BANYAK PENGAJARANNYA DALAM DRAMA HATI YANG TERSAKITI | Yaaa Sis baru je habis marathon drama Hati Yang Tersakiti semalam, dan pagi ni baru habis tengok episod akhirnya. Bermula dari episod-1 drama ni ditayangkan di tv3, Sis tak layan pun, tapi bila ada seorang kawan yang update jalan cerita atau sinopsis drama ni, Sis terpanggil nak menontonnya, dan ternyata, hati aku sakit menontonnya!.
Bagi korang yang layan drama ni, Sis rasa mesti alami perasaan yang sama juga. Tak tau laa kenapa, mungkin sebab jiwa seorang perempuan, juga seorang isteri, so emosi dia memang menjadi-jadi marah dan sedihnya. Gile ke takde perasaan bila nengok dalam drama tu seorang Suami yang curang, lebih lagi dengan seorang janda ibu tunggal, dan lebih menyakitkan, perempuan tu kawan baiknya sendiri. Kau ngase?..
Sebenarnya drama ni ada kisah benarnya dalam dunia realiti, mungkin berbeza dengan jalan cerita dan watak dalam drama tu. Paling dekat, kawan Sis sendiri alami situasi ini, bila mendengar ceritanya lebih kurang sama dengan jalan cerita drama ini, ianya memang menyakitkan.. dan akhirnya, sekarang kawan Sis sendiri sudah bercerai dengan Suaminya dan Suaminya telah berkahwin dengan kawan baiknya, ini sebab kawan baiknya sudah mengandungkan anak Suaminya... siapa aje sanggup terima keadaan itu? dalam drama bolehlah...ermmmm...
Drama ni banyak pengajarannya yang boleh kita ambil, lebih-lebih lagi kita sebagai Suami Isteri yang melayari rumahtangga ni. Setia, jujur, caring dan saling percaya dan mempercayai adalah aset utama dalam rumahtangga, tapi tu laaa, bak kata Mona, kita ni bukan maksum, kita ni insan biasa yang melakukan kesilapan, tapi jika sudah diberi peluang, jangan dipersiakan, jangan sampai, dari sayang akhirnya menjadi benci..
Dan sebagai seorang Suami, Sis suka mendengar kata-kata dari Datuk Jalil, 'Kejayaan, kebahagian rumahtangga seorang Suami terletak pada bahagianya seorang Isteri, jika Isteri itu bahagia, maka semua kejayaan, dan urusan kita mencari rezeki dipermudahkan, oleh itu bahagiakan Isterimu'..
Itu memang benar, dalam islam pun ada nyatakan, 'Jika seorang Suami menipu Isterinya dan membelakangkan Isterinya, maka rezekinya akan terputus dan urusannya akan menjadi sulit'.
Untuk Sis sendiri yang menontonnya, banyak pengajatannya dalam drama Hati Yang Tersakiti ni. Antaranya :
Kawan Baik - Zaman sekarang ni, memilih kawan kena berhati-hati, dan dalam berkawan jangan terlalu baik sangat, macam Mona tu. Terlalu percaya sangat pada kawan, sampaikan tak sedar yang dia diperbodoh-bodohkan.
Kawan makan Kawan - Istilah ni memang banyak terjadi. Tapi dalam drama ni sangat melampau kejadiannya. Sudahlah di beri tempat tinggal, makan semua, tapi kerana cemburu kebahagiaan orang lain, sanggup khianat kawan baiknya sendiri.
Jangan Percaya Suami 100% - Bab ni memang jangan!! Bukanlah Sis pun tak percaya Suami, tapi banyak kes yang berlaku, kerana percaya 100%, bila datang masaalah, yang sakitnya siapa? Isteri kan... so beringatlah.
Jangan Sakiti Hati Isteri - Yaaa bahagianya rumahtangga apabila bahagianya seorang Isteri, maka bahagiakanlah Isteri kamu sebelum doa dari seorang Isteri terputus!.
Rezeki Menjadi Sulit - Bab ni sama dengan bahagianya seorang Isteri, jika seorang Suami itu menipu Isterinya, maka rezekinya juga akan tersekat, malah akan jadi lebih buruk dari itu. Sebab kejayaan seorang Suami, semuanya berkat doa dari seorang Isteri.
Setia, Jujur, Beriman - Pilih yang setia, tapi jangan sampai sendiri cari 'bala'. Jujur dalam setiap perbuatan, baik yang buruk atau pun tidak. Beriman setiap masa, solat jangan tinggal agar terhindar dari maksiat.
Sabar, Redha, Pasrah - Bab ini Isteri aje yang selalu alaminya. Ada hal boleh sabar, ada kejadian boleh redha, tapi tak semua yang berlaku kita nak pasrah. Ingat, ujian setiap orang semuanya berbeza.
Ada lagi tak? Kalau ada sambung di komen...
