MEMANG PUASHATI KALAU MAKAN BUFFET DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL NI! | Yaaa tak kisahlah buffet apa, tapi kalau makan di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru Hotel ni, memang Sis puashati. Dah berkali-kali Sis pergi, baik dari jemputan media ke, walk-in sendiri bersama kawan-kawan ke, atau kawan-kawan Sis sendiri yang datang makan sini, semuanya komen puashati. Kalau ada sikit kekurangan tu, biasalah, 'nobody is perfect' okay.
Dari segi harga, rasanya mana-mana hotel pun berbeza harganya, mungkin mereka ada kepentingan memasing pada meletakkan harga, tapi harga tu bagi Sis, 'tepuk dada, tanya selera'. Ye laa kalau rasa berbaloi dan nak mencubanya, tak payah pandang pada harga, ko pergi cuba sendiri dan baru tau macam mana berbaloinya.
Lagi satu isu sedap tak sedap. Itu pun tak boleh nak jadikan bahan utama, sebab sedap tu subjektif, lain tekak, lain rasanya, sebab tu Sis banyak kali kata, jangan main komen aje, pergi cuba sendiri sekali, agak kalau sedap dan puashati, haaa datang lagi, tak pun rekemen kat kawan-kawan. Dan kalau tak sedap pun, sila hormat 'bisness' orang, baik diam aje, nak koemn pun terus direct komen di Tripadvisor mereka. So mereka boleh perbaiki kekurangannya. Ni takkk, ada tu suka hentam jee kat laman sosial mereka, macam takde adab.
Ehh, panjang pulak bebelnya, hahaha. Berbalik pada tajuk tu, tu Sis cakap, kalau dah kata puashati, makanya kita akan datanglah berkali-kali untuk makan lagi dan lagi. Dan ini adalah kali kedua Sis datang makan buffet mereka bertemakan 'International Buffet Dinner' yang masih lagi berlangsung sepanjang bulan November dan sehingga penghujung tahun Disember ini.
Walaupun sebelum-sebelum ni Sis dah banyak kali pergi makan buffet di Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel ni, tapi Jumaat lepas, wow gile menu-menu dia! Lebih dari 100 hidangan terhidang dan korang boleh nikmatinya sepuasnya dari jam 6.30pm hingga jam 9.30pm!. Dari menu citarasa Melayu, Chinese, Indian, Western, Jepun, dan lain-lain menu beraneka variasi (ye laa kata International kan), semuanya ada!
[Posting Sebelumnya] : Jom Makan Malam Buffet Di BLD Cafe Renaissance Johor Bahru Hotel
Haaa tu diaaa... inilah kaunter pertama Sis serbu sebaik aje mula nak makan hahaha. Memang sangat menarik perhatian, kirakan ini kaunter highlight laa untuk tema 'International Buffet Dinner' tu. Antaranya; Oven Baked Seabass, Baked Oyster, Beef Brisket, Beef Striploin dan Roasted BBQ Lamb yang boleh korang makan dengan aneka sos di depannya.
Yaa, korang boleh makan sepuasnya selagi mampu nak makan, jangan membazir ye sudah!. Tak payah ingat orang belakang, sebab memasing bayo sendiri hahahaha. Tapi serius cakap, Baked Oyster tu memang sangat lazat dan juga antara 3 menu daging tu, Sis suka Beef Striploin. Lembut, juicy dan meresap ke dalam jiwa time menggigit hahaha poyo!.
Yesza! My favourite kaunter kalau datang makan di sini; Seafood On Ice. Kesegaran seafood tu memang tak boleh nak kata, memang Sis sukakannya! Biasa Sis akan makan cecah dengan mayonis one thousand island, memang kaw gile!. Korang yang suka makan seafood pasti love it!.
Cuma nak bagitau juga ya. Untuk Seafood On Ice memang tak ada fresh Oyster, yang ada hanya seafood yang korang nampak di atas tu aja. Oyster hanya ada untuk menu; Baked Oyster tu je. Sis bagitau dulu, jangan nanti korang tanya pulak yer.
Untuk menu ala mengikut tema International gitu, haaa kot laa tekak korang tu tak makan nasi atau pun tengah on diet kann, haa ada juga menu Pasta; Seafood Aglio Olio dan Mushroom Soup bersama roti yang di sediakan. Pun meriah juga, menu pasta dia kaya dengan ramuan dan bahan. Penuh seafood sesaja dalam tu haa. Makan sepinggan boleh kenyang oi.
