KITARAN HAID TAK TERATUR, PERLU KE MAKAN UBAT HORMON?

Sis Lin
20
KITARAN HAID TAK TERATUR, PERLU KE MAKAN UBAT HORMON? | Terpanggil nak buat blogposting mengenai tajuk ni selepas baca info dari Hello Doktor ni. Satu sebabnya Sis sendiri juga alami kitaran haid tidak teratur. Ada masa berlarutan makan masa yang lama, tapi dalam pendarahan yang terlalu sedikit, sampaikan kejenya asyiklah mandi hadas manjang sebab nak kejarkan solat. 

Dan ada ketikanya lama tak datang haidnya hampir berbulan-bulan. Tapi itu sudah jadi kebiasaan dan Sis pun malas nak fikir. Kalau pergi check jumpa Doktor, salah satu punca katanya Sis ni stress, jadi hormon tak menentu, ermm stress ke aku? hahahahaha.. 

Juga salah sebab utama haid tidak datang, disebabkan Sis pakai impant atau implano, satu kaedah perancangan keluarga yang Sis pasang di lengan kiri Sis. Memang dah bertahun Sis pakai, masuk tahun depan Sis nak buka, dah 12 tahun dah. Memang tiba masa, bukak dan pasang baru, selagi belum monopous. Sekali masuk untuk jangka masa 3 tahun. 

Mungkinlah disebabkan semua tu Sis punya haid kejap datang kejap takde, dan dia keluar pun tak seperti darah haid biasa, sedikit aje, kadang tu risau, tapi bila dah pergi medical check-up semua Doktor kata okkay, so biarkan je la, janji takde apa yang memudaratkan. Pil Metformin tu Sis pernah makan atas saranan Doktor, tapi kena stop sebab tak tahan alahan kembong perut dan pening kepala. So sekarang, biarkan aje laa..

Korang pula macam mana? 

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Kitaran haid adalah perkara penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur? Adakah ubat-ubatan dapat merawatnya?

Haid, adalah sebahagian daripada kitaran haid di mana endometrium yang merupakan lapisan rahim disingkirkan dan pendarahan keluar dari rahim melalui faraj. Haid biasanya bermula semasa akil baligh bagi seseorang anak gadis, antara umur 10 sehingga 16 tahun, dan akan berterusan sehingga seseorang wanita mengalami menopaus, pada usia antara 45 sehingga 55 tahun.

Purata kitaran haid (tempoh daripada awal haid hingga hari pertama haid yang seterusnya) normal bagi seseorang wanita kebiasaannya adalah 28 hari, namun, ia adalah berbeza bagi setiap individu. Maka adalah normal untuk wanita mempunyai kitaran haid yang lebih pendek atau panjang. Kitaran haid tidak teratur pula adalah apabila tempoh kitaran melebihi 35 hari atau kitarannya menjadi tidak menentu.

Haid tidak teratur, bagaimana ia terjadi?

Tahap insulin dan androgen yang tinggi, juga dikenali ‘hormon lelaki’ di dalam badan mampu mengganggu kitaran ovulasi dan haid bulanan terutamanya bagi wanita dengan masalah PCOS (sindrom ovarium polikistik). Sekiranya korang mempunyai PCOS, haid korang mungkin tidak teratur atau lebih teruk, berhenti sama sekali.

Kitaran haid tidak teratur ditakrifkan sebagai:
  • Kurang daripada 8 kali kitaran haid setahun
  • Kitaran haid lebih pendek daripada 21 hari
  • Kitaran haid lebih lama daripada 35 hari

Apabila kitaran haid memanjang, ovulasi akan terhenti sepenuhnya (disebut anovulasi) atau hanya berlaku sekali-sekala. Manakala, sebilangan wanita dengan PCOS mengalami pendarahan yang lebih berat atau lebih ringan semasa kitaran haid mereka.

Haid yang normal dan berkala membantu mencegah penebalan lapisan rahim yang berlebihan dan sel-sel abnormal daripada terbentuk. Yang paling penting, seseorang wanita harus mempunyai sekurang-kurangnya 4 kitaran haid setahun bagi mengelakkan perkumpulan sel tidak normal.

Oleh itu, apakah rawatan yang boleh korang lakukan untuk merawat masalah ini? 

