INGATKAN DAPAT JAMBANGAN BUNGA, SEKALI PUSING, SAYUR! | Kalau korang nengok gambo, mesti korang dah gelak berdekek-dekek kann hahahaha. Samalah dengan Sis, sampai ke sekarang, bila nengok jambangan sayur tu, terus nak gelak, ada je idea kreatif orang ek hahahaha..adeiii..
Ni semua surprise birthday Sis harini dari MamaDD adik Sis laaa ni. Pepagi lagi seawal jam 8am lebih Sis dapat penggilan telefon nombor yang tidak di kenali, Sis punya perangai kalau nombor tak save, memang jarang sekali Sis nak angkat, kecuali ada beli barang dan menunggu barang sampai, takut poslaju ke col ke kan..
Rasa tak sedap rasa, hampir 3 kali dia col, so Sis pun angkat, terus suara tanya, nak bercakap dengan Sis Lin, bila ditanya siapa, katanya nak hantar kiriman ke rumah, dia minta Sis tunggu. Terus fikir, sapa pulak laaa yang hantar ni..
Tak sampai pun setengah loceng rumah berbunyi, sementara nak bukak pintu grill, dari jauh Sis dah nampak dah seorang perempuan pegang jambangan di tangannya, dalam hati kata, 'Waa besarnya jambangan bunga tu'...
Dan bila pintu pagar di buka, dan jambangan tu terpusing ke depan, OMG! Ini memang lawakk hokay!! Jambangan sayur ko sekali adik Sis hantar, benghong betul hahahahahaha...
Hahahaha engko ngase???? .... siap ada kentang, peria katak, kobis ungu, terung dan banyak lagi tu oii di sumbatnya hahahaha...
Tak tau nak nangis ke nak gelak ke, yang penting si Mia dan Danny (DD) nengok masa video call wahtsapp, mereka berdua pun gelak hahahaha.. adeiii sabo je laa Mama ko ekkkk...
Tu pun katanya, kalau ada jambangan ikan, dia nak hantar ikan juga, sengal...kan bagus ko hantar hambangan ayam goreng mcD ke KFC ke, bolehlah Sis terus makan hahahahaha...
Pertama kali dapat hadiah sebegini, kelako jee.. punya excited ingatkan bunga, sekali sayur!!!
Atas alasannya seperti tertera di atas kad tu hahahahaha... iyee laaa, nanti Ayyom masak sayur bebanyak ni dan MamaDD datang makan ya hahahaha..
Apa-apa pun, terima kasih adikku Lyea dan Family, atas ucapan dan ingatan haro jadinya ini. Dan terima kasih juga atas segala pengorbanan MamaDD yang menjaga Emak sepanjang hayatnya (adik tinggal bersama arwah Emak). Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan budimu.
Ayyom sayang MamaDD and Friends Family ❤
Habis PKPB mai ke rumah kita makan-makan lagi tau..
P/S: Dan juga, Sis dapat jambangan Orchid juga!! Terima kasih awak.. nanti laaa kita share..
ahahahhahaha woiii aku pun gelak nengok tapi best ahh dapat gini..boleh masak2..hihihihi
ردحذفHihiihi. Memang lawak laa. Anyway Happy Besday sis :)
ردحذفhadoiii..opss.tergelak sama pulak. hadiah yang sangat bermakna ni kak. Peria katak susah nak dapat tu.
ردحذفHahahahahaha... Tapi siyes kreatif la pulak walaupun kelako ko... Hehehe..
ردحذفbest tu dapat hadiah lain dari yang lain..untung dpt surprise gift sis..hehe
ردحذفhepi bestday sis lin
ردحذفlain daripada yang lain ni Sis Lin.. terhibur juga kan bila family yang buat macam ni.. sweet!
ردحذفhaha lagi bagus ni Lin, boleh di jadikan menu, apakah masakan yang terhasil jangan lupa hupdate naa :)
ردحذفhahaha.. rare tu sis... takpe boleh terus masak tu... hihihi... anyway, happy birthday sis Lin... semoga bertambah bahagia dan bertambah kaya ya
ردحذفHappy Birthday sweet seventeen.. (belated seventeen)hihihi
ردحذفSemoga diberkati dunia & akhirat
Hb Lin
ردحذفLebih baik daripada jambangan bunga yang akhirnya dibuang sahaja.
Hahahha 1st time tengok jambangan sayur macam ni. Kreatif betul. Tapi best juga, at least boleh guna untuk masak. Kalau bunga, biasanya layu gitu jer. Hehe
ردحذفHahaha Sorry tergelak sama. Happy Belated birthday Sis Lin. Best dapat suprise walaupun jambangan sayur. Dah dapat sayur free.. gitu~
ردحذفRare! Banyak sayurnya tu. Boleh buat lauk 3-4 hari.
ردحذفHaha kreatif depa. Tak pernah terfikir jambangan sayur ni.
ردحذفSangat rare! Bertuah sis lin dapat hadiah kelakar (maaf ada gelak juga tadi) tapi kreatif macam ni, berguna tu. Boleh masak buat lauk ni!! Btw happy birthday sis lin!!
ردحذف