KONGSI UBAT GIGI TAKPE, JANGAN KONGSI BERUS GIGI YA!

Sis Lin
19
KONGSI UBAT GIGI TAKPE, JANGAN KONGSI BERUS GIGI YA! | Jap, ada ke orang kongsi berus gigi? Gulp! Baca pun geli oiii... tapi tak tau laa kan, kot laaa ada yang berkongsi. Sis kalau travel, kalau tertinggal berus gigi sekalipun, sanggup laa mencari kedai dan beli atau kalau dah memang darurat, gosok dengan  jari dulu pun tak apa dari nak kongsi atau pinjam atau beri pinjam pada orang, no no no!

Walaupun dengan Suami sendiri sekalipun, memang idok lee nak kongsi berus gigi. Kongsi ubat gigi takpe, jangan kongsi berus gigi ya! Kongsi Suami? Silalah... Memang tak tenteramlah hidup madu aku tu selamanya, hahahahaha.. 

Kalau kat rumah pun Sis pastikan stok berus gigi sentiasa ada. So kalau siapa datang rumah Sis, tak bawa berus gigi pun tak apa, ko tengok je dalam gambar tu, dah macam kedai runcit hahahaha. Tu stok laci kat dapor, belum lagi stok kat tingkat atas dalam bilik lagi, sampai Suami pun bebel sampai banyak nauu berus gigi sana sini hahahaha. 

Memang jadi kebiasaan, tiap kali belanja dapur, ada stok ke tak ada stok ke, Sis akan amik berus gigi. Jenama tak kisah, apa-apa pun boleh, janji berus gigi. Biasa Sis amik yang Colgate punya, sebab dari dulu hingga kini memang guna Colgate, termasuk juga ubat giginya. 

Gelak pulak korang ek, jom baca perkongsian dari Hello Doktor ni yang manfaat buat kita semua mengenai perkongsian berus gigi. 

Kongsi Ubat Gigi Takpe, Jangan Kongsi Berus Gigi Ya!

JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

Sifat berkongsi sememangnya sikap yang terpuji, tetapi bukan semua perkara boleh dikongsi. Apatah lagi jika berkaitan dengan kesihatan diri seperti penggunaan berus gigi. Dalam hal penjagaan diri, sebaiknya kita tidak berkongsi barangan peribadi dengan orang lain.

Pasti ada di antara korang yang mungkin sering berkongsi pakaian, pinggan mangkuk dan alat tulis, tetapi janganlah sampai berus gigi korang pun mahu berkongsi bersama. 

Kajian menunjukkan ramai sedia kongsi berus gigi!

Mengikut kajian yang dijalankan di Britain, 1 dalam setiap 4 individu menyatakan bahawa mereka bersedia untuk berkongsi berus gigi dengan individu lain. Mereka bukan sahaja sanggup berkongsi dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan juga pasangan masing-masing, malah bersama jiran dan juga selebriti.

Agaknya, jika kajian sebegini dijalankan di Malaysia, adakah keputusan akan menunjukkan hasil yang sama atau lebih daripada jumlah ini.

Berkongsi berus? Korang juga akan berkongsi bakteria

Korang mungkin tidak berkongsi berus gigi, tetapi akan ada situasi di mana korang tersalah guna berus gigi milik individu lain yang lebih kurang sama dengan berus gigi korang. Ini juga boleh dianggap berkongsi kerana korang menggunakan berus gigi yang sama dengan individu lain.

Apabila guna berus gigi yang bukan milik korang, sebenarnya ia telah mendedahkan gigi dan gusi korang kepada bakteria baharu, dan ia mungkin tidak begitu ‘ngam’ dengan bakteria sedia ada yang terdapat dalam tubuh korang.

Jenis-jenis bakteria tertentu yang terdapat dalam mulut korang adalah jenis yang unik untuk korang.

Oleh itu, jika terdapat kehadiran bakteria baharu dalam mulut, korang akan lebih mudah untuk mengalami selesema, flu atau mendapat sebarang kuman lain daripada berus gigi milik individu lain. Walaupun individu tersebut kelihatan sihat dan tidak mempunyai sebarang jangkitan, perkongsian berus gigi masih lagi memberikan risiko kepada gigi dan gusi korang.

Bakteria penyebab kaviti iaitu streptococcus mutans adalah sangat mudah untuk berjangkit. Jika korang berkongsi atau terkongsi berus gigi dengan individu lain, peluang untuk korang dapat kaviti juga meningkat. 

Selain itu, korang juga mungkin tidak tahu bahawa berus gigi juga turut mempunyai bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit seperti E.coli dan juga staph. Ia akan meningkatkan risiko korang untuk terdedah kepada penyakit berkaitan virus seperti herpes pada mulut dan juga kemaluan.

Kongsi Ubat Gigi Takpe, Jangan Kongsi Berus Gigi Ya!

Terdedah kepada HPV jika kongsi berus gigi

Selain itu, berus gigi juga mampu untuk membawa human papillomavirus atau dikenali sebagai HPV. Apabila korang berkongsi berus gigi, air liur yang dijangkiti HPV akan saling bertukar. Virus HPV ini amat sukar untuk dibasmi dan boleh hidup tanpa air pada bekas di mana berus gigi disimpan. 

Perkongsian berus gigi merisikokan korang kepada penyakit yang boleh berpindah melalui darah.

