KAMBING PERAP FARMGRILL, SEKALI CUBA PASTI NAK LAGI! | Iyeee memang betul, Kambing Perap FarmGrill ni, sekali ko cuba pasti nak lagi, sebab Sis aje dah 2 kali Suami beli hehehehe. Sekali beli 2 bekas, lepas tu dah kesedapan, repeat beli lagi 3 bekas, amekkaww embekk memanjang hahahaha.
Sis suka tekstur perapan kambing perap farmGrill ni, dalam satu bekas tu banyak gilerr kuah perapannya, dan juga bila dah cukup masak, isi kambingnya juicy dan lembut nauu. Rasanya jangan cakaplah, memang melampau sedap yaa.. Ini bukan review berbayar atau membodek tapi Sis makan, Sis kongsi. Tak sedap kata tak, tapi ni memang terbaekkk.. korang boleh cuba.
Kambing Perap FarmGrill ni kawan Suami Sis yang menjualnya. sebekas tu RM25 kot, ehh ye kot, lupa laa pulak, dalam gitu laaa harganya. Korang tengok pada sticker tu haa, katanya di perap dengan 11 rempah perap premium, mana tak sedap dan juicy!. Walau dah kering tetap sedap dan lembut daging kambingnya, tidak liat.
Sebelum nak bakar atau grill, korang keluarkan dulu dari frozen, biarkan kambing perap tu cair sepenuhnya, barulah kuah perapan tu betul berair dan masa korang membakarnya, curahkan sekali kuah lebihannya atas kambing perap tu, perghhh tangkap lentuk woo bau dia satu rumah, bukan bau kambing, bau rempah tu laaaa hahahaha..
Satu bekas tu, ada dalam 3 atau 4 keping mengikut saiz. Sis dah berapa kali buka dan bakar, ada 3 keping saiz besar dan ada satu bekas tu, ada 4 keping saiz besar juga, bercampur-campur laaa saiznya, ikut kiraan timbang gitu.
Macam Sis, Sis bakar aje dalam pan non stick dengan api perlahan. Memang akan masak betul kering dan tidak melekat juga hangus. Ko kena laa pandai jaga apinya, jangan letak, terus tinggal layan TikTok plak adeiii memang laaa hangus!..Pastu salahkan kambing ekkkk... hancussss..
Berapa lama nak bakar dan tunggu masak?
Sis tak boleh nak jawab, sebab ikutlah kebesaran api dapur korang dan cara korang memasaknya. Kalau Ko memang mengadap betul dia atas dapur, balik-balikkannya, dan api pun elok control panas kuali, makanya kejap aje laa masak dan eloklah kambing perap ko di bakar.
Nak bakar kambing perap ni kena sabar dan kena ngadap dia betul-betul. Yaa tenung penuh dengan kasih sayang, barulah nanti bila siap aje, rasanya pun sedap dan lembut aje menggigitnya.
Dan untuk Kambing Perap FarmGrill dia, dia takde datang dengan sos ya, tapi kuah lebihannya tu, selepas aje siap membakar kambingnya, korang masakkan kasi pekat dan curah atas kambing tu, memang terangkat weiiii... kening laa terangkat, bukan punggung hahahahaha.
So apa tunggu lagi.. korang cubalah, penat menaip ni haa, sampai nak menjejs ayaq liur Sis ni.. Dalam esbox Sis pun ada lagi 2 bekas, ingat esok nak buat menu western lerr hehehehe..
Korang peminat kambing tak? ...
Kalau ada dan korang nak mencubanya, belek aje lee gambo pada bekas tu yaa..
P/S: Harini entah kenapa mata mengantuknya lahaiiii... pantang baring kejap, tidur terus adeiii...
Saya peminat kambing... Emmbeeekkk.... Nak juga rasa keenakan kambing perap farmgrill ni.
ReplyDeleteCubalah, memang sedap..juicy gilee rasa kambingnya...
DeleteAduhai lah kambing... Kenapa melintas disaat perut sedang lapar. Macam terasa-rasa di dalam molot ni.. Sedapnya....
ReplyDeleteHahahaha nanti try buat perap sendiri Cella, kamu mesti pandai masak kambing perap..kalau tak, order je ni hehehe
Deletekalau kambing memang tak tolak
ReplyDeleteSama Saya, rugi siapa yang tak makan kambing..
DeleteTengok dari rupanya, sedap! Kalau dapat makan ni lagi sedap!!!
ReplyDeleteHahahaha makan tak hingat orang belakang gayanya...
Deleteaduhai...firash suka betul makan kambing bakar cenggini. kena beli jugaklah. haha.. alasan sangat guna firash. padahal sendiri nak makan
ReplyDeleteBeli Juju, memang sedap, banyak jenis perap dah Sis beli, tapi yang ni sangat sedap...
Deleteoh no!! sedap ni!!! tgk pun sedap...makan sure sedap! terliur dah ni
ReplyDeleteHahahaha memang sedap, sebab tu kongsikan di sini heheheh
Deletewahhh kalo 650gram RM25 memang murah tu! next time nak cuba dari farmgrill ni pulak lah...
ReplyDeleteIyerrr murahkann.. separuh harga dari kambing perap mama*** tu oii hahahaha
Delete