MEMBELI SAMBIL MENDERMA - BATIK DESIGN COLLAR PINS FROM MAKNA | A simple act goes a long way – show your support with these special editions of batik design collar pins that brings sophistication and awareness together for cancer - MAKNA (Majlis Kanser Nasional).
Haaa cantikkan collar pins tu? Memang sangat special kali ni design dia, sebab pinnya design batik. Memang yang ini special edition design batik khas yang di buat tanda sokongan kita kepada pesakit Cancer juga tanda kita awareness terhadap cancer ni.
Sedia maklum korang semua yang mengikuti perkongsian Sis sebelum ni, yang mana Emak Sis sendiri pun meninggal dunia (Ogos 2020) kerana Cancer Payudara (Breast Cancer) tahap 4, makanya memang sejak mengetahui Emak Sis sendiri cancer fighter, kami adik beradik juga Sis sendiri memang alert sangat bab pencegahan cancer ni. Tak kiralah cancer apa sekalipun, orang kata cancer ni keturunan, ye atau tidak, tak tau laa, tapi kita berjaga-jaga dan amