MASAK ASAM PEDAS IKAN KEMBONG UNTUK DIRI SENDIRI

Sis Lin
18
MASAK ASAM PEDAS IKAN KEMBONG UNTUK DIRI SENDIRI | Sebab apa kata masak untuk diri sendiri? Sebab bila di tanya semua orang dalam rumah ni, semua taknak menu asam pedas, sebab semalamnya Sabtu tu, Sis dah masak sambal sotong kembang, so anak-anak taknak lauk pedas lagi. Tapi sebab tekak Sis teringin sangat nak makan asam pedas, makanya semalam petang Sis masak asam pedas ikan kembong untuk diri sendiri sahaja.

Suami? Dia tak kisah, dia makan aje apa yang Sis masak. Lagipun semalam Suami keluar memancing, so balik dari memancing petang tu, Sis dah pun siap masak, terus aje hidang dan kami makan sama-sama berdua. Anak-anak pandai lee nanti makan amik sendiri. Lagipun Yana dan kakaknya keluar beli barang, tinggal si bujang aje kat rumah. 

Resam orang Johor, seminggu kalau tak masak asam pedas memang tak sah! Ikan ke Ayam ke Tetel ke, janji dapat masak asam pedas. Korang pun sama ke macam Sis?. 

Masak Asan Pedas Ikan Kembong Untuk Diri Sendiri

Masak Asan Pedas Ikan Kembong Untuk Diri Sendiri

Kebetulan hari Sabtu tu Sis dan Suami ke pasar, dan nampak ikan kembong kemain segar dan memang baru lagi naik darat. Sis pergi dan beli di Pasar Orang Asli Bakar Batu sana. Suami ada juga beli Ikan Merah, Ikan Bawal Hitam dan juga Udang dan Ketam. 

Di sebabkan hari Sabtu tu Suami dah turun dapur masak Ikan Bawal 3 rasa yang Sis upload di facebook tu, so Ikan Kembong ni memang target Sis nak masak asam pedas aje laa. Jangan di kerat, masak sekor-sekor gitu, perghhh nikmatnyaa lahai makan dengan nasi panas kannn..

Tu yang semalam dalam pada diet, bertambah nasi Suami Sis hahahaha.. nampak lapar beno balik dari memancing yaaa. Tapi hasil kumpawwww..laut air pasang besar dan ribut kata Suami. Semalam pun katanya mancing Sungai je, cari ikan sembilang, dapat laaa 9 ekor, tapi diberinya kat orang, sebab Sis kalau sembilang saiz kecil-kecil, bukan sombong taknak makan, tapi nanti Sis sorang aje makannya, so tak payahlah bawa balik. 

Masak 4 ekor, habis dimakan 3 ekor, ada baki sekor lagi dalam kuali, tadi dah panaskan, sekejap lagi makan nasi boleh makan sekali, shedapnyaaa.. 

Korang masak apa hari ini?.. 


P/S: Pepatah Isnin : Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama..... 

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Masakan asam pedas memang membuka selera. Lebihan kuahnya boleh disimpan, panaskan dan sedap cecah dengan lempeng. Kalau jumpa asam pedas di mana-mana restoran, memang itulah dulu yang dipilh, paling kurang pun ambil kuahnya bubuh atas nasi.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa suka hirup kuahnya pepanas Amie, sedap sangat...

      حذف
  2. kalau teringin tu memang nak jugak kan.. kalau tak tu makan rasa mcm tak puas je

    ردحذف
  3. SA hari ni kerja kat office so memang tak masak la...sudahnya bekal apa segala x bawak...SA order foodpanda je tadi...

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau dah bekerja, memang ikut masa aje laa kan SA..Sis pun kadang masak ikut masa dan mood..

      حذف
  4. sebab tema kembong, ko patut tukar pepatah bawah tu...siakap kembong gelama ikan duri...perut kembug, lama-lama......ehh

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahah sengal.. tu pepatah untuk ko je laa...
      siakap kembing gelama duri, perut kembong, badan obesiti hahahaha

      حذف
  5. Favourite kita jugak ni, Asam Pedas Kembong, lepas tu kuah banjir, adoiiii.. Dapnyaaaa

    ردحذف
  6. Wow, saya kalau makan asam pedas kat kedai luo, salu order ikan kembung sebab terasa isinya banyak sikt..HHAAHA..Kalau kat rumah, tak kisah pari ke apa, janji asam pedas pun dah cukup ngammmm!

    ردحذف
    الردود
    1. Samalah Non.. memang suka ikan kembong banding ikan lain, atau ikan duri..

      حذف
  7. haha, klu dah craving tu ,mmg buat juga kan..rajin sis

    ردحذف
  8. Hehe menu wajib setiap minggu ni. Tekak org johor kan. Haruslah ada asam pedas

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, seminggu tak masak asam pedas, memang tak sah!

      حذف
  9. Sedapnya ikan kembong masak asam pedas. lama tak makan ikan kembong sebab susah nak dapat. ikan selar pelaling je yang selalu ada. Lambat pergi orang lain dah serbu. Asam pedas pun lama nau tak makan. Sedap tu kuah pekat likat kak uii..

    ردحذف
    الردود
    1. Yeee Fizah, silalah buat, lagi kalu dapat ikan kembing besar, perghhh sedapnyaaa

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!