MAKAN-MAKAN DI SEVEN OAKS BAKERY CAFE SEMPENA HARI JADI ANAK | Sebelum decide nak ke sini makan-makan, anak Sis,Kakak tu mulanya mengajak ke Restoran Jaws di Danga Bay, tapi tup-tup dah petang tu ehh tak jadi pulak, sebabnya katanya dia dah beberapa kali ke sana makan sebelum ni, rasa jemu pulak asyik nak makan situ aje, katanya. So dalam pada mencari tempat makan sana sini, akhirnya kami ke Seven Oaks Bakery Cafe di Taman Pelangi.
Yaa makan-makan di Seven Oaks Bakery Cafe sempena hari jadi anak sulung Sis semalam 2 November. Kalau ingat balik kesah sebelumnya, memang gelak aje, hahaha ye laa tak sudah Ayahnya duk bukak cite semalam pasal Emaknya nak surprise anak tak menjadi hahaha, adeii sabo je laa..
Tapi tak apalah, nampak anak happy dapat hadiah tu, rasa gembira tak sudah. Rezeki anak dapat banyak hadiah dan kiriman dari kawan-kawannya. Yang jauh di Selangor pun siap hantar ke rumah, tu lee rezeki berkawan kan.
Dan anak Sis juga berterima kasih pada korang semua yang wish dan mendoakan dia. Dia nak jawabkan kat facebook, dia takde facebook, tu pun baru dia aktifkan balik IG dia, kalau tak sebelum ni dia delete kejap. Anak tu hanya aktif di twitter aje.
Seven Oaks Bakery Cafe ni adalah pertama kali Sis pergi, tapi dah beberapa kali nampak, cuma tak kesempatan aje nak singgah makan. Yaa kalau korang lalu Jalan Serampang Taman Pelangi tu, dari jauh korang akan nampak bangunan tepi lot betul tepi jalan yang tersergam indah dah macam istana kat Paris aje ko hahahaha.
Masuk dalamnya pastikan korang patuhi arahan SOP yang di sediakan ya. Melangkah masuk dalamnya memang cantik, dekorasi dalamnya sangat indah mata memandang. Penuh dengan hiasan pokok dedaun hijau termasuklah pokok tiruan rendang di tengah kedainya.
Oh,ya, kedainya 2 tingkat, siap ada lift lagi, kotlah kalau korang tak kuat naik tangga, boleh naik lift, tapi malam tu kami pakat duduk aje ruang bawah, lagipun tak ramai. Sis hanya berlima aje, yang takde hanya anak bujang Sis aje, dia balik Mersing, so bawalah bakal menantui sekali sama makan semalam.
Seven Oaks Bakery Cafe
134, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
Buka dari jam 11am hingga 11pm
Ermm takde mood nak edit gambar semalam, so Sis ko up aje laa gambar sedia ada dalam phone ni ya. Entah, tak tau kenapa, kali ni makan, macam takde mood nak menguploadnya hahahaha..
Kenapa? Tak sedap ke Sis?
Bukan tak sedaplah, sedap aje, cuma tak sedap sangat bagi tekak kami semua. Biasa-biasa aje la. Sebelum menu berat sampai, kami order kentang dan keledek goreng. Haa yang ni Suami laaa paling banyak perabiskan hehehe.
Cuma Sis ko agak frust laa sikit sebab Sis ni kaki makan salted egg, so bila nengok dalam menu ada menu Chicken Chop Salted Egg ni, terus amik, sebab nampak sosnya mengiurkan, tapi bila dapat dan makan, agak kecewa sikit rasanya. Tapi sebab sayang, Sis ko makan aje le sampai habis.
Kalau menu anak Sis,Kakak tu yaa sedap, nama penuh dia Sis lupa, dia ada spageti salted egg juga dan sekor ketam goreng atasnya....dan yang paling kelakar time anak nak makan ketamnya..terkejut gile si anak Sis nampak isi dalam ketamnya tak di buang hahahaha.. yee biasa Sis masak, dalamnya Sis buang, ni tak, mereka goreng terus, mana tak terkejut jadi loya tekak si anak hahahaha.. adeii macam-macam..
Burger tu menu anak Sis,Yana makan, bolehlah katanya, sesedap rasa makan, portion pun besar, daging pun homemade dan tebal gilorr. Kenyang makan sepinggan. Suami pulak order menu Kue Tiaw Goreng, habis sepinggan di makan, nak kata sedap katanya biasa, tapi licin hahahaha.. dan bakal menantu tu makan Nasi ayam Geprek, disebabkan kedai ni more kepada Indonesian, makanya laa ada nasi ayam geprek tu, rasa sambalnya sedap kataya..
Harga boleh laa tahan, tidak mahal dan tidak murah sangat. masih mampu laa sesekali nak makan di tempat macam ni. Suasana pun okay dan tidak bising. Cuma kuss semangat, ekon kemain sejuk oiii..
Dan sebagai surprise, Adiknya orderlah sepotong Kek tembikai untuk kakaknya. Siap nyanyi-nyanyi lagi satu kedai, tak sempat nak amik video, terkejut tiba bawa kek hahahaha.. malu-malu jadinya si Kakaknya hahahahaha..pandai Adik buat kejutan ek hahahahaha..
