JOM MENGINAP DI HOLIDAY INN JBCC, SEMUANYA SERBA BARU! | Yaa 'Baru-Baru di Johor Bahru' sudah tentunya Holiday Inn JBCC, hotel terbaru, terkini yang baru beroperasi tak sampai pun 2 bulan. Kalau korang lalu di pusat bandar Johor Bahru tu, pasti korang akan nampak bangunan tinggi atas dan sebelah JBCC tu haa. Kalau tak nampak sila mendongak hahahaha.
Betul! Holiday Inn JBCC ni sama bangunannya dengan JBCC (Komtar), dan untuk masuk ke hotelnya, korang memang akan masuk di pintu masuk parking yang sama dengan JBCC (jika bawa kereta), then korang kena naik ke tingkat 7 untuk sampai ke Holiday Inn JBCC tu, jangan risau, ikut papan tanda arah di setiap penjuru. Tapi kalau korang datang tanpa memandu, korang boleh ikut lift di bangunan yang sama then naik lidt terus ke tingkat 8 Holiday Inn JBCC. Sila bertanya jika tak tau arah tuju ya.
Dan baru-baru ini, sebelum PKPB bermula Sis berpeluang untuk menginap di sini selama 2 hari 1 malam bersama anak sulung Sis,Kakak. Dan sekarang pun Holiday Inn JBCC ni masih juga beroperasi untuk korang stay-in dalam keadaan PKPB ni, cuma kena ikut dan patuhi SOP yang di sediakan.
Sis check-in pada hari Jumaat dan check-out pada hari esoknya Sabtu. Dan Sis stay di Deluxe Room 2 single bed di tingkat 20. Dari mula melangkah masuk ke dalam hotel hinggalah ke ruang lobbynya di tingkat 8. Pandangan mata tu memang tertumpu pada setiap ruang yang ada., serba baru dan moden gitu dekorasinya.
Urusan di kaunter check-in pun semuanya cepat, servis yang baik dan pekerjanya pun ramah. Siap dapat mask dan juga hand sanitiser lagi secara percuma lagi. Terima kasih HIJBCC..
So, Jom kita nengok bilik Sis yokk..
Untuk Deluxe Room ni, ruangnya tidak laa begitu luas, cukup hanya memuatkan 2 orang sahaja. Ada pilihan samaada ko nak double single bed atau queen bed, terpulanglah. Lengkap semua kelengkapan dalam bilik macam hotel-hotel lain juga termasuklah toilet hahaha..eh ada ke hotel takde toilet ek? Kakakah dah tu engko tanya kenapa? Hahaha..
Kalau untuk Sis dan anak Sis, cukuplah selesa, serba serbi ada, ekon pun sejuk, ruang antara satu katil ke satu katil pun luas, tidaklah begitu sempit dan selesalah untuk kami berdua ni. Bantal pun begitu lembut dan gebu, setiap sorang dapat 2 bantal, satu soft dan satu lagi firm, so tak payah berebut bantal okay!.
Pemandangan dari dalam bilik Sis, takde le indah mana pun, dah kata hotelnya di pusat bandar kan, so bangunan aje le yang engko nampak. Jenis Sis memang tak amik kisah, bukan nak tido kat balkoni pun. Lain kalau di KL, haaa tu ye, kalau boleh bukak je tingkat nak nampak KLCC atau pun menara KL, tapi ni JB yo! So bangunan opis dan hotel-hotel aje le yang ado kelilingnya. Bawahnya soping mall JBCC, sebelahnya City Square, hahaha haa ko hado?..
Stay sini jangan risau, semua kelengkapan siap sedia ada, termasuk strerika baju beserta papannya, hair dryer, set wangian mandi dan rambut, tuala, ubat gigi, berus gigi, dan semuanya laa.. Tak payah ko nak bawa segala macam masuk bag, sini semua lengkap! Termasuk juga kopi, teh, gula dan air mineral. So takde laa Sis susah-susah nak hangkut mesin arissto Sis kan, ehhhhh opss.. hahahaha..
