah!! Sedap banget ah!! I lovee salmon...perap guna apa tuh sism.hehehe..Saya semalam.. jogging, betulkan kereta... dan berblog aje... hewheww....

    ردحذف
    الردود
    1. Perap guna terayaki, rosemary, lada hitam, dan bahan perapan serbuk-serbuk Non, ada laa Sis share resepinya sebelum ni..

      حذف
  3. sy pon suke masak asam pedas..tp husband plak x berapa suka..bijak sis salmon asam pedas tu nmpk sedap :)

    ردحذف
    الردود
    1. Asam pedas kalau seminggu tak masak, rasa lain beno rasa hahahaha

      حذف
  4. Asam pedas ikan merah, asam pedas ikan salmon... dua-duanya sedap! Elok tu idea curah kuah asam pedas atas ikan salmon, sebab salmon ni isinya lembut, masak atas dapur takut bercerai pulak isi dengan kulit heheheee.

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe nak makan punya pasal, sanggup masak dedua menu tu.. iyeee kalau buat terus dalam asam pedas, takut kulit tanggal plak..sebab tu curah aje..

      حذف
  5. wah, sis lin dah tgk the call ke? baru mlm tu adik recommend ceta tu tp x berkesempatan lg nk menetflix ni.. hihi

    ردحذف
    الردود
    1. Dah, best gilerr.. nanti tengok Forgetten tau.. best juga!

      حذف
  6. uuish puas hati ikan merah besarrr cenggitu. antara ikan fevret..

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat puas.. makan sampai tak sedor diri hahahaha

      حذف
  7. Sedapnya asam pedas...SA sampai skrg masih failed...

    ردحذف
    الردود
    1. Cuba lagi dan lagi sampai menjadi SA, Sis dulu pun macamtu juga...

      حذف
  8. Terbayang pulak makan asam pedas hadoii

    ردحذف
  9. asam pedas mahal tu...asam pedas salmon..haha

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!