HUJAN-HUJAN HIRUP SECAWAN KOPI ARISSTO, MEMANG SYOK!

Sis Lin
11
HUJAN-HUJAN HIRUP SECAWAN KOPI ARISSTO, MEMANG SYOK! | Kalau dah hujan kan, apalagi yang syoknya, bancuh kopi secawan lerr. Dan kalau dah kata kopi, kopi apalagi yang best? Kopi arissto lerr hahahaha... sejak dah ada mesin kopi arissto ni kan, memang buat masa ni, Sis minum kopi arissto aje. NO coffee 3in1 lagi dah! Serius, terus STOP dah. Hanya minum kopi arissto dari mesin arissto tu je. 

Memang puashati bila ada mesin kopi arissto ni di rumah. Bila-bila nak minum kopi bancuh aje sendiri, eh bukan bancuh, tapi 'tekan' je hehehe. Lagi best macam-macam jenis kopi ada. Alaa nak cite panjang pasal mesin arissto ni, korang boleh baca pada posting Sis di SINI. Cuma nak bagitau aje, tu bukan posting review berbayar ya, tu posting pengalaman dan perkongsian Sis sendiri menyewa dan guna mesin arissto. 

Sebab sejak dua menjak ni ramai PM tanya pasal arissto ni. Dan mana yang korang nampak Sis kongsi koleksi kapsul kopinya arissto tu, tu pun Sis beli sendiri. Kan dah kata sewa mesinnya hanya RM1, dan kita hanya bayar untuk kopinya sahaja, so ikutlah suka korang nak beli dan pilih kopi apa yang sedap kat tekak korang. Untuk tekak Sis, buat masa ni, Sis suka 'In Love', memang sedap.

Cite pepanjang lagi pasal mesin arissto ni, korang boleh baca aje di posting tu yaa.

Hujan-Hujan Hirup Secawan Kopi Arissto, Memang Syok!

Hujan-Hujan Hirup Secawan Kopi Arissto, Memang Syok!

Dan cawan arissto tu pun, adalah cawan hadiah harijadi dari agen arissto yang Sis sewa tu haa.. lagipun katanya, Sis dah banyak rekemen kat kawan-kawan pasal mesin arissto ni, so dia present kat Sis 2 kotak cawan arissto beserta dengan roti arissto..Baru Sis tau arissto ni ada roti hehehehe. 

Memang sejak-sejak ni hujan memanjang tiap petang di tempat Sis sini. Boleh dikatakan seluruh Johor laaa hujan. Sampaikan banjir kilat berterusan di Pasir Gudang ni. Punca banjir? Tak tau laa kenapa, tapi memang sekali turun hujan, lebat gilerr...

So hujung minggu sejak hujan aje memanjang ni, Sis dan Suami kalau keluar pun, tak kemana pun, takut nak ke area bandar sana, sebab nak elak dari tiba-tiba kang petang hujan, jalan sesak akibat banjir terus kang tersangkut dalam jem dan banjir. Walau bawa kereta Ranger pun, tapi kalau dah banjir, sesak le jalan kann..better keluar sini-sini aje kata Suami. 

Hujan-Hujan Hirup Secawan Kopi Arissto, Memang Syok!

Paling tak pun duduk rumah, layan movie, masak dan makan. Tapi yang bestnya, dah 2 hari, Sabtu Ahad lepas Suami turun dapur masak hahaha. Beriye sangat nak masak kan, siap belanja beli barang basah bagai, so kita nengok sambil layan kopi arissto secawan. Sambil tu bantu laaa apa yang patut. 

Kalau ikutkan Sis tak suka Suami ke atau sapa je laa, termasuk anak Sis masuk dapur memasak, kecuali jika perlu. Sebab.....bila dah orang lain memasak, dapur jadi 'kecah', satu keje Sis pulak nak 'double' mengemas. Memanglah anak atau Suami dah kemas dan cuci semua, tapi mata ni tak sama memandang, so Sis akan kemas semula, dan susun mana yang patut, dah satu keje pulak kan! tu yang lomah tu nak bagi orang masuk dapur hahahaha... 

Hujan-Hujan Hirup Secawan Kopi Arissto, Memang Syok!

Bak kata Sis memang tak merayap mana, hanya keluar ke sini-sini aje, paling tak ke Kong Kong Laut sana lepak di Rakit Ujang sambil melihat orang memancing, kemudian pergi mengopi, dan meneman Suami menyoping di kedai peralatan memancing dia. 

Suami kalau dah masuk kedai alatan memancing, memang tak ingat Bini menunggu dalam kereta. Dah berapa hari ni hujan, so Sis malas nak turun, kalau tak hujan, memang Sis akan turun sekali, kalau tak memang berejam le tak keluar-keluar oii.. hahahahaha..

Memang tak pergi memancing pun, cuma suka pergi dan cuci mata katanya, lagipun cuaca pun tak berapa elok, hujan je kann, tapi Suami memang suka beli dan simpan. Nanti kat rumah, dia kemas laa barang-barang alatan mancing dia, so bila nak pergi mancing, dah senang, semua barang dah siap.. haaa gituh.. 

Okay laa panjang pulak bebelnya, tadi nak cite pasal hujan aja, ehh meyimpang pulak ke lain ekkk hahahaha.. takpe laa, sharing is caring kekekeke..

Dah jom le kita memasak Salmon Teriyaki & Kari Ayam!..


P/S: Lambat update blog harini, pepagi dah merambu pi Pontian makan Nasi Kerabu Usop hahahaha.. 
Tags

إرسال تعليق

11تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Perggghhh...mantap....ngopi kite...hehehe...

    ردحذف
  2. Ujan2 memang sesuai cari kopi
    panaskan badan.

    ردحذف
  3. coffee time time hujan, waaa best nyaaaa

    ردحذف
  4. saya x minom kuppi tapi faham nikmat minom
    air panas time sejuk2 tu.. perghhh hehe..

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Siti, bila hujan aje, automatik kepala set, minum kopi secawan hahahaha

      حذف
  5. next time buh la susu, jadi dua layer dalam gambar...

    ردحذف
  6. Kannn, kalau time masak lagi laa, kalu boleh jangan ada yang bantu, rimass hahahahaha

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!