SINOPSIS Drama Hati Yang Tersakiti
Mona dan Farah berkawan baik sejak mereka belajar di kolej. Selepas beberapa tahun, mereka berdua bertemu kembali. Mona kini hidup bahagia dengan suaminya, Haris walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, rumah tangga yang dibina berdasarkan kepercayaan mulai tergugat. Mampukah ia diselamatkan dan persahabatan yang terjalin lama dimuliakan? Atau bakal ada hati yang tersakiti ?
Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis.
Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi. Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.
Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja. Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.
Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.
Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah.
Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.
15 Episod kesemuanya. Korang boleh tontonnya di VIU
P/S: Yang belum tengok, silalah tengok, sebagai pengajaran kita bersama. Cuma kalau ada terkena batang hidung sendiri tu, mohon terasa..
Tengok part nak habis je. Sbb awl2 dorang curang tu x sanggup nak tengok. Confirm emo. Last episod tu nangis gakla. Mula2 marah farah. Lastly kesian pula.
ReplyDeleteSetuju! Banyak pengajarannya. Emosi kalau tengok cerita macam ni. sekarang realiti dan drama tak ada beza.
ReplyDeleteAdooi, sebak pulak hati baca pengajaran dari sudut pandangan Sis Lin. Aien tak kuad nak tengok dia. Risau emo lebih je. T^T
ReplyDeletetakut sakit sangat pulak hati ni nanti menontonnya
ReplyDeleteit has been too long since i last watch a malay drama/movie. will check them out once i have my own free time.
ReplyDeletehaa... azni pun follow drama ni. memamng makan hati. sampai hatikan kawan baik sendiri. tapi tulah kifarah , dah dapat cancer si farah tu
ReplyDeleteMacam best je jalan citer. Terus Sal klik tau nak tengok. Hero dan heroin pun Sal minat ... layan terus
ReplyDeleteSaya follow separuh jalan lepas tu macam tak sanggup nak tengok pula..inshaAllah nanti sambung balik sampai endingnya
ReplyDeleteGeram! Sakit jiwa ah! Jangan lah bagi kawan baik duduk serumah ngan kita.. walau baik camana pun... lagi lagi jangka masa lamaaaa.. hm
ReplyDeleteSaya tak pernah tengok drama ni, but what chinese say, drama macam real life, real life is like drama.
ReplyDeleteThanks for sharing this! Will watch this when I have chance!
Marsha tak pernah tengok drama ni. Tapi ada juga kawan-kawan dok story. Macam best juga jalan ceritanya.
ReplyDeletetak pernah tonton drama ni. saya sekarang suka layan drama2 dekat netflix. drama melayu memang lama dah tak layan. :) maybe lepas ni boleh la saya tengok cerita ni pulak
ReplyDeleteNampak barisan pelakon, bagus2. Saya paling suka nad zainal, sebab lakonan dia power walaupun bersahaja. Kalau dia berlakon, mesti saya nak tgk.
ReplyDeleteSisyat belum terjebak menengoknya. Dah hbs pun kan kt tv. Kena usaha tengok ni sebab review sume kata best. Tapi sisyat kurang gemar bab2 rampas hak.org n curang tu..hehe
ReplyDeleteAdoiii main jiwa ye sis drama ni haha..patut la sis emo wakaka..sy tak tgk cte ni so nnt nk carik la
ReplyDeleteBest drama ni. Dari episod 1 sampai akhir, tak miss tonton di tv. Memang geram je bila tonton part curang tu. Tapi betul, drama ni banyak beri pengajaran.
ReplyDeleteLH tengok drama ni tapi tak tengok episode last dia. Tak sempat nak tengok sebab banyak kerja
ReplyDeleteTerima kasih sinopsisnya.. Saya tak tengok & takmo tengok takut hati saya juga tersakiti.. Hihihi
ReplyDeletenak tgk juga lepas ni..sbb dah habis kan.. boleh marathon
ReplyDeleteAda nampak iklan drama ini dan pernah baca sinopsis juga sebelum ni.. okay, boleh la start tonton since dah final episode... sekali marathon jer.. kadang2 geram bila tak habis lagi kena tunggu the next episode.. :)
ReplyDeletealaa TB baru nak baca ending dia.. huhuhu.. rupa-rupanya kena tengok kat VIU pulak.. hihihi.. Betul.. zaman sekarang paling takut kalau ada kawan yang macam Farah tu..
ReplyDeleteDah habis ker drama ni hehehe kita tengok juga sampai mereka suami isteri bercerai jer lah hehehe lain tu tak sempat nak tengok sibuk kerja. Tapi drama Melayu sekarang memang main jita dan perasaan kan...
ReplyDeleteeh jalan cerita dia ni macam pernah ada drama sebelum ni juga...nak tolong kawan, ajak duduk rumah..oh..cerita Nur...
ReplyDelete