BILA ANAK TANYA, 'MAK TAK PAKAI COLI KE?' | Hahaha baca tajuk memang agak sensitif sikit, tapi jika korang baca sampai habis, korang akan faham dengan penjelasannya. Tapi soalan anak tu memang jadi bahan gelak ketawa kami anak beranak dalam kereta hahahaha.
Kisahnya, Sabtu kelmarin anak Sis,Yana mencuci baju Sis semua. Kemudian selesai mencuci dan mengeringkan, kami semua pun keluar kebandar jalan-jalan cari tempat makan best di Johor ni. Waktu dalam kereta tu laa, tiba-tiba anak Sis,Yana tanya, 'Emak tak pakai coli ke?, sebab adik basuh baju Mak tak jumpa coli, seluar dalam jer ada'... hahahaha punyalah seloroh dia tanya, sampai Ayahnya gelak bagai nak haperr!!.
Teruslah Sis jawab, 'Takk, jimat kain baju', hahahaha.. terus anak-anak semua gelak, tapi sebenonya semua faham, Sis pun siap terangkan pada anak-anak, lagipun Sis kat rumah aje, tak kemana pun, so better duk rumah tak payah laa weii nak pakai, semakkk jee, bior kasi lapang sikit, bebas!!..
Yeee korang jangan gelak sangat, tapi korang kena tau dan faham, apa manfaat dan kelebihannya jika tak pakai coli ni, jangan ingat posting ni macam mencarut, tapi sebagai perempuan korang kena amik peduli yaa.. tak payah le nak ngata Sis ni post mendatangkan bayangan 'bogel', tapi sedar tak sedar, dalam kita berpakaian lengkap pun ada penampakan 'bogelnya', cuma kita tak sedar jer, so amik sikap positif dengan posting Sis kali ni.
Korang baca perkongsian dari Hello Doktor ni. Moga bermanfaat buat semua kaum wanita semua.
Tidak Memakai Bra
Tidak memakai bra adalah perkara biasa di luar negara dan untuk diamalkan di Malaysia ia kedengaran janggal. Tetapi sebenarnya ada manfaat kesihatan di sebalik perbuatan tersebut. Seharian bekerja, pastinya kita tidak dapat mengelak keadaan badan yang berpeluh dan tidak selesa.
Pastinya untuk wanita, dapat pulang ke rumah, membuka dan menanggalkan coli yang basah akibat peluh adalah perkara yang memberikan keselesaan. Tetapi ada juga sesetengah wanita yang masih akan memakai bra walaupun ketika di rumah dan pada waktu malam. Sudah tentu kerana berasakan coli dapat membantu payudara kekal anjal dan sihat.
Jadi adakah ia bermakna tidak memakai bra sesuatu yang tidak bagus untuk payudara anda?
Berdasarkan kajian saintifik, tidak ada bukti yang dapat mengesahkan bahawa coli boleh mengekalkan keremajaan pada payudara. Malahan pemakaiannya dikatakan akan mengekang payudara daripada membesar atau mencapai daya tarikan semula jadinya.
Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh seorang Profesor di Centre Hospitalier Universitaire de Besancon, Perancis mendapati wanita yang tidak memakai coli memiliki payudara yang lebih anjal berbanding mereka yang kerap memakainya. Bahkan berlawanan dengan kepercayaan umum, tindakan tidak menggunakan bra dikatakan dapat melindungi payudara daripada graviti.
Malahan tindakan ini membuatkan wanita mempunyai postur lebih baik serta mengembangkan otot-otot di bawah buah dada bagi menyokong dan mengangkatnya.
Apa kebaikan tidak memakai bra dari aspek manfaat kesihatan
Pemakaian coli dianggap sebagai keperluan bagi wanita dan akan menimbulkan rasa janggal dan segan jika keadaan adalah sebaliknya. Apatah lagi apabila hidup dan membesar dalam norma kehidupan manusia yang penuh beradab, seperti di Malaysia. Namun itu tidak bermakna kita boleh menafikan tentang manfaat kesihatan yang boleh diperolehi jika memilih untuk tidak memakai coli. Korang mungkin boleh lakukannya di rumah.
5 manfaat kesihatan yang tidak memakai coli:
1. Kesihatan kulit payudara
Pemakaian coli secara berkala dan kerap akan cenderung menyebabkan kelembapan, kotoran dan peluh terperangkap pada kulit payudara. Situasi seperti itu boleh mengakibatkan pori-pori pada sekitar payudara tersumbat dan menimbulkan masalah kerengsaan kulit. Ia lebih kerap dialami oleh wanita dengan buah dada yang besar.
Masalah kerengsaan kulit yang berlaku boleh menyebabkan wujudnya jerawat mekanik (acne mechanica) – muncul kesan daripada gosokan, geseran atau tekanan pada kulit. Biasanya jerawat ini dialami kesan pemakaian bra ketika bersenam dan memakai pakaian yang basah akibat berpeluh.