Alhamdulilah, tak kisahlah sambut di mana, makan di mana, sedap ke tak sedap ke, tu semua belakang cerita, yang penting masa bersama tu, itu yang sangat happykan. Bukan senang nak putar masa, makanya bila ada masa, hargailah mereka yang berada di depan mata, jangan nanti takde peluang, menyesal tak sudah.
Terima kasih Adik belanja kami semua makan semalam. Kami doakan moga Adik dimurahkan rezekinya dan di tambahkan lagi rezeki dan mendapat keberkatan dari Allah swt..aamiinn..
Juga terima kasih Ayahnya ❤
P/S: Rindu pulak dengan si Bujang Sis tu.. huhuhu sibuk sangat dengan workshop kerja dia tak sudah..
ada jugak menu local ek. Kita selalu lalu tepi restoran ni, teringin nak singgah tapi sampai ke sudah tak singgah. Sesekali memnag seronok makan kat cafe macam ni, kalau tak sedap kecewa jugak, indah khabar dari rupalah gitu
ReplyDeleteKejutan adik untuk kakak berjaya..alhamdulillah.
ReplyDeletekek tembikai, sedapnya.. mesti refeshing gila rasa kek tu.. hehe byk kejutan kakak dpt kan :)
ReplyDeletesedapnya tengok semua menu tu kak oi, tapi rupanya cantik rupa tak semestinya sedap yek heheheh... pandai adik buat kejutan, paling best bila di belanja, moga murahla rezeki adik
ReplyDeletebila kumpul-kumpul gini rasa tak lengkap bila ada yang tak dapat join kan
Seronoknya bila keluarga dapat berkumpul celebrate birthday ahli keluarga. ^^
ReplyDeleteTengok kedai dia kebabooommmm kerlas gila sis lin oiii...rupanya ada juga yang tak kena tekak kan...betul tu, tak semestinya semua sedap, ada kala kita diduga sesuatu dalam hidangan. Seronok yang diraikan, selamat hari jadi!!!!
ReplyDeleteoo agaknya tak kena chicken chop dia tu dengan kuah salted egg tu ha...
ReplyDeleteSeronok baca cerita akak. Cantik tempat dia. Memang macam pergi oversea style bangunan dia. Cx pon teruja akak share gambar.
ReplyDeleteBila akak cakap makanan dia agak kurang memuaskan, cx pon turut rasa kecewa sebab akk upload gambar makanan, nampak sangat menyelerakan. Presentation dia menarik.
Tahniah ntk kaklong sempena birthday. Happy belated birthday! The moment bersama famili lagi penting. Betul dan sokong cakap akak waima makanan tak kena tekak. Hehhee
Jalan Serampang.. haha belkg area umah lama ako ni...
ReplyDeletemeriah dah ye kawasan tu kan...
Happy Birthday buat anak Sis Lin. Walaupun sambutan simple, Marsha tetap nampak meriah. Menu dia pun nampak sedap-sedap. Lapar rasa...hihi
ReplyDeleteCantik dah tempatnya dari luar tu. Sekali tak cukup plak salted egg dia yer. Pastu isi ketam tak dibuang ye. Haha.
ReplyDeleteHappy bestday kakaknya
another nice cafe at Johor Bharu! Thanks for sharing the beautiful pics with us. The burger looks so yummy
ReplyDeleteCantik laaa cafe ni sis! Suka konsep dia. Anyway, happy birthday kakak. Sweet jer anak-anak sis, ikut omak dia manis letingggg
ReplyDeleteUii.. mengancam betul rupa soft shell crab tu! Kenapa la jauh. Kalau dekat, harini jugak sy order.
ReplyDeletetempat makan dah cukup cantik.. tapi bila kita nampak 'sedap' dari gambar menu.. itu yang akan mengecewakan bila rasanya tak seperti yg diharapkan..
ReplyDeleteWow best and cantik nyer cafe ni, if i go to JB nanti i pun nak singgah temapt ni.
ReplyDeleteSis Lin, rach betul2 x tau pula anak2 sis Lin dah besar... U dont look like ur age... nanti pergi JB I wanna see u so much... Nak tau Rahsia awet muda
ReplyDelete
ReplyDeleteBetul tu. Tak kira di mana, apa occasion, kita mesti happy tahap maksima bila sekeluarga. Masa bersama bukan mudah nak cari. Maka, bila ada tu, kita manfaatkan segembira yang boleh.
Presentation makanannya Nampak excellent, sis. Tapi rasa tak brape nak ado ekk? Aduhai kuciwa di situ, kan. Aduhai. Sabar je la. Tempat baru kot, sedang usaha utk berikan yang terbaik.
Cantik anak sis lin. Sabo jela yang ketam tu. Anyway semua menu nampak sedap. Especially nasi ayam geprek tu
ReplyDeleteTengok menu nampak sedap dah. Hehe. Yelah kadang tak suai dengan tekak. Ketam tu kalau ena pon terkejut hahahah. Sabar jelah.
ReplyDeleteBestnya dapat celebarate bday dengan family. Happy sangat. Happy birthday untuk anak sis :) Menu2 pun nampak sedap nyumss.
ReplyDeletecantiknya tempat ni sis. tengok makanan pun menyelerakan sangat2 tu. nanti saya sampai sana bawa p sini please .eh eh
ReplyDeleteFriend, this web site might be fabolous, i just like it. check halal bakery price
ReplyDelete