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Merawat haid tidak teratur dengan ubat-ubatan

Masalah haid yang tidak teratur boleh dirawat dengan ubat-ubatan ini, antaranya:
  • Medroxyprogesterone
  • Norethindrone
  • Metformin

#1 Medroxyprogesterone

Medroxyprogesterone adalah sejenis hormon wanita (progestin) digunakan untuk merawat haid yang tidak normal atau tidak teratur. Bukan itu sahaja, ia juga digunakan untuk menghasilkan kitaran haid yang normal pada wanita yang pernah haid secara normal tetapi tidak mengalami menstruasi sekurang-kurangnya 6 bulan, yang tidak hamil atau mengalami menopaus.

Medroxyprogesterone juga digunakan untuk mencegah pertumbuhan lapisan rahim yang berlebihan dan dapat menurunkan risiko kanser rahim terhadap pesakit yang mengambil estrogen.

Potensi kesan-kesan sampingan

Bagaimanapun, medroxyprogesterone boleh menyebabkan kesan sampingan.
Maklumkan doktor korang sekiranya berlaku gejala yang teruk atau tidak sembuh:
  • Payudara terasa sakit atau menghasilkan cecair
  • Perubahan aliran haid
  • Pendarahan atau tompokan darah yang tidak teratur
  • Tumbuh jerawat
  • Pertumbuhan rambut di muka
  • Keguguran rambut
  • Kesukaran untuk tidur
  • Mengantuk
  • Sakit perut
  • Kenaikan atau penurunan berat badan

#2 Norethindrone

Norethindrone adalah pil pencegah kelahiran yang sering digunakan untuk merawat endometriosis, tisu yang melapisi rahim tumbuh di kawasan anggota badan yang lain dan menyebabkan kesakitan, pendarahan berat atau tidak teratur.

Selain itu, ia digunakan untuk menghasilkan kitaran haid normal pada wanita yang pernah haid secara normal tetapi tidak mengalami menstruasi sekurang-kurangnya 6 bulan, yang tidak hamil atau mengalami menopaus.

Norethindrone turut digunakan sebagai ujian untuk melihat sama ada tubuh menghasilkan hormon wanita tertentu (bahan semula jadi yang mempengaruhi rahim). Ubat ini tergolong dalam kelas ubat-ubatan yang dikenali sebagai progestin, yang fungsinya menghentikan lapisan rahim daripada tumbuh dengan menyebabkan rahim menghasilkan hormon tertentu.

Potensi kesan-kesan sampingan

Norethindrone mampu menyebabkan beberapa kesan sampingan.
Maklumkan doktor korang sekiranya berlaku gejala yang teruk atau tidak sembuh:
  • Perubahan aliran haid
  • Pendarahan atau tompokan darah yang tidak teratur
  • Payudara terasa sakit atau membesar
  • Sakit perut
  • Kenaikan atau penurunan berat badan
  • Kesukaran untuk tidur
  • Tumbuh jerawat
  • Pertumbuhan rambut di muka

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

#3 Metformin

Metformin pula digunakan untuk merawat ketahanan insulin dan diabetes dengan meningkatkan sensitiviti insulin serta mengurangkan pengeluaran glukosa oleh hati. Ia mempunyai beberapa kesan terhadap tubuh, tetapi antara impak utama bagi wanita dengan masalah PCOS adalah mengurangkan ketahanan insulin dan pengeluaran androgen, atau testosteron, di ovari.

Perkara ini dapat meningkatkan fungsi ovari dan mengembalikan semula waktu haid yang teratur. Pun begitu, metformin nampaknya tidak mempunyai tahap keberkesanan yang sama seperti pil kontraseptif dalam menghasilkan haid teratur dan mengurangkan lebihan hormon androgen.

Ia mempunyai kesan yang lebih positif pada kadar kolesterol dan insulin berbanding pil kontraseptif oral. Selain itu, ia mampu membantu penurunan berat badan, pencegah kenaikan berat badan, dan mengurangkan risiko diabetes pada mereka yang berisiko tinggi.

Potensi kesan-kesan sampingan

Sebilangan wanita yang mengambil metformin mempunyai beberapa kesan sampingan gastrousus sementara, seperti:
  • Terasa loya
  • Kembung perut
  • Muntah
  • Hilang selera makan

Rawatan metformin dimulakan dengan dos yang lebih rendah untuk mengurangkan keparahan kesan sampingan.

Kesimpulannya, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan untuk merawat masalah haid korang, berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat dan buat pemeriksaan lanjut. 


P/S: Menjadi satu kesusahan dalam diri untuk mengerjakan solat. Yang alaminya aje laa yang memahami. Allahuakbar.. :(

إرسال تعليق

20تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. susahnya kalo haid tak teratur. lagi2 kalo ditambah dengan sengugut tapi darah tak jugak kunjung tiba.

    ردحذف
  2. sayalah seorang yang hadapi period tak teratur ni, tiap kali pregnant mesti kena scan dulu baru tau umur janin huhu

    ردحذف
  3. Wah.. Bagus info ni.. tq Lin.. Gigih saya mambaca sampai habis.

    ردحذف
  4. Kitaran haid xteratur ni mmg ada jugak effect. Contoh mcm ena sendiri tiba2 ngandung safiyyah. Ehhhh. Hahahaha. Dah doc pening nak kira due date. Ena dtg bulan mcm biasa tp kitaran xbetol. Masuk 8bulan prepare je brang baby takut beranak awl. Sekali awal 2minggu. Rezeki yang tak disangka

    ردحذف
  5. Faham sangat ni. memang kena jumpa doktor kalau ada masalah macam ni. Tak berani nak ambil supplement sembarangan selain daripada ubat doktor atau suggestion dari doktor. Baca kesan ubat-ubat tu rasa seram juga nak hadap kan.

    ردحذف
  6. Lagi-lagi bila stress and banyak kerja lagilah period tak teratur. Kena pastikan mood dan emosi stabil dulu baru cuba kaedah alternatif yang lain kan. Kawal diet pemakanan juga boleh membantu

    ردحذف
  7. anak saya umur 13 tahun tu memang pening duk kira kitaran haid dia, 15 hari period, 15 hari rehat. pastu ulang kagi. kesian kat dia macam pening kurang darah. Aritu ada makan juga ubat hormon, sekarang ni monitor sendiri je

    ردحذف
  8. info yang bagus untuk golongan wanita. penjagaan diri penting. harap semua yang mengalami dapat ikhtiar dengan baik

    ردحذف
  9. tq sis lin sebab share. cx memang sejenis catit kitaran haid sebab merancang sendiri. Bagus sis lin share benda ni. cx pernah nak ambil perancang tapi suami tak izin. so, kami rancang sendiri. cx selalu dengar orang kata kalau ambil perancang, hormon kita sedikit terganggu yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur. sama seperti yang sis lin kongsi juga.

    ردحذف
  10. My period is regular but I have blood clot. The reason is because I have fibroid in my uterus and it impact my menstrual.

    ردحذف
  11. Alhamdulillah so far kitaran haid Nina teratur sejak remaja hingga kini. Tetiba berdebar seram lak baca usia menopause 45-55tahun. Semakin hampir! Eerrkkk...

    ردحذف
  12. adui.. atie paling risau kalau period tak teratur.. hee~ zaman remaja dulu memang kerap jadi tapi dah dewasa sket ni, jadi bila kerap stress.. em.. kena rawat stress lebih sikit kot..

    ردحذف
  13. Saya ada terbaca sebelum ni, ada sesetengah org mmg haidnya tak teratur, dlm tiga bulan sekali. Ni takde masalah, kalau mmg dari asalnya mcm tu. Tapi kalau tiba2 tak teratur tu yg bimbang sikit.

    ردحذف
  14. Betul la sebelum ambik any medication, lebih baik utk dptkan nasihat dari pakar dulu kan...

    ردحذف
  15. alhamdulillah, syukur yg aida xde masalah ni, sis.
    now, peringkat memantau kitaran haid anak2. diorang berdua masih tak normal kitarannya and done jumpa doktor. doktor kata diorang tak perlu makan ubat. sebab masih dlm umur remaja. kitaran haid memang gitu. kelam kelibut lagi.
    kena amik peduli ni if bila dewasa kitaran haid tak teratur kan. jumpa doktor. dpt kan nasihat dan ubatan yg bebetul sesuai. jgn amik mudah.

    ردحذف
  16. i feel u sis. pernah ambik ubat hormon makin kucar kacir. so terus stop dan amalkan pemakanan sihat je la

    ردحذف
  17. Penting ni mmg kena amik tahu. Tapi pakai implan mmg ada kesan od kitaran dtg bulan

    ردحذف
  18. Sometimes my period also like tak ikut timing, after i take chinese medicine now its back to normal.

    ردحذف
  19. Thanks share ni sis lin. Za dulu masa remaja mmg x teratur period. Smpi doc suh makan ubat pil perancang nk stabilkan hormon. Tapi za reject. Lama2 dlm umur 20an dah ok sbb za kejap bersukan. Alhamdulillah ok da

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!