PROMOSI BUY 3 FREE 1 UNTUK MAKAN MALAM FRIDAY FAMILY BUFFET DI HOLIDAY INN JBCC | Tagline 'Baru-Baru di Johor Bahru', tapi apa yang baru? Holiday Inn JBCC (HIJBCC) ni laa weii hotel terbaru yang baru beroperasi tak sampai pun sebulan lagi tau, memang serba baru, 'bau hotel'. Dan kalau yang ikuti posting Sis sebelum ni, HIJBCC ni ada membuat diskaun 50% penginapan sempena pembukaannya. Memang ramai ko yang booking stay sini. Dan alhamdulilah, baru-baru ni, Sis berpeluang juga menjejakkan kaki ke sini, walau pada mulanya nak ke hotelnya, agak rasa stress oii nak naik parkingnya sampai ke tingkat 7 tu hahahaha..
Yaa parking HIJBCC ni korang kena naik atas hingga ke tingkat 7 melalui pintu masuk parking yang sama dengan JBCC Komtar tu. Korang jangan pulak nanti cari pintu masuk HIJBCC ni, memang tak jumpa laa oii, so kena ikut melalui pintu yang sama masuk ke JBCC Komtar tu okay. Tiket parking pun sama, amik jee tiket yang mula korang masuk tu, then follow the signboard yang di tunjukkan arah ke Holiday Inn ni.
Nanti sampai je tingkat 7 tu, haaa ko nampak lee bangunan Holiday Inn JBCC ni yang tersergam indah seluas parking yang ado depannya hahahaha..yaaa luas gile tempat parkingnya, open place tapi jangan risau, keselamatan kereta anda terjamin selamat di situ ya. 24 jam sekuriti jaga situ.
Dan sempena pembukaa Holiday Inn JBCC ni, mereka pertama kalinya juga mempromosikan makan malam secara buffet pada setiap hanya Jumaat & Sabtu sahaja di Dine @ EIGHT Restaurant mereka yang berada di tingkat 8 sama level dengan lobby tempat korang check-in tu. Kenapa nama restaurantnya DINE @ Eight?, sebab tempat makannya di tingkat 8 hehehehe.
Norma baru dalam kehidupan kita, korang kenalah patuhi SOP yang di sediakan. Kalau yang dah biasa makan buffet, mesti dah biasa dan tau kan, selain kena check suhu dan juga scan MySejahtera, korang akan diberikan sarung tangan plastik untuk di pakai ketika menceduk makanan. Dan juga pakai pelitup mulut ya. Jika korang terlupa, janganlah marah, sebab pihak HIJBCC sendiri akan menegur supaya korang alert/sedar akan hal ini demi menjaga kebersihan dan keselamatan semua.
Okay jom kita lihat apa yang di sajikan.. yukkkk..
Okay untuk makluman korang, Dinner Buffet ni kan hanya pada Jumaat dan Sabtu, so apa yang Sis update ni dan kongsikan dengan korang ni, Sis pergi makan pada hari Jumaat 'Friday Family Buffet Dinner', kalau hari Sabtu, 'Saturday Spices Buffet Dinner', makanya menu-menunya akan berlainan dan bertukar sedikit jika korang pergi makan pada hari Sabtu okay. Jangan pulak nanti korang pergi sana hari Sabtu, ko cari menu macam Sis. Mybe ada yang sama, tapi kemungkinan juga ada yang bertukar, so harap maklum ya.
Menu-menu yang di sajikan hampir lebih dari 50 jenis masakan dalam satu masa. Terdapat banyak kaunter-kaunter hidangan berlainan konsep dan citarasa yang korang boleh pilih nak makan. Dan masakannya semua panas, sebab mereka sentiasa letak atas dapur heater dan lauknya akan panas aje selalu.
Memang banyak menunya, Sis nak update satu-satu pun tak dan le oii, nanti korang boleh ke Facebook Pages @akusislin, dan tengok kesemua menu yang dah Sis upload kat situ. Antara menu yang ada seperti, satay chicken & beef, steamed fragrant white rice, nasi pelangi, lamb varuval, beef rendang, fish asam pedas, soft bean curd with egg sauce, wok fried mix vegetables with oyster sauce, long beans sambal, wok fry chickenass kung po dan lain-lain lagi. Tu baru kaunter 1 tu, belum lagi kaunter lain hahahaha..
Memang banyak pilihan, tu memang laa Sis update sikit aje, tapi kalau korang pi depan mata, memang blur lee ko nak makan mana satu okay. Sis sendiri suka asam pedas ikan, aglio olio pastanya, onion gravy dan juga rendang dagingnya, sedap!..