Selepas dah meninjau-ninjau dan bergambar dalam bilik, Sis dan anak pun keluar lerr nak pi GYM sementara menunggu makan malam. Gym mereka ini di buka 24jam hokay! So kalau agak korang memang jenis workout tak henti tu, haaa silalah ke sini, bersenam sampai tertido dalam GYM yaa, silap-silap kang...ada yang meneman hahahahaa.. uishhhhh..
Ada ke yang orang pi GYM tengah pagi haaa? Erkkk..
Malamnya, kami dinner di DINE @ Eight sempena Friday Family Buffet Dinner mereka. Memang puas le kami makan malam di sini. Rindu sangat nak makan buffet kan, akhirnya dapat makan di Holiday Inn JBCC.. siap ada promosi lagi masa tu Buy 3 Free 1.. tapi....
UPDATE terkini dari Holiday Inn JBCC :
In light of the recent implementation of Conditional Movement Control Order (CMCO):
1. Our swimming pool will be closed from 9 November - 6 December 2020.
2. Our Family Friday & Saturday Spices Buffet Dinner will temporarily paused.
Our hotel will still be in operation as usual.
The safety and wellbeing of our guests and employees is our top priority, and we have been closely monitoring the fast-moving developments regarding COVID-19.
Tak apa, ini semua sementara, jika semuanya dah okay, dan Holiday Inn JBCC ada update status terkini mereka, Sis akan maklumkan pada korang ya.
Selsai makan malam semalamnya tu, balik bilik tidur terus nyenyak tak sedar diri, mana taknya dapat bantal gebu, memang seronok benar le tidonya. Esok paginya bangun pun penuh dengan keceriaan dan cergas. Jam 7.30am kami turun sarapan di tingkat 8, sama dengan tempatnya kami makan malam semalamnya di DINE @ Eight tu.
Menu yang di sediakan memang banyak pilihan, dah macam makan tengah hari pun ya. Ye laa siap ada sambal udang petai dan rendang ayam, ko ngase Sis diet ke? Hahahaha.. lupakannn...
Habis makan, kami pun terus ke swimming pool. Konon nak meninjau aje, sekali ternampak kolam Jakuzzi apalagi, terjun leee ehhh turun le kami ke dalamnya. Kuat juga tekanan air Jakuzzi dia, santai-santai berendam dalam tu hampir setengah jam juga. Bila dah mula ramai yang datang, barulah kami beransur keluar.
Dan pastikan korang bawa baju mandi yang sesuai dan juga persalinan selepas mandi ya, sebab di larang keluar dengan pakaian yang basah untuk masuk lift. Oh!Ya, swimming pool mereka di buka dari jam 8am hingga 10pm sahaja. Tapi....
UPDATE terkini dari Holiday Inn JBCC :
In light of the recent implementation of Conditional Movement Control Order (CMCO)
1. Our swimming pool will be closed from 9 November - 6 December 2020.
2. Our Family Friday & Saturday Spices Buffet Dinner will temporarily paused.
Our hotel will still be in operation as usual.
The safety and wellbeing of our guests and employees is our top priority, and we have been closely
monitoring the fast-moving developments regarding COVID-19.
Untuk lihat lebih banyak lagi gambar dan suasana di Holiday Inn tu, korang boleh laa klik facebook pages @akusislin di atas ni, dan lihat kes emua gambar yang dah Sis masukkan tu ya.
NOW Holiday Inn JBCC ada buat promo, Book Now, Stay Later sempena jualan sale 11.11 hari ini. Sangat jauh beza murahmya oiii... crazy sale namanya!!
TERKINI dari Holiday Inn JBCC!
𝟭𝟭. 𝟭𝟭 𝗦𝗔𝗟𝗘
Haaa apalagi!! Cepatlah buat tempahan sekarang!
