BUFFET DIM SUM HALAL DI WAN LI RESTAURANT HANYA RM64.15nett

Sis Lin
18
BUFFET DIM SUM HALAL DI WAN LI RESTAURANT HANYA RM64.15nett | Korang peminat makanan Dim sum? Apa itu Dim sum? Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan yang dihidang bersama teh Cina. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari. Hidangan disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut dan buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil.

Tapi bukan senang nak mencari kedai makan atau restaurant yang menjual dim sum halal. Sis sendiri pun kalau nak makan akan google dulu dan mencari di mana ada jual dim sum halal. Biasanya Sis akan pergi makan di Ku Van Cha Kota Masai atau Tea Garden. Cumanya dim sum mereka tidak banyak pilihan dan disediakan dalam kuantiti terhad. 

Sesetengah kedai makan Cina memberikan potongan harga pada menu hidangan yang dibeli sebelum 11:00 pagi dan potongan waktu teh selepas 2:00 petang untuk menggalakkan pelanggan mengelak dari datang pada waktu puncak makan tengah hari. Sama juga di Wan Li Restaurant @ Renaissance Johor Bahru Hotel ini. Dim sum mereka dihidangkan bertemakan 'All You Can Eat' secara BUFFET bermula jam 11.30am hingga 3pm pada harga serendah RM64.15 untuk lebih dari 18 jenis dim sum. 

Murah ke mahal tu? Yang pastinya sangat berbaloi ookay. 
Kalau korang dah makan, kompom korang akan rasa berbaloi sangat dengan harganya! 
Jom nengok apa yang Sis makan baru-baru ni. 

Buffet Halal Dim Sum Di Wan Li Restaurant Hanya RM64.15nett

Buffet Halal Dim Sum Di Wan Li Restaurant Hanya RM64.15nett

Buffet Halal Dim Sum Di Wan Li Restaurant Hanya RM64.15nett

Okay, yang atas ni antara 3 dim sum yang menjadi kesukaan Sis, ye laa, biasa kalau makan dim sum asyik makan Siew Mai je kan, so kali ni datang makan dim sum kat Wan Li Restaurant ni, Sis makan yang jarang-jarang Sis makan hehehe. 

Antaranya : Deep Fried Taro Croquettes, Steames Prawn & Scallop Dumplings dan juga Superior Har Kao with Water Chestnuts. Oh memang sedap. rasa kalau makan sebekas tu, ko jangan kongsi dengan orang lain, baiklah ko order dan makan sendiri-sendiri. Alaa lagipun kan All You Can Eat, so order je laaa, makan puas-puas. 

Buffet Halal Dim Sum Di Wan Li Restaurant Hanya RM64.15nett

Buffet Halal Dim Sum Di Wan Li Restaurant Hanya RM64.15nett

Buffet Halal Dim Sum Di Wan Li Restaurant Hanya RM64.15nett

Lagi satu nak bagitau, mana yang Sis kongsikan  dengan korang ni adalah menu pilihan ramai pengunjung order untuk makan dim sum. Kira menu best seller laa. So kalau korang datang makan dim sum di sini dan tak tau nak order apa untuk permulaan, so korang amik je laa menu dim sum yang Sis kongsikan ni, then korang cuma just add-on mana yang korang nak makan. Faham?

Superior Siew Mai, Pan Fried Shanghai Dumpling dan juga Steamed Sweet Taro Bun pun Sis cuba gak. Sedap tak sedap kena cuba, tambah sedap kalau hidang terus makan, buka je bekas berwap-wap keluar, jangan tunggu, nanti rasanya kureng sedap dan teksturnya jadi keras.

Buffet Halal Dim Sum Di Wan Li Restaurant Hanya RM64.15nett

Buffet Halal Dim Sum Di Wan Li Restaurant Hanya RM64.15nett

Buffet Halal Dim Sum Di Wan Li Restaurant Hanya RM64.15nett

Korang suka makan kaki ayam? Ooo sama laa kita hehehe. Di Wan Li Restaurant ni ada juga menyediakan set dim sum Steamed Chicken Feet in Black Pepper okay. Sedap, rasanya Sis aje sorang makan sebekas tu kot hahahaha. Juga ada jenis yang deep fried, seperti, Deep Fried Golden Chicken Dumpling dan juga Deep Fried Beancurd Skin Rolls with Prawn

Sebenarnya kesemua di atas ni sesuatu yang baru dalam pemakanan dim sum Sis, ye laa biasa makan yang dim sum biasa je, tak tau pulak ada macam-macam jenis ek. Dan tak sangka juga rasanya sedap. 

Buffet Halal Dim Sum Di Wan Li Restaurant Hanya RM64.15nett

Dan menu terakhir yang mampu Sis makan malam tu adalah Pumpkin Porridge, kalau korang biasa makan ye korang suka, tapi untuk Sis, tak berapa suka, sebab rasanya tawar dan rasa labu hahahaha.. memang laaa Sis suka sayur labu, tapi tidak untuk dim sum huhuhu.. 

Sebenarnya ada banyak lagi tau jenis dim sum yang ada, kan Sis dah kata ada lebih dari 18 jenis. So korang makan dan pilihlah yang mana korang suka. Jangan main amik jee, kang bazir je tak makan. 

Buffet Halal Dim Sum Di Wan Li Restaurant Hanya RM64.15nett

Buffet Halal Dim Sum Di Wan Li Restaurant Hanya RM64.15nett

Buffet Halal Dim Sum Di Wan Li Restaurant Hanya RM64.15nett

Untuk tempoh SOP PKPB 9/11 - 6/12 - Tempahan semeja terhad 2/4 orang semeja sahaja. Korang patuhi SOP yang di sediakan. Jika tak sihat, sila duduk rumah diam-diam. 

Untuk gambar sepenuhnya, korang boleh ke facebook page @akusislin ya.
 
All You Can Eat Dim Sum [Buffet] 
Bermula jam 11.30am hingga 3pm
Setiap Hari .
**Kanak-kanak umur bawah 5thn FREE . 

Dan jika korang makan secara Ala-Carte, korang akan diberikan diskaun sebanyak 20% bermula hari ini 11.11.2020 sehingga 12.12.2020 . Berbaloi-baloi laaa makannya kan. 

Tempah online via http://bit.ly/TableAppWanLi OR contact +6073813388 OR WhatsApp at https://wa.me/60187800787.

Wan Li Chinese Restaurant HALAL kitchen


P/S: Memang tak puas rasa makan sekali, insyAllah Sis nak repeat makan dan order mana yang Sis suka makan je hehehehe..

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. terliur tgk dumpling tu! sedapnyaaaaa

    ردحذف
  2. pumpkin porridge dia macam pekat betul. Kalau buat kuih puding sedap la kot. Sebelum ni makan pengat laabu sedap jugak hehe

    ردحذف
  3. Untung jugak tu dengan harga tu dapat makan berjenis jenis dimsum.

    ردحذف
  4. Oh yummi-licious dimsum! Lama btul x makan dimsum. Rindu nyer! Harga yg restaurant nie tawarkan agak affordable. Thank you for sharing.

    ردحذف
  5. Oh saya suka dim sum, sebab saiz dia kecik2 so boleh try macam2. So far kalau yg halal sy tau dolly dim sum je. Nnti mungkin boleh cuba yg ni pulak.

    ردحذف
  6. How i wish restaurant ni ada kat KL, lama sangat tak makan dimsum buffet dah.. dulu rajin pergi dengan my family.. Next time turun JB nak dine kat sini la..

    ردحذف
  7. Ni kira port all in dim sum lah. Ada mcm2 jenis. Sape peminat dim sum kena datang makan. Baru puas.

    ردحذف
  8. Bestnya set dimsum ni.. macam2 ada.. alamak rindu.nak makan dimsum.. klu dulu.makan kat bluewave jer

    ردحذف
  9. I've tried Halal Dim Sums! I am happy that Islam friends also get to enjoy Dim Sums!
    Now they can also enjoy in JB! Yummms!

    ردحذف
  10. Allahu rabbi sis oiii..terliur kte tengok. Lama giler tak makan dim sum haha sejak2 pkp tak abes abes ni mmg tak kuar umah

    ردحذف
  11. Lamanye dah tak makan dimsum. Memang betul susah nak jumpa yang halal

    ردحذف
  12. I love dim sum.. tapi labu tu pun.. sy x minat.. bukan peminat labu.. hohooo

    ردحذف
  13. Aduh... Menyelerakan sungguh! Lama sungguh tak makan dimsum. Harga kategori murah gak tu.. Bila laaa dapat merentas ni

    ردحذف
  14. alahai sedapnya dimsum...menarik buat buffet dimsum macam nie..iena suka makan dimsum..tapi jauh la pulak kat johor :D

    ردحذف
  15. sedap weiiii..aku suka dim sum kat sini!

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!