Mana taknya, siap ada menu lobster bagai dan steamboat, kau ngase? Macam ni katanya Hi-Tea? Menu dah serupa macam makan lunch okay! Kalau lihat harganya, sangatlah puashati, berbaloi sangat-sangat!.
Di mana Sis? Mana lagi kalau bukan di Fraser Palace Puteri Harbour Johor.
Korang yang sebelum ni hanya baca aje iklan yang keluar, memang korang akan kata, 'Mahalnya Rm108', tapi ingat! harga tu untuk dua orang yaa.. dan juga korang silalah nengok dulu menu-menu dan tempat makannya, pilihan menu yang banyak dan tempat makannya pun cantik viewnya..
Yang belum nengok, korang boleh ke facebook page @akusislin untuk lihat ke semua menu dan view yang ada. Di sini Sis hanya ceritakan pengalaman Sis makan di sana baru-baru ni okay.
Selain Lobster, ada Udang dan Ketam juga. 3 menu ni, korang hanya boleh order sekali sahaja dalam satu pesanan, dan tidak boleh ulang untuk tambahan. Bagi Sis cukup memuaskan laa. Tapi menu-menu lain korang boleh tambah dan ulang-ulang makan sampailah habisnya waktu makan session korang. Faham tak di situ? hahahaha..
Dan untuk steamboat tu pulak, korang perlu add-on RM20 sahaja untuk dapatkan set steamboat tu. Berbaloi tak? Isi-isi untuk menu steamboat tu, mereka hanya hidang aneka sayuran aje, dan korang boleh amik menu seafood sebagai tambahan dari kaunter menu sedia ada di situ. Aishhh memang kalau korang datang bersama family, memang cukup-cukup puashati dan puas laa makan semeja. Kenyang sampai tak sempat nak pusing makan habis semuanya oiii hahaha.
Tak percaya? Meh lihat menu-menu yang ado..
Untuk kaunter menu 'makanan berat', korang yang memang datang lapar sangat, korang bolehlah makan menu seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Roti Jala Kuah Kari, aneka masakan Sayur dan juga menu masakan Ikan. Sebab tu Sis kata, Hi-Tea dia dah macam makan tengah-hari hahahaha.. so pastikan korang datang makan sini, amik session yang awal, so datang ngam time lunch sekali yaa..
Yaaa untuk kaunter menu yang ini Sis paling suka. Cuma alamakk maaflah, lupa tangkap gambar bila menunya dah siap masak, kalau kat IGs ada le Sis upload, lupa pulak nak amik gambar proper hahahaha.. nampakkkann makan sampai tak hengat bergambar.
Yaa untuk kaunter menu ni, korang pilihlah menu apa yang korang nak seperti, seafood, kambing, lembu, satay, salmon dan clam tu semua, then mereka akan tanya korang nak di masak apa. Ada 2 jenis masakan, sambal dan juga blackpepper. Uitt korang try salmon sambal, sedap oii!.. makan sampai tak sedar lelangit Sis masih sakit ekk...rasakann!
Then sebelahnya pula ada kaunter goreng-gorengan, seperti popia goreng, dimsum goreng. Dan juga ada pau, dimsum panas, aneka pilihan Bubur dan juga kaunter kebab. Semua sedap-sedap uii..sebab semuanya Sis ko makan hahahaha.. bukan gelojoh tapi nak mencuba semua.
Haa ko nengokk, dari menu main course, ke menu bakar, menu goreng, menu panas, ni dah masuk ke menu pencuci mulut plak, kemain berpuluh jenis aneka kek dan kuih muih di sediakan, termasuk juga Durian Goreng dan itu Salmon woiii...aishh sedap bangat!!!..
Memang banyak pilihan, gambar pun tak dan Sis nak masuk semua, korang pergilah ke facebook page @akusislin tu dan lihat semua menu yang ado yaa. Minuman juga ada beberapa jenis, minuman panas dan juga sejuk. Teh Tarik dia kaww woo!!..
Korang yang baca dari atas sampai bawah yang dah meleleh ayaq liur tu, haaa silalah buat tempahan meja korang sekarang. Apalagi yang ko nak haa? Makan di sini pasti puashati.. Meh Sis terangkan secara details sekali lagi.. Jangan suruh ulang lagi yaa, kang debuk kang hahahaha..
