JAUH PERGI MAKAN NASI KERABU DENGAN EX-GENG SETAMAN

Sis Lin
22
JAUH PERGI MAKAN NASI KERABU DENGAN EX-GENG SETAMAN | Yaaa ini kisah pagi semalam, memang jauh pergi makan nasi kerabu dengan ex-geng setaman Sis lama dulu di Bukit Indah. Mulanya plan nak pergi makan masa hari jadi Sis tu, then kena pulak PKPB di Johor, terus kitaorang postpone. Dan bila kata Johor dah tamat PKPB kecuali beberapa daerah aje masih PKPB, makanya kitaorang plan semula. Tu pun last minit. 

Dan semalam laaa plan menjadi dan seawal jam 6.45am Sis dah gerak dari Pasir Gudang ke Bukit Indah sana. Yaa kena gerak awal, kalau tak kena bebel dengan 'Kak Nam Mamayatie' tu oii kalau sampai lambat hahahahaha. Janji jam 7.30am, dalam jam 7.37am gitu Sis dah pun sampai, tapi orang yang dekat aje yang belum sampai hahahaha. 

Kitaorang pergi berlima aje. Mudah dan ringkas, memasing semua tinggal je anak cucu kat rumah, ye laa ada antara kami tu masih ada anak kecil dan juga dah ada cucu, so semalam sesekali Mak-Mak nak 'Me Time', makanya kepak ketiak bebas laa kejap semalam hahahaha.. 

Jauh Pergi Makan Nasi Kerabu Dengan Ex-Geng Setaman

Jauh Pergi Makan Nasi Kerabu Dengan Ex-Geng Setaman

'Gaul Dulu Baru Makan', haaa itu dia punya trademark kat Warung Nasi Kerabu Usop ni di jalan menuju ke Pontian. Sedap sangat ke Nasi Kerabunya sampai jauh pergi makannya?

Kalau tanya Sis, sedaplah juga, tapi jauh nak pergi makan tu sebab Sis duduk Pasir Gudang, kalau bagi geng-geng Sis ni kira dekat le juga mereka nak perginya. Dan kalau tanya kat mereka ni pulak, sedap ke tak, semestinya laa sedap kalau tak, takkan dekat berpuluh kali mereka berulang ke sana pergi sarapan oii... Tu yang Sis nengok pun kecur tiap kali mereka up kat facebook.

Nasib baiklah dah dapat makan, kalau tidak, sampai ke sudah memang Sis tuntut suruh bawa ke sana hahahaha.. makaseh laa korang!.

Warung Nasi Kerabu Usop ni kalau dari traffic light nak masuk jalan ke Pontian dari Johor Bahru tu, korang jalan terus ke depan sikit, then nanti ada simpang kiri ada banner nama Nasi Kerabu tu, haaa korang beloklah kiri tu. Jalan ke depan sikit, dah nampak warungnya sebelah kanan. Macam-macam jenis lauk pauk Nasi Kerabu ada, yang kami makan ni semalam Nasi Kerabu Kambing. 

Jauh Pergi Makan Nasi Kerabu Dengan Ex-Geng Setaman

Lepas dah kenyang, diaorang ajak merayap pulak ke Puteri Harbour, apalagi jalan terus. Jalan-jalan reramai gini memang syok, macam-macam kami bualkan. Dari cite zaman duduk setaman dulu sampai laa cite hal memasing terkini, tu je yang kami bualkan. 

Memang rindu gilerr zaman duduk setaman dulu, macam-macam aktiviti kami buat. Siap dulu ada family day Geng Setaman, time tu anak-anak semua kecik lagi, sangat seronok!. Now anak-anak dah besar, masing-masing pun dah sibuk dengan urusan masing-masing, so memang agak susah nak jumpa. Bila dapat je peluang macam ni, memang tak boleh lepaskan. 

Jauh Pergi Makan Nasi Kerabu Dengan Ex-Geng Setaman

Jauh Pergi Makan Nasi Kerabu Dengan Ex-Geng Setaman

Dah berpanas di Puteri Harbour tu, kami gerak pulak ke tempat lain. Memasing dah haus penat berOOTD hahahaha.. Terus sepakat kami ke Eco Botanic lepak di Restoran KUU. Sejukkan tekak dengan air kopi0 ais, sebab katanya si Wana, 'kena minum kopi0 laa macam Kak Lin, nanti awet muda' hahahaha..

Kalau korang nak tau, ex-geng setaman Sis ni semua berbakat dan 'kaki cari duit' hahaha. Memang kesemuanya ni pandai menjual, memasak dan buat kuih-muih dan apa je laaa masakan. Biasa pun kalau ada majlis apa pun kat Mesjid Bukit Indah, contohnya; Maulud Nabi ke, Korban ke, kitaorang akan gotong-royong masak sendiri. Memang meriah ketika satu masa dulu.. 

Agak kalau Sis masih duduk di sana, Sis pun masih juga aktif bersama mereka. Best wooo banyak pengalaman dan suasana berkumpul sama tu susah nak jumpa kat mana-mana. Sana je yang ada Sis jumpa setakat ni. Tak kira tua ke muda ke, semua boleh join sama, orang kata 'sama naik semua', hahahahaha... 