Antara menu lain yang ada juga; Beef Jambalaya Rice, Corn On Cob juga Sweet Potato. Menu-menu ni akan ada pusingannya setiap minggu. Tak semua setiap hari sama je menunya ya. Yang Sis tunjuk ni masa Sis datang hari Jumaat lepas.
Siapa kata hotel takde Nasi Beryani Kambing? You See!! Ada tu haaa tergolek dok kambing atas nasi tu yaaa hahahaha. Makanlah ko puas-puas. Beserta dengan Satay Ayam & Daging, juga aneka Jeruk-Jeruk, kotlah ada Bini yang mengandung ngidam tekak nak makan jeruk hotel, haaa bawa lee Bini ke sini yaa hahahaha.
Sis, rojak takde ke? Sabooo... ada siapa kata takde. Nama pun International Buffet Dinner, so ke Jawa le kita. Jomm makan Gado-Gado & Rojak Petis Buah/Sayur yang korang sendiri kena mengodaknya ya. Fefeeling konon ko tengah meniaga laa kan, ko cuit sana sini bahan, then gaul, masuk pinggan, makan sendiri hahahaha. Cuma sambal pecel dia kurang 'kick' sikit bagi tekak Sis.
Ya ya, i know i know, mesti korang tanya juga, takde Shushi ke? Gilerr takde, setahu Sis laa, Renaissance ni le terkenal dengan pelbagai jenis Shushi yang di hidangkan kalau ada buffet. Tu memang dari mulut kengkawan Sis yang datang makan. Mereka kata Shushi kat sini banyak pilihan. Memang betul pun, banyak pilihan dan live action hotelmade hahahaha.
Dan lagi satu, biasa dah kita makan Salmon mana-mana hotelkan, so kat International Buffet Dinner ni, korang boleh nikmati juga Tako (Sis rasa sutun kurita kan), juga Tuna. Perghh Sis amik sekeping le mencubanya, sekali mak aiii sedapnyaa, fresh ko! Ingat nak amik le lagi, tapi fikir nak makan ketam! Hahahaha.. so jangan tamak..
Yang datang memang lapar tu, korang jangan risau, selain menu Nasi Beryani Kambing tu, sini pun ada aneka lauk-pauk yang pelbagai. Antaranya; Paru Kicap Berempah, Ayam Masak Lemak Cili Api, Nasi Ayam Madu juga Goreng-Gorengan (yang dalamnya ada Paru Goreng, Udang, Tempe, Tauhu), Chili Crab dan banyak lagi laa, termasuk juga Sup Ekor dan Radish Soup.
Menu-menu ni semua antara menu yang ada sewaktu Sis datang makan tau, jangan pulak nanti time korang datang menu ni semua takde, korang pelik dan meroyan pulak. Kan dah kata, setiap hari akan ada putaran menunya. Sos nak jelas, korang boleh contact pihak pengurusan Cafe BLD dulu ya. Jangan kata Sis tak payung...
Nak Dim Sum, pun ada, pilih dan makan le puas-puas. Ada aneka Dim Sum di sini, hanya certain menu Dim Sum yang biasa di hidang aje la. Tapi kalau korang nak lebih puas makan Dim Sum, haaa korang boleh ke Wan Li Chinese Restaurant mereka. Di situ korang boleh maklan Dim Sum halal dengan sepuasnya! Sekarang tengah ada promo diskaun sehingga 20% dari harga asal. Berbaloi okay!
Ammakkk, menu Indian pun tak kurang hebatnya di sini. Siap ada Chicken 65 dan juga aneka menu makanan tradisi India pun mereka hidangkan. Tapi entah yaa, apa yang '65' tu ek, lupa plak nak tanya hahahaha..
Ko tengok kaunter Dessert dia, hebat tak hebat tu hahahaha kemanisan Sis ko nengok semua oii.. Yang suka akan kek, kuih-muih tradisional, chocolate fountain, buah-buahan, ais kacang dan aneka bubur, korang boleh dapatkan di sini. Rambang biji mata nak pilih oii.. Semua nampak sedap..
Dan yang bestnya, jika korang datang setiap hari Jumaat & Sabtu, bermula jam 8pm, mereka akan hidangkan menu pencuci mulut berasaskan durian. Macam yang gambar tu, masa kami datang makan, mereka hidangkan Kek Durian yang di hidangkan secara trolley serve ya. Ko tak payah mencari kat kaunter sana. Siapa cepat dia dapat konsepnya gituh!..