Hanya dengan RM 108 untuk 2 orang, korang bole makan semua menu tersedia tu sepuasnya. Dan, kalau nak puas lagi, korang add-on RM 20, korang akan dapat Set Steamboat atas meja ko! Suka tak? Puashati kan! Cuma RM 108 jerrr untuk 2 orang! Kalau share bayar, sorang hanya RM 54 jerrr!! Murah le uiii.
Apalagi? Cepat angkat handphone dan buat tempahan segera!! Sebabnya, Hi-Tea ni HANYA tersedia pada HARI SABTU & AHAD sahaja!! So sebelum fullhouse, cepatlah booking table yer.
Cepat selagi promosi masih ada!! ..
Absolute Hi-Tea
[Level Lobby] Swatches, @ Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru
RM108nett for 2 persons
HANYA Sabtu dan Ahad Sahaja.
Pilihan waktu datang makan:
1st session: 12.00 pm - 2.00 pm
2nd session: 2.30 pm - 4.30 pm
*Maximum 50 pax per session
Tempahan meja:
Whatsapp: https://wa.link/r8acra
Patuhi SOP yang disediakan ook!!
#absolutehitea #fraserplaceputeriharbour #makanmakan
P/S: Rasa macam nak repeat aje time birthday nanti hehehehe...
This makes me craving for hotel food sis. Kalau dekat nak juga belanja diri sendiri hihi...
ReplyDeletealaaa.. lagi sorang ni nak share ngan sape ek
ReplyDeleteberaneka jenis menu dia, semua sedap boleh kenyang sampai ke malam ni..haha ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletenin bukan hi-tea dah , ni makan mmg kenyang sampai malam.. sukanyaaaaaa buffet!
ReplyDeleteTerbaikkk ar....hi tea gini... aku egtkan hi tea tu... teh jee. hahahahaha .. Semuanya menggiurkan.. and... i x pernah hitea dengan lobster ..
ReplyDeletePerghh..awal awal dah nampak udang. ini boleh merangkap dinner ni.
ReplyDeleteBerbalaoi la bagi Sisyat harganya tu. Tengok menu2 yang disediakan. Mewah n sedap semuanya. Kalo p Johor nak try juga la 😊
ReplyDeleteWah lobster! 108 utk 2 orang? Berbaloi2 sangat tu. Tapi kat Johor la pulak. Pkpb ni entah bila la nak habis. 😕
ReplyDeleteFuhhh meriahnye hi tea dia. Memang betulla macam lunch. Kalau hi tea dah macam ni, lunch dia macam mana gayanye
ReplyDeleteMakan lobster tu yang sedap tu. Bukan selalu dapat makan. Dengan dapat clam, ketam udang lagi
ReplyDeletewow menariknya menu dia..banyak betul..gambar first tu menggoda..seksi betul hahaha..jadi lapar pulak iena
ReplyDeleteni lah lobster yang tak puas hati kita nak makan dia tu? hahahhaha
ReplyDeleteRasa dia silap menu tu, tu untuk dinner tapi dia kata malas nak ready banyak kali, sekalikan lah hahahaha
ReplyDeleteya ampun udangnya cantek tersusun suka...tengokmmg nampak mewah macam makan lunch..semaunya nampak menarik
ReplyDeleteKemain meriah menu tu haa. Berbaloi dengan harga dia. Siap Boleh merasa lobster lagi. Balik umah confirm cari bantal terus. Haha
ReplyDeleteSerious lama giler tak pergi buffet meal macam ni kat hotel, last pergi pun awal tahun ni masa prepare untuk Ramadan review.. rindunya nak makan2 kat hotel macam ni.. kalau ni menu untuk hi-tea, sure lunch atau dinner dia lagi gempak :)
ReplyDeleteAduh... Berbaloi sungguh ni! Memacam menu hado. Harga pun cunnnn... Awat laaa nun jauh kat JB. Nangis kita kat sini. Huhuuuu
ReplyDeleteWoah... Ini buffet hi-tea Kita suka lah... Hehehehe... Best kan makan2 kat hotel. Kalu dah boleh merentas... Mesti Saya pergi dah!!!
ReplyDeleteserius la sis ni menu hi-tea? dah macam nak panggil orang datang kenduri dah ni. hahaha
ReplyDeleteDahsyat menu Hi-Tea banyak betol pilihan yang ada. Kalau kongsi memang berbaloi makan ni. Kenyang sampai malam tak sis?
ReplyDeleteterliur bebenor nengok makanannya ni haha . berbaloi sangat ni kalau pergi makan :)
ReplyDelete