Jauh Pergi Makan Nasi Kerabu Dengan Ex-Geng Setaman

Inilah yang sempat Sis jumpa semalam. Rasanya last jumpa awal bulan haritu sewaktu majlis perkahwinan anaknya Kak Ana (kanan sekali) tu. Next agenda, Sis dan ex-geng setaman Sis dah plan nak buat reunion Geng Setaman Setia (GSS), dalam sikit waktu ni selepas majlis Maulud Nabi mereka di Bukit Indah. 

Harap semuanya dipermudahkan. Rasa tak sabarnya nak berkumpul dan berjumpa dengan mereka semua. Jangan kang majlis tu jadi jejak kasih dan memasing 'banjir' airmata sudah hahahaha..adeiii.. jangan sedih-sedih laa kan, memasing dah tua dah, chill-chill sudah... 

Apa pun, semuanya sahabat Sis dunia akhirat.. dan kamu kamu juga ❤


P/S: Terngiang-ngiang gelak ketawa semalam, ni baru 5 orang, belums etaman lagi hahahaha.. 

Post a Comment

22Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Berbaloi pergi jauh-jauh cari sarapan, dapat nasi kerabu kambing. Nampak gambar pun memang terliurlah tengok. Tu belum gaul lagi nasi and the gang!

    ReplyDelete
  2. tengok rupa mcm nasik kerabu golok tu sis. dia x guna tumis sangat. tp berbaloi2 la jalan jauh kalau sedap kan.

    ReplyDelete
  3. sedap nya nasi kerabu, lama dah tak layan nasi kerabu sejak pkpb nih... selalu kalau hujung minggu ajak edy makan nasi kerabu di kedai kawannya... musim pkpb ni malas nak jalan jauh-jauh

    ReplyDelete
  4. berbaloilah jauh-jauh berjalan dapat makan sedap, memang nampak sedap nasi kerabu dia :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. kita pun netry nasi kerabu jugak, tapi Kg Pasir punya. Mana sedap ngan yg Kg Pasir, Lin? Akk biasa jugak nampak NK Usop ni kalau lalu Kg Ulu Pulai tu

    ReplyDelete
  6. girls hangout is the best ever, tak kira jauh or dekat kan

    ReplyDelete
  7. seronok dapat geng setaman yang sekepala macam ni.time buat kenduri semua pakat tolong..best kan

    ReplyDelete
  8. biasalah tu kalau dah lama tak jumpa kawan, meeting jauh pun sanggup pergi haha

    ReplyDelete
  9. Good story. Sepanjang pandemic nie kita rindu nak yamcha dgn our girls kan. Btw, that nasi ke Rabu looks yummy. Glad you had fun.

    ReplyDelete
  10. Seronok bila dapat keluar lepak makan-makan dengan kawan-kawan kan, jauh pon takpe lagi best haha. Nampak sedap nasi kerabu kat situ! 😁

    ReplyDelete
  11. Wah..ni tengok je pun dah tau mesti sedap. Kerabu dia xkedekut. Makan dgn daging bakar/salai n keropok ikan. Kalau ada solok lada lagi best.

    ReplyDelete
  12. the hang out pictures meant more than anything. Girls always love quality hang out moments. Good food added to the value.

    ReplyDelete
  13. Sedapnya Nasi Kerabu... Okay, boleh la order ni untuk lunch nanti.. btw, is that carrot cake? Wahhh lama giler tak makan dah susah nak cari yang halal disini...Tengok gambar2 you guys gather make me rindu so much to hang out with my friends.

    ReplyDelete
  14. nasi kerabu mmg fav...mcm2 lauk bole pilih..suka daging bakar, daging goreng, ayam bakar, kambing bakar..dpt lepak ngan kwn2 ni syok kn...tp skarang pkpb hanya mampu throwback je la gmbr2 mkn2 rmi2

    ReplyDelete
  15. sesekali kena ada 'me time' sekejap.. tinggalkan yang lelain tu
    keluar bagi masa diri sendiri nak enjoy2 lepak2 kan..

    ReplyDelete
  16. Ni namanya ukhwah nasi kerabu, hahahhaha.. sedapnya nasi kerabu kat situ.. makan dengan kengkawan sekepala mmg best

    ReplyDelete
  17. ah I miss to hang out with my bff too. BTW the nasi kerabu looks so delicious! I miss eating it I have not have it for long time huhu

    ReplyDelete
  18. tu lah, kan best kalo ko masih duduk bukit indah lagi...ekekekkeke

    ReplyDelete
  19. This is so yummy! My BF loves this too! Will drop by if we have the chance!

    ReplyDelete
  20. besttt aihh ada geng pi lepak dan makan sama2...lagi2 dapat kawan tak cerewet tang makan...insyaAllah nanti kalau orang Selangor dah boleh rentas negeri nak jugak pi sana try , lagipun abang ai memang stay area Pontian nun .....mana tau kot2 kita pun boleh jumpa sama ...hehehe

    ReplyDelete
  21. Wah bestnya dapat keluar jenjalan dengan member lama. Sekali sekali nak juga kena cuci mata dan ambil angin :) By the way, nasi kerabu nampak dap ngat! :)

    ReplyDelete
  22. Liez suka nasi kerabu dan ada port fav yang liez suka perfi dekat Batu caves ni.. tp since pkp bilan march lepas dah tak pergi sebab taknak bawa anak² sekali. Seronoonya dapat lepak dgn family atau kawan sambil makn kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!