LELAKI PUN ADA BULAN YA, JANGAN INGAT PEREMPUAN AJE ADA TAU! | Tahukah korang bahawa lelaki juga mempunyai bulan untuk mereka? Haperr, ingat perempuan aje ke ada? lelaki pun ada ookay. Bulan November merupakan bulan bagi meraikan kaum lelaki sehingga pernah tularnya #NoshaveNovember, dimana kaum lelaki menyimpan dan dilarang memotong atau mencukur jambang mahupun misai.
#Movember adalah singkatan kepada kempen kesedaran kesihatan lelaki pada November setiap tahun. Diperkenalkan 2003 untuk meningkatkan kesedaran Kanser Prostat, tahun ini MOVEMBER turut menekankan kesihatan mental dan kecergasan.
Pandemik #COVID19 telah menjejaskan ekonomi dan ramai hilang pekerjaan & sumber pendapatan. Sebagai ketua keluarga, keadaan ini menyebabkan emosi lelaki terganggu dan mempengaruhi kesihatan mental. Dapatkan bantuan atau bercakaplah dengan seseorang. Kesihatan mental milik semua, tidak kiralah korang lelaki atau perempuan.
So harini Sis nak kongsikan apa yang di katakan 'Lelaki Pun Ada Bulan' dari seorang doktor, Dr Suhazeli Abdullah yang berkongsi apa maksud sebenar bulan November sebagai bulan untuk kaum lelaki menerusi Facebook milik beliau.
Jom kita sama-sama baca dan fahamkan, terutamanya LELAKI ..
LELAKI PUN ADA BULAN
Bagi kaum lelaki, jangan lupa bahawa bulan November adalah bulan kesihatan lelaki. Sehinggakan kita menggelarkan bulan ini sebagai Movember dengan huruf M merujuk kepada Men (Lelaki). Simbol bulan kesihatan lelaki setiap tahun adalah misai dan jambang. Ianya mempunyai simbolik tersendiri bahawa kejantanan seseorang lelaki itu dengan wujudnya misai dan jambang. Bermakna juga hormon badan seorang lelaki itu subur sama subur dengan kesihatan diri.
Kenapa terpaksa diwujudkan khusus sambutan bulan kesihatan lelaki ini? Semangat kempen yang diadakan oleh ahli perubatan dan pelbagai pihak, boleh memberi satu perangsang motivasi supaya setiap lelaki cakna tentang kesihatan diri.
Tumpuan utama kempen kesihatan lelaki kali ini adalah saringan kanser. Tiga kanser utama yang boleh menjadi punca masalah dan kematian terhadap lelaki. Saringan awal amat perlu bagi meningkatkan pengesanan dan boleh dilakukan intervensi lebih awal. Jika sudah terlambat, hanya menunggu saat ajal sahaja.
Tiga jenis kanser tersebut adalah:
1] Kanser Kolorektal. Kanser ini terletak di usus yang bernama kolon dan rektum (sekitar 1.5 meter dari lubang najis). Kanser jenis ini adalah kanser yang biasa terjadi terhadap lelaki yang berumur 50 tahun ke atas. Tanda kanser Kolorektal ini adalah seperti berak berdarah, kecelaruan membuang air besar seperti adakala masa kesat membuang najis, adakala cair dan ianya berlarutan dalan satu tempoh yang membosankan.
Adalah dicadangkan agar setiap lelaki yang sudah mencecah umur 50 tahun, melakukan saring kolonoskopi (teropong kolon) setiap 5-10 tahun. Lelaki juga boleh melakukan saringan yang tidak invasif melalui pemeriksaan najis. Klinik kesihatan tertentu mempunyai fasiliti ini untuk melakukan ujian saringan. Silalah bertanya doktor anda di klinik-klinik.
2] Kanser prostat. Prostat adalah satu kelenjar kecil yang terdapat dibawah pundi kencing lelaki. Apabila masuk umur 50-an, lelaki mempunyai risiko menghidapi kanser prostat. Dikatakan 1 dari 9 lelaki akan berisiko kanser prostat dalam kehidupan mereka. Manakala kanser prostat adalah kanser pembunuh utama di Amerika Syarikat.
Tiga tanda yang menunjukkan ciri-ciri seseorang itu disyaki menghidapi kanser prostat:
- Terasa ingin selalu kencing sedangkan pundi kencing tidak penuh.
- Apabila kencing, terpaksa digagahi meneran kerana air kencing sukar untuk keluar.
- Apabila sudah kencing, terasa tidak puas kerana masih berbaki air kencing dalam pundi kencing.
- Jika dibuat ujian air kencing, kemungkinan mengandungi darah. Lelaki yang mempunyai tanda-tanda berkenaan sayugia menjalani pemeriksaan lanjut seperti pemeriksaan digital prostat dan ujian darah saringan kanser prostat. Sila bertemu dengan doktor anda untuk pemeriksaan secara terperinci dan berbincanglah dengan doktor.
3] Kanser paru-paru adalah kanser yang paling digeruni kerana ianya kanser yang paling kerap berlaku kepada lelaki. Punca utama kanser paru-paru adalah rokok. Semua ahli perubatan mengakuinya dan berkempen kepada seluruh umat supaya berhenti merokok. Namun hakikatnya manusia tetap degil dan terus melawan nasihat doktor. Apa nak kata?
Sempena dengan kempen Movember ini, marilah kita mengambil cakna tentang kesihatan lelaki. Kaum wanita juga boleh memainkan peranan dalam menyuruh suami agar berhenti merokok. Jika terdapat tanda-tanda kanser seperti yang dibincangkan di atas itu, nasihatkan suami dengan cara berhemah agar segera bertemu doktor.
Moga bermanfaat buat semua..
P/S: Siapa yang nak jaga kesihatan sendiri kalau bukan diri sendiri? Doktor hanya membantu aja, yang usaha untuk baik, kita sendiri, so sendiri mau ingatlah ya..
Alamakkk....Serammmm...
ReplyDeleteHahahaha silalah cuba buat medical check-up yaaaa
DeleteNak suruh berhenti rokok tu adalah benda yg paling susah sis.. tgk mama ngn ba dekat rumah... klu ckp sal rokok, mama i mmg fed up terus hahaa
ReplyDeleteKann Atie, sama lee Suami Sis dulu, payah nak stop, bila dah sakit, baru tau...
Deletelaki aku bulan ni la dia beria edit gambo kasi nampak berjambang....haha
ReplyDeleteHahahaha sabo je laaaaa
Delete