BIAR ANAK SAKIT, JANGAN MAK YANG SAKIT | Dulu, masa Sis baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, Sis susah hati. Sampai Sis cakap kat Emak Sis, 'kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya'.
Tapi Emak Sis cakap, "Biar Anak Yang Sakit, Jangan Mak Yang Sakit". Masa tu Sis rasa tak patut seorang Emak cakap macam tu.
Tapi lama kelamaan, bila anak pun dah bertambah, baru Sis faham apa yang Emak Sis cuba sampaikan.
Biar Anak Sakit, Jangan Mak Yang Sakit.
Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang Emak boleh jaga semuanya. Tapi bila Emak seorang yang sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah, segalanya jadi kucar kacir. Sesungguhnya benar sekali.
Emak Sis juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jangan risaukan anak belum makan. Sebab Mak yang kena bertenaga. Jangan tunggu masa sesuai untuk makan, sebab seorang Mak tiada masa sesuai. Kerana Mak tiada 'me time'.
Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli untuk semua isi keluarga, belilah dan makan sendiri. Contohnya, teringin sangat nak makan aiskrim Cornetto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah dan makan sendiri. Jangan rasa bersalah. Jangan rasa pentingkan diri. Sebab anak akan membesar, InShaaAllah mereka akan ada masa utk menikmatinya, mungkin lebih dari kita. Doakan rezeki anak-anak dimudahkan.
Sebagai Mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang Mak. Kita tetap lalui perkara yang sama, tugas yang sama, rutin yang sama. Memasak, membasuh, mengemas, mencuci, mengajar, mendidik, membebel, semua tu tugas Mak, tiada yang terkecuali. Carilah 'me time' sendiri. Jangan tunggu 'me time' itu datang, sebab ia takkan datang.
Tak perlu jadi sempurna untuk segalanya. Tidak perlu berpura-pura untuk mencari perhatian.. Jadilah diri sendiri..yang pasti kena berlaku jujur pada diri sendiri dan orang disekeliling kita. Hidup ini bukan untuk jadi sempurna, tapi untuk dinikmati dan menyimpan bekalan untuk hari kemudian. Jangan peduli kata orang sebab orang bercakap takkan pernah berhenti. Puaskan hati sendiri, bukan untuk orang lain. Berkata jujur walaupun pahit untuk diterima.
Hidup untuk memberi, tapi simpan sikit untuk diri sendiri. Bukan kerana pentingkan diri tapi kerana kita manusia, ada kelemahan, kita tahu penat. Berehatlah jika nafas dah makin laju, jangan paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yang diminta, tiada yang peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak untuk membantu.
Moga Mak-Mak diluar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah swt dan diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sebagai MAK.
Terima kasih
EMAK [Al-Fatehah buat Emak]
P/S: Mohon halal penulisannya, Sis copy paste dari facebook kawan Sis (dia pun c&p juga), dan Sis ubah gaya penulisannya.
rindu MAK juga!!
ردحذفAl-fatihah untuk mak mak yang dah pergi dulu....
huhuuu rindu mak juga alfatihah buat mereka yang telah pergi
ردحذفaduh...sedih baca bikin sy naknagis jer..tapi tu lah pengorbanan seorang isteri atau mak kan..
ردحذفSaya pun dapat c&p kat group whatsAap..
ردحذفMemang sangat bersetuju Lin...
Kalau sakit super mom habis laaaa
bgos utk peringatan kepada semua ..thank you sharing sis
ردحذفYa Allah sedih baca sis punya entry kali ni. Thank you sharing sis.
ردحذفdalam nasihat yang cuba disampai. blh baca dari sudut seorang ibu dan juga sudut seorang anak. masing2 ada iktibar tersendiri T.T
ردحذفBesar pengorbanan seorang ibu! Sebak pula.
ردحذفKalau nyawa sekali pun, seorang ibu sanggup jadi galang gantinya.
ردحذفBetul Sis :') Terima kasih. Sayu plak hati baca pagi-pagi ni.
ردحذفada banyak betulnya tu...kadang2 tak terfikirkan benda2 macam ni..
ردحذف