Book our Deluxe Room TODAY from ONLY 𝗠𝗬𝗥 𝟭𝟭𝟭.𝟭𝟬𝗻𝗲𝘁𝘁 per room per night!
- Stay period from now till 30 Dec 2020 (subject to availability)
- Top up of MYR 50.00 nett to stay on Friday & Saturday night
- Limited time offer from 12.00 am - 11.59 pm on 11 Nov 2020
Hurry up, simply DM us to grab the offer!
Terms & conditions apply.
Haaa apalagi!! Cepatlah buat tempahan sekarang!
Dan jangan tak tau ook, budak umur dari bayi sehingga 12tahun 'EAT & STAY FREE' ookay!! .
Patuhi SOP yang disediakan ya! #kitajagakita #staysafe
#staycation2020 #holidayinnjbcc #lifestyleblogger #akusislin #bloggerjohor
P/S: Wuu Sis pun nak booking gak le weiii...tidur bilik besar sikit kannnn...murah dah tu..sangat!! ..
Haish buat rindu je dengan hotel dan makanannya. Kita di Selangor sedang PKPB ni kak. Huhuhu. Selamat bercuti kak. Hehehe.
ReplyDeleteada kolam..boleh bawak si firash nanti
ReplyDeletenice la bilik dia. saya suka betul kalau theme macam ni and banyak natural light. view dari pool pun lawa.
ReplyDeletebestnya mandi jakuzi, dulu kecil2 selalu mintak bilik hotel yg ada jakuzi hahaha
ReplyDeletebaru plan nak menginap di sini, kena CMCO memang tak boleh la kan.Tunggulah nanti dah habis pkpb boleh la try..tengok macam best je
ReplyDeleteBestnya dapat menginap di hotel ni. Cantik dan paling suka jakuzi tu. Seronoknya dapat berendam.
ReplyDeletelawa juga Inn dia kan siap ada gym pool bagai. ni kalau datang sambil fokus blogging syiokk
ReplyDeleteSuka toilet die lawa. Ok jgk hotel ni jenis yg suka nak pegi shopping mall boleh la pilih hotel ni. Dekat je. Mcm ena dah lama xjalan jb. Mane tahu teringin nak stay. Rindu.
ReplyDeleteBestnya.. ye la, skrg kan takleh nak ke mana2. Staycation dalam negeri je la, utk hilangkan stress.
ReplyDeleteBestnya dapat staycation kat hotel ni.. lama sudah tak merasa,, ni pun dah check-in kat rumah sendiri for months dah... :P Toilet dia memang transparent macam tue ke sis? Wahhh infinity pool dia cantik giler...
ReplyDeleteNampak best je hotel ni kak. Boleh lah try nginap sini bila ke johor nanti. Harap cpt lah c19 ni berlalu pergi. Bosan dh duk umah lelama ni.
ReplyDeleteI am so going to visit! Dah lama tak travel dgn anak !
ReplyDeleteI am excited for this coming Christmas!
Sangat best lah kalau dapat menginap akt sini. Bilik luas, decor cun, bantal pun ada label soft firm. facilities pun banyak. nice lah!
ReplyDeleteSetiap kali Sis Lin update stay, memang daku jaki! Kalaulah tak PKPB nie, memang daku ajak #GengPeponds diketuai ibu CLP tu serang kawasan ko kak. Hahaha
ReplyDeleteCantiknya semua kemudahan yang ada... Serba baru... Tapi apa yang menarik perhatian TB.. Kolam jakuzzi tu.. Wahhh.. Rindu nak berendam... Kih3
ReplyDeletesyok betul kita berjakuzzi hari tu kann..bila nak pergi lagi..ekekekek
ReplyDeletecantik n nampak selesa bilik dia sis .. tengok swimming pool pun geram je rasa. nnti kalau p JB leh la stay sini kan
ReplyDelete