 Gusi yang mengalami pendarahan boleh menunjukkan pelbagai tanda. Mungkin korang telah flos gigi korang terlalu kasar.

Mungkin juga korang memberus gigi dengan terlalu kuat atau mempunyai penyakit periodontal. Jika korang mengalami gusi yang berdarah, bakteria yang terdapat pada berus gigi yang dikongsi boleh memasuki aliran darah dalam tubuh. Korang juga berisiko untuk mendapat penyakit yang boleh berjangkit melalui darah seperti HIV dan hepatitis. 

Elak kongsi berus gigi, ini cara cegah jangkitan bakteria mulut!

Berikut merupakan antara kaedah atau langkah pencegahan untuk elak daripada jangkitan bakteria mulut:
  • Gunakan ubat gigi yang mengandungi triclosan – sejenis kopolimer (copolymer). Ia mempunyai ciri pembersihan yang lebih mendalam dan menyeluruh, selain lebih berkesan berbanding ubat gigi florida
  • Rendamkan berus gigi korang dalam pembersih mulut antibakteria (mouthwash) atau di dalam hidrogen peroksida. Bilas berus gigi sebelum anda kembali menggunakannya
  • Gantikan berus gigi korang setiap 3 hingga 4 bulan terutamanya apabila bulu berus tersebut telahpun haus

Selain daripada aspek penjagaan berus gigi, korang juga dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mulut dan gigi secara berkala. Pergilah berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun atau setiap 6 bulan sekali. 

Korang perlu membuang segala plak dan tartar yang bersarang dalam gigi bagi memastikan korang tidak mendapat penyakit berkaitan gusi dan memiliki nafas yang tidak berbau busuk.

Lebih baik untuk beli yang baharu

Jika korang pergi melancong bersama-sama rakan dan terlupa membawa atau tertinggal berus gigi di rumah, maka dapatkanlah yang baharu. Seakrab mana pun korang dengan rakan-rakan, jangan sesekali berkongsi berus gigi milik rakan korang.

Tambahan lagi, harga sebatang berus gigi juga bukanlah terlalu mahal. Jika korang mampu membiayai kos pelancongan korang sendiri, kenapa tidak dengan harga sebatang berus gigi, kan?


P/S: Teringin nak beli berus gigi guna bateri tu ha, ala-ala macam orang malas berus gigi tu hahahahaha.. 
Tags

إرسال تعليق

19تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Berus2 gigi hotel tu berguna buat tetamu yg tertinggal berus gigi, hihi

    ردحذف
  2. Hahah sama laa...kena ada stok berus n ubat gg kat umah ni

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, atas bawah rumah aku penuh berus gigi kakakakaka

      حذف
  3. info bermanfaat untuk ekin.. ekin pun tak suka kongsi berus gigi dengan orang.. kalau pi travel ke apa.. terlupa nak bawa berus gigi.. mesti pi kedai beli yang baru.. uhuhuh

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Ekin, kalau terdesak sampai tak jumpa berus gigi pun, sanggup gosok guna jari aje laa dulu dari nak kongsi atau pakai orang punya...

      حذف
  4. Tak pernah lagi Sis kongsi berus gigi. Buruk-buruk pun guna berus gigi sendiri. Cuma PC terfikir masih ada kot lagi yang sanggup guna berus gigi orang lain sebab pernah terjadi juga pengalaman berus gigi hilang sekali dengan ubat giginya.

    ردحذف
    الردود
    1. Adaaa je PC, jenis tak pengeli, kita plak yang jadi mangsa kang mereka.. so better kalau dah guna simpan elok-elok...

      حذف
  5. Hihi.. benda yg wajib buat stok selain glo pencuci pinggan mangkuk .. setiap bln beli walaupun masih byk lg yg belum pakai kt umh 😂😂😂

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha oo selain berus gigi, rumah Sis ni gila buat stok ubat gegat hahahahaa...

      حذف
  6. aku memang tak boleh kongsi berus gigi oi..eee sebab aku penggeli orangnya...bahkan berkongsi cawan, sudu, straw, pun aku cerewet sikit..entah lah, sebab dari kecik kot mak tak ajar kongsi cawan walau dengan adik-beradik..

    sekarang dah ada tonsil, lagi la kena berjaga2 sebab dari situ banyak datang bakterianya..huhu

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha aku berus gigi tu memang tak boleh blah kalau ada yang berkongsi, geli gilee.. Bab lain tu masih boleh tolak ansur.. tapi lepas dah tau ada tonsil, memang aku jadi lokek!!

      حذف
  7. ok..nak jln2 umah sis buat2 lupa bawa berus gg..haha..geli arr kongsi berus gg..huhu

    ردحذف
  8. Tak suka jugak kongsiiii berus gigiii.... klu dah xde sgt, memang guna jari ajerr.. pernah terbaca pasal hal ni dulu.. huhu

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Non.. gosok guna jari pun takpe, dari nak kongsi berus orang...

      حذف
  9. hahahahaa !! pernah kah kita guna berus gigi org lain klu terdesak ? hahah

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha pernah ke masaalahnya tu? Kalau Sis memang idokkk lerrr

      حذف
  10. Tapi ada je orang macamtu kannn.. terdesak pun, sanggup lee kita gosok guna jari aje laaa

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!