Yang bestnyaa, ada pembuatan pizza secara live yaa di sini. memang panas-panas ko makan pizza yang keluar dari oven arang tu. Korang tengok je dalam video youtube Sis bawah ni, ada video pembuatan pizza tu.
Korang boleh buka juga youtube channel Sis @sislin_ dan lihat sendiri gambaran sebenar kesemua menu-menu yang di sediakan. Okat, jom kita ke kaunter lain pula.. eh dah macam kitchen tour pulak ek hahahaha..
Tengok gambar tu, haaa tu kaunter tengah yang menyediakan aneka salad, buah-buahan, ada juga salmon, jeruk, aneka seasoning untuk korang diy sendiri salad korang, dan macam-macam lagi ler, nak sebut satu-satu namanya pun Sis ko tak reti nak menaip ejaannya laa hahahaha.. tau makan je sedap...
Memang banyak pilihan, Sis sendiri yang pemakan ni pun kalau dah berdiri depan kaunter tu, memang termenung kejap, tak tau nak pilih dan makan yang mana, sebab fikir, kang makan yang ni kenyang plak, tak boleh makan yang tu, kang makan yang tu, yang ni sedap pulak hahahaha..begitulah keadaanya jiwa Sis Lin ketika itu lalalalala..
Tapi...ada satu kaunter ni, tak kiralah, kenyang ke tak kenyang ke, Sis ko tetap balun sampai terkenyang, selagi tak kenyang, selagi tu tak puashati, makan sampai lebam le gayanya ek hahahahaha. Kaunter apa? Sila scroll ke bawah hahahaha..
Tu diaaa... ko rasa Sis ko nak menolak ke? Tidak mungkin hahahahaha.. memang Sis akan makan sampai kenyang oii..ye laa dah bayar RM98 okay, so ko makan laa sampai kenyang walau merangkak keluar pintu pun, takde sampa marah, kecuali ko dah makan lebih masa, tu yee kena halau hahahaha..
3 menu ni memang Sis makan dan bedal, masa kunyah-kunyah tak ingat sakit tonsil, lepas dah makan, haaa amekkawww terus lelangit tu sakit, terdiam seketika Sis ko hahahaha.. sedap weii.. makan cecah dengan sos tu haa..perghhh nikmat makan mana yang engkau nak tolak ekk.. hehehehe
Okay jika semua dah tau, HIJBCC ni sebuah hotel yang sangat mesra kanak-kanak. Dan pulak jika korang stau-in sini dan membawa limited 2 orang anak berumur dari bayi hingga ke 12tahun, makanya anak korang tu dapat 'Stay & Eat FREE' yaa.. Yaaa jangan tak percaya, so ko bayar aje laa untuk ko laki bini, anak 2 orang tadi tu free. Dan juga kalau korang stay-in sini, buffer dinner ni korang dapat 15% diskaun lagi.. berbaloi kan..
Tengok tu...siap disediakan kaunter untuk kanak-kanak lagi. Menunya juga khas untuk kanak-kanak, tapi kalau korang nak merasanya pun boleh juga hahahaha.. atau jika ketinggian korang tu level kekanak, pun apa laa salahnya, opssss *body shaming oii..
Sis idok lee nak amiknya oii, malu laaa, tapi nampak sedap aje kan hahaha.. tak silap anak Sis amik rasa, katanya yang chicken fried tu sedap kakakakah.
Dan untuk lain-lain kaunter, macam sama seperti biasa laa, ada kaunter minuman panas dan sejuk, kuih-muih, buah-buahan, dessert, aiskrim, dan yang bestnya ada mountain cokelat. Aduh, kemanisan Sis ko nengok hahahaha..
Jenis yang suka akan kemanisan, memang gilerr le nengok semua ni, untuk Sis, setakat makan buat 'geli-geli' tekak okay laaa, maklum lerr tonsil masih belum okay. Tunggu dah okay, nanti Sis repeat lagi makan sini hahaha..
Eh lupa nak bagitau laaa.. jika korang datang makan sini, sambil korang makan, telinga korang juga di sajikan dengan 'Live Band' yaa.. so sambil ko ngap, telinga ko pun ngep! Don't worry, pengalaman Sis makan sini, zuara muziknya tidak membingitkan telinga korang, so korang boleh borak dengan nada suara yang biasa, tak payah nak jerit-jerit ya..
Betapa sedapnya melayan makan, sampai lupa nak amik gambar Live Band tu hahahaha.. harap ampun.. tapi okay laa kan, takkan semua nak tunjuk, korang pergi sendiri dan rasainya laa sendiri kann.. kang semua nk tunjuk, tak surprise lerr.. hehehehe..
Yaaa sebenarnya ada lagi kaunter lain seperti, live station Mee Goreng mamak, sup ekor, mee rebus, pizza, aneka roti & sup, aneka pasta dan banyak lagi lee, tak dan nak amsuk semua sini. Sebab tu suruh nengok video youtube tu dan facebook pages Sis tu. Situ semua ado.
Lebih banyak gambar lagi, sila ke facebook pages @akusislin, jangan lupa like okay, hehehe.
Yeee Sayang semuaaa! RM98nett sahaja untuk dewasa.
Mahalnyaaaa? Punya banyak menu tu pun korang kata mahal?. Kalau mahal, korang darang ramai-ramai, then bayar share-share lee pakat beli 3 baucer dan FREE 1, so korang hanya bayar RM74.50sen je seorang. Dan jika korang stay in di sini macam Sis, dapat diskaun 15% dari harga asal tu. berbaloi kan!!..
So apalagi, tempahlah meja korang sekarang, sebab limited seats ya mengikut SOP yang disediakan.
Dan Family Buffet Dinner ni tersedia pada hari Sabtu juga. Info dan pertanyaan, korang boleh lihat details di bawah ni ya.
Book Now!
Promosi Buy 3 Free 1 Untuk Makan malam Family Friday Buffet Dinner Di Holiday Inn JBCC
Level 8 : Dine @ EIGHT Restaurant
Bermula jam : 6.30pm - 10.00pm
Dewasa : RM98 nett
Kanak² : (6 - 12 tahun) - 50%
Warga Emas (60 tahun ke atas) - 30%
Special Offer : Buy 3 Free 1
Alamat:
Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru, Johor
Untuk tempahan, call 07-2078888
Email : info@hijbcc.com
P/S: Hotelnya di tengah bandaraya Johor Bahru, so kalau harga orang kata mahal macamtu, memang padan le dengan tempatnya okay, tapi berbaloi, tu pendapat Sis laa..
little adult station tu menarik..senang ler nak cari makan untuk budak berdua tu nanti
ReplyDeleteKannn Eda, sesuai dengan ketinggian kanak-kanak dan menunya pun sedap..
DeleteMenarik semua menunya sislin. Terliur menengoknya. Kalaulah dekat area Sisyat kat selangor ni, mmg redah jugak la p torai 😊
ReplyDeleteSangat memang menarik, sedap pun yaa, memang berbaloi laa dengan harganyaa...
DeleteGambar daging yg chef tgh potong tu, lamb ya? Tu kalau order kt restoran mau nk dkat rm100 jugak satu dish. Ni byr rm98 boleh dpt semua. Berbaloi.
ReplyDeleteYaaa betul, tu lamb.. sebab tu lerr kata, sangat berbaloi dengan harga bila dah cuba makan di sini, semuanya makanannya banyak dan banyak pilihan..
Deleteala, holiday Inn dekat Penang dah tutup, kalau tak mesti ada promosi yang sama :(
ReplyDeleteNanti habis PKPB mai datang Johor yaaa...
DeleteWow this is such a great promo, and all their dishes also look very tempting.
ReplyDeleteYup, sangat berbaloikann Kelly, kalau ada yang kata mahal, marilah cuba makan dulu, tapi kenalah tunggu habis PKPB...
DeletePergh makanan dia semua sedap nampaknya.. Bagus sangat ade tempat utk kanak2 juga.. Seduai bawk keluarga makan dekat sini
ReplyDeleteKann Nad, budak dari umur bayi sampai ke 12tahun memang stay dan eat free Nad, sangat bagus..
Deletethis is such an amazing deal and promotion especially for a family trip. i am loving the carving station so much!
ReplyDeleteCome and try after PKPB... you will love it!
DeleteLapar ye lepas tengok makanan yang mereka hidangkan kat Friday buffet ni.. Menarik dan sedap2... Menarik pulak promosi ni buy 3 Free 1... berbaloi kalau kongsi2...
ReplyDeleteKann, kalau dah kira-kira 4 orang tu, bayar cuma berapa aje, tapi makan sampai lebamm...
DeleteMurah dan sangat berbaloi. Rindu nak tido dan makan kat hotel huhuhuhu
ReplyDelete