2. Peredaran darah
Perasan tak apabila korang memakai coli, adakalanya terasa seperti menyesakkan bahagian dada dan fungsi pernafasan korang? Itu antara kesan apabila memakai bra selama berjam-jam. Lebih-lebih lagi jika saiz coli itu agak kecil untuk payudara korang.
Keadaan ini akan menjejaskan aliran darah ke bahagian belakang badan dan dinding dada, sekali gus akan menyebabkan kesakitan otot belakang badan. Jadi apabila korang tidak memakai bra, terutamanya bagi wanita dengan buah dada yang besar, tindakan korang itu akan dapat meningkatkan fungsi peredaran darah menjadi lebih baik.
3. Saluran limfa
Kelebihan lain apabila korang memutuskan untuk tidak memakai coli adalah ia dapat meningkatkan fungsi saluran limfa. Ini membolehkan penyingkiran toksin daripada bahagian sekitar payudara. Sudah tentu, ia juga boleh mencegah pengekalan cairan, ketidakselesaan dan kerengsaan pada buah dada.
4. Otot dan bentuk payudara
Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa pemakaian bra boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong payudara menjadi ‘malas’ dan kesannya buah dada kelihatan kendur dan tidak anjal. Terdapat wanita yang tidak memakai coli untuk 1 tempoh panjang mengakui bahawa payudara mereka tampak tegang, anjal dan lebih menarik dari masa ke masa.
Bagi wanita dengan buah dada yang penuh atau besar, mungkin akan berasa lebih tegang pada permulaan tidak memakai coli. Namun, lama-kelamaan, tindakan tersebut dipercayai dapat meningkatkan kekuatan otot dada dan bahagian belakang serta memberikan sokongan yang baik walaupun tanpa bra.
5. Kualiti tidur
Korang mungkin tidak menyedarinya, tetapi pemakaian bra pada waktu tidur cenderung menyebabkan tidur terganggu dan kurang nyenyak. Malahan menanggalkan coli pada waktu malam dipercayai dapat meningkatkan kualiti tidur korang.
Tidak mendapat tidur yang baik dan berkualiti berisiko mengakibatkan keletihan, masalah berkaitan memori serta mengurangkan kewaspadaan pada keesokan harinya.
Memberikan keselesaan
Bagi wanita yang sudah biasa memakai coli pada kebanyakan masa akan berada ‘terdedah’ jika tidak memakai bra. Namun untuk jangka masa panjang, apabila korang sudah membiasakan diri tanpa coli, ia dapat memberikan rasa keselesaan dan bebas.
Kesan perubahan ini banyak bergantung kepada saiz buah dada korang. Bagi wanita dengan payudara kecil mungkin tidak dapat merasai manfaat drastik tanpa coli berbanding wanita yang mempunyai buah dada besar.
P/S: Rasanya ramai aje yang tak pakai coli kalau berada dirumah kan? Bagus!..
Hahahhaha.. ingatkan Sis Lin tak pakai bra masa keluar jalan2 tu, hahahha.
ReplyDeleteHahahahaa lawak tau! Terus jadi bahan posting harini...gelakk betul!!
Deletewaktu siang kalau ako x pakai kat umah ni mmg naya je weii sebab budak2 ni dah tahap suka bersoal jawab...lebih2 lagi si kecil...
ReplyDeletenanti dia tanya, "nina, biji bulat2 tu apa...?"
masak nak jawab hahaha...
kakakakakah adoiii soalan dia kemain maut!!! Hahahaha lawakk arrr...
DeleteTak habis gelak aku di buatnya oii..
saya pun geng kebabasan ahahahaha
ReplyDeleteBagus..ayuhlah kita bebas dari cengkaman hahahaha
Deletebebas dan merdeka... hahaha
ReplyDeleteKannn, lapang gitu rasa kannnn hehehehe
Deleteehehehe comel jeee ha soalan pun.. sebelum dia tnya tu mesti dia fkir jap macam mana eh aku nak susun ayat kasi betul.. curious. niii prempuan2 je faham.. bebas dan merdeka hahahaha..
ReplyDeleteIyeee, tu jam lee dia nak tanya kannn, gelak Ayahnya dengo hahahaha...
DeleteSA sejak awal remaja memang amalkan macam ni sis..kalau kat rumah pakai hanya bila perlu..waktu malam memang tak pakai langsung..
ReplyDeleteDulu-dulu Sis pakai je tak kira masa SA, lepas dah baca dan banyak pendedehan tentang kebaikan free bra ni, terus tak pakai dah kalau kat rumah...
DeleteDah lama dengar dan ada pendedahan, cuma belum melakukan. Spontan ye soalan. Lucu.
ReplyDeleteYaaa PC, lagi tegang hahahahaha
Deletegood info utk tau semua benda ni kan , sbb smua ni ilmu kesihatan :)
ReplyDeleteYaaa nak malu apa boskurrr.. hahahaha
DeleteBelum bran.. Hihihi
ReplyDeleteTapi masa kedepan nanti tak tahulah kot saya berubah pandangan & tindakan.. Hihihi
Hehehehe yee ada yang memang tak biasa lagi...
DeleteAdoii lawak la. Masa kat rumah la kita nak rasa kebebasan sebenar kan sis. Hahaha
ReplyDeleteKan kan Faizzah.. senang nak gerak bebas buah dada tu...
Deletehahhahaha sama je kak oi, pakai time ke kedai atau keluar ke mana-mana je... ada geng lah nih hahahhah
ReplyDeleteIyee laaa, kadang tu terlupa juga, belasah je laaa..nasib tudung labuh hahahaha
DeleteSbb mat saleh x suka pakai bra kan.. haja.. mmg bebas meedeka sungguh
ReplyDeleteIyeee Mat Saleh lagi laaa, kadang puting pun menimbul. hahahaha
Deleteok jer sis topik ni tapi memang hakikat pun tak pakai coli lebih sihat. i dah lama tak pakai coli sejak anak dah putus menyusu , pakai coli bila nak keluar itupun tengok jenis baju , kalau pakai tshirt pastu pakai jaket memang tak pakai coli...rasa lebih selesa dan paling penting boleh kurangkan stress..trust me
ReplyDeleteYaa begitulah faktanya, dan tak terdedah sangat dengan peluh bakteria.. kadang keluar pun ada masa terlupa nak pakai oii hahahaha
DeleteMmg kalau di negara mat saleh dah lama dah trend 'free your breasts' ni, sejak zaman mula2 kebangkitan feminism dan gender equality dulu. Siap tunjuk perasaan, bakar2 bra lagi 😄
ReplyDeleteKan kan, free bra day katanya hehehehe
Deleteactually I have lots of best buddies enjoy not wearing while stay home now during this pandemic prevention lockdown, however provided they are home alone without any male family members/ housemates...Lol...cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteHehehe sama laa dengan kengkawan i, lebih mudah dan jimat kain baju nak cuci hahahaha
DeleteSamalah, Sis kalau ada pos ke apa ke, pakai tudung labuh aje, memang sesiap kat tangga rumah hahahaha
ReplyDeleteSejujurnya sangat memahami concept ni.. Diluar negara memang mereka amalkan baik laki ataupun perempuan.. Kena bersesuaian dengan keadaan juga kan...
ReplyDeleteYaaa bukan kata rasa lega atau apa, tapi demi kesihatan juga Nel..
DeleteHaha Budak budak sekarang memang binak bertanya dan soalannya buat kita tersenyum... bab pakai coli ni dulu masa muda mmg tak tanggal sekrang ni je selesa bila tanggal tapi dulu tak lak payudara terganggu haha ok je...
ReplyDeleteAnak-anak Sis memang macamtu, bertanya dalam nada gurau, tapi seloroh, mana laaa tak digelak Ayahnya bila dengo hahahaha...
DeleteYe saya setuju dgn semua yg sis tulis ni sbb sy mmg begitu hahah..sebenarnya ikut kajian memakai bra terlalu lama terutama yg ada besi tu akan menyebabkan peredaran darah tak berjalan lancar dan akan menyakitkan payudara
ReplyDeleteYaaa begitulah.. kalau pakai bila perlu aje.. takat duduk rumah, tak payahlah pakai...
DeleteBagus penerangan yang diberi. Sesuai untuk yang yang dalam dilema untuk buka bra. It's time to be free.
ReplyDeleteJangan risau Kaya, kalau di rumah, jika perlu tak payah pakai, untuk kesihatan payudara juga..
DeleteSetuju dan memang dah lama amalkan. Sekarang ni anak sulung dah remaja pun dah suh dia praktikkan terutama semasa tido tak payah pakai bra. Kasi dia rest dan bebas.
ReplyDeleteBetul tu..sama juga anak-anak Sis, kalau dulu orang kata tak pakai nanti kendur, tapi kita lebih utamakan kesihatan dari kejadian..
Deletememang wei..kekadang kat opis pun rasa macam nak bukak sebab da biasa kan PKP lama kat rumah, tak pakai bra...wakakakkakakakak
ReplyDeleteHahahaha kat opis jangan buat keje oii.. kang naya pulak nampak tetimbul ghahahahah..,
Deletehihihihi memang dah amalkan di rumah time tido. Dulu arwah yang tegur. So baru tau dan amalkan
ReplyDeleteDulu Sis amalkan kalau nak tido baru tak pakai, sekarang, dah tak kira, kalau kat rumah memang tak pakai..
DeleteActually I like my freedom too good to know that there's so much benefits to it.
ReplyDeleteYaaa Jia.. good for health to avoid breast cancer..
DeleteKalau kat rumah memang kena ada kebebasan tang situ 🙈🙈
ReplyDeleteLagipun duduk rumah kan..
Kadang asik pakai je boleh rasa sakit dada juga tau..
Kannn, duduk kat rumah tak payah pakai.. nak keluar baru pakai.. lebih selesa dan selamat..
DeleteTime tidur i tak pakai bra lah sebab lebih selesa and baik untuk peredaran darah.
ReplyDelete