Phewww jenuh gak nak upload semua gambar oii.. Bagi korang nak nengok satu per-satu gambar yang Sis amik ketika makan di sana, korang boleh ke facebook page @akusislin aje ya. Kang upload sini semua, jenuh kang nak scroll oii..
So apalagi? Jom laa makan-makan.
Sedia maklum kita sekarang hidup dalam norma baharu, makanya sila patuhi SOP dan ikut arahan pihak pengurusan ya dan perlu di ingat, jangan membazir!!
International Buffet Dinner
Setiap 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 dan 𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨 hanya 𝗥𝗠88𝗻𝗲𝘁𝘁
Setiap AHAD hingga KHAMIS RM70nett
*diskaun sehingga 20% jika buat tempahan melalui online tableapp.
50% diskaun untuk kanak-kanak (berumur dari 6 to 12 tahun)
Haaa mahal ke murah tu? Dah tolak-tolak diskaun semua, tinggal berapa hengget aje untuk korang nikmati buffet makan malam di hotel mewah gini kan.. Nak murah macam mana lagi haaa?!.. nak murah sila masak sendiri..
Korang boleh buat tempahan via http://bit.ly/TableAppCafeBLD or WhatsApp at https://wa.me/60177713327.
UPDATE 🎅
Christmas Buffet Dinner | 25 December 2020
6.30pm to 9.30pm
Dinner : RM160 nett per person
(Tema sama, tapi harga lain - Sebab penambahan menu-menu lain sempena meraikan Christmas).
Cepat! Buat tempahan meja sekarang!
P/S: Chili Crab kat sini memang jadi pilihan utama Sis.. sekali makan, boleh terbawa dalam mimpi oii tu yang kalau takde menu tu, boleh meroyan aku! Hahahaha..
memang puas hati makan kat sini, banyak betul pilihan menunya...
ReplyDeleteMemang puas hati kalau ke sini. Menu pun memang banyak dan nampak sedap :)
ReplyDeleteserius puas hati makan buffet dinner ni ek..semua makanan ada.Cuma tanye perut jelah mampu tak mampu nak merasa semua..hahaha
ReplyDeleteNyummm nyumm....
ReplyDeletesedapnyaaa.....
betul ni, mmg puas hati makan buffet ni.. kena lepak berjam2 baru best kan, dpt try semua makanan
ReplyDeletewow...menarik ni...
ReplyDeleteKalau macam ni, gerenti puas hati lah :)
ReplyDeleteTelan liur dulu, dan berdoa dalam hati: Mudah-mudahan ada rezeki untuk menikmati hidangan buffet di sini.
ReplyDeletePerghhhh, sumpah puas hati woiiii! Veryyy nice tau! Sy suka buffet kat sini... Makan selagi boleh . ME TIME dengan makanan sekejap.. Hewhewww
ReplyDeletedari gambar pun dah nampak sedap.. harga pun menarik.. biasalah level hotel.. promosi menarik menjelang krismas
ReplyDeleteSemua nampak sedap! Kalau i pi, for sure nak terjah yg BBQ Lamb ngan ulang makan dim sum, favourite! Hehe
ReplyDeleteTergoda dengan dim sum tu haa...
ReplyDeleteApa ni? Why why tell me why.
ReplyDeleteLain kali ajak laaa Kita! Sambil hentak-hentak kaki. HAhaaa..
Kalau gini punya menu, kita dok ualng ulang ulang BBQ Lamb tu sokmo
Ni memang betul2 puas hati ni sis.. Kenyang perut.. Makan je ap nk makan.. Adoyaii untung orang Johor ye..
ReplyDeleteYay the buffet is so many choices and yummy too. I wish to give it a try if I travel to Johor one day
ReplyDeleteWahhhhh sedapnya. Sesuai untuk dinner Krismas yang akan datang. Thanks for the info siss
ReplyDeleteYeahh, tak sabarnya nak pergi makan buffet kat hotel time Christmas nanti... Boleh start usha dah la mcm ni...
ReplyDeleteBerbaloi lah harga dia dengan lambakan seafood yang fresh, daging kambing yang juicy macam tu. Ada dim sum pulak tu! Untung orang Johor!
ReplyDeleteOMG your photos make me drool right now. It has been a while since we last we have a buffet to indulge in seafood. :)
ReplyDelete