I-Sinar KWSP BOLEH KELUAR 10% DARI AKAUN 1, HAD PENGELUARAN RM60,000

Sis Lin
8
I-Sinar KWSP BOLEH KELUAR 10% DARI AKAUN 1, HAD PENGELUARAN RM60,000 | Alhamdulilah, syukur atas apa yang telah di maklumkan. Sis ni nak tulis pepanjang, nak olah kesemuanya bukan lee pandai sangat, kerja pun tak, acc KWSP pun entah aktif entah tidak, jejangan zero sen hahaha..ye laa lupa dulu kerja ada ke tak buat acc KWSP ni. 

Tapi dengan pengumuman yang di buat ini, harapnya dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan sepanjang pandemik wabak Covid19 ni. Dan gunakanlah sebaik mungkin wang korang tu untuk masa depan dan perjalanan hidup akan datang. 

Dan bagi mereka yang tidak terkesan tu, harap janganlah mencemuh mereka yang nak amik duit tu, tu duit mereka, inilah masanya mereka nak gunakannya. Nak tunggu tua entah sempat ke idok merasanya. So masa ni laa duit tu dapat membantu mereka. Silap-silap ada kalangan mereka itu adalah ibu bapa, adik beradik atau saudara kita mahupun kawan memang dalam kesusahan, cuma kita je tak tau. 

Korang pun kalau rasa diri tu layak nak mohon, silalah.. 

So meh laa baca info penuh yang Sis copy paste je dari Portal KWSP ni sebagai info bersama. 

I-Sinar KWSP Boleh keluar 10% dari akaun 1, had pengeluaran RM60,000

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Sebagai contoh : 

I-Sinar KWSP Boleh keluar 10% dari akaun 1, had pengeluaran RM60,000

I-Sinar KWSP Boleh keluar 10% dari akaun 1, had pengeluaran RM60,000

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021.

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.


P/S : Kita sama-sama doakan moga semuanya ini akan kembali baik seperti dahulu..aamiinn.. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Beruntung yang ada simpanan KWSP, ada talian hayat di waktu sukar.
    kerja macam wak n mana ada KWSP.
    (Kumpul Wang Simpanan Peribadi) adalah sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Wak, itulah faedahnya bila menyimpan.. Saya pun takde KWSP Wak, yang ado pun simpanan sendiri aje buat sesak...

      Delete
  2. Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang terkesan musim sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Aisya...terima kasih pada kerajaan yang memahami keadaan sekarang..

      Delete
  3. Semoga bermanafaat kepada mereka yang memerlukan. Akak pun suka jugak kalau dapat ni, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak, jika layak keluarkan aje laa, kotlah dapat membantu kann ketika memerlukan..

      Delete
  4. Semoga kelonggaran pengeluaran ni dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fizah.. moga bermanfaat buat mereka yang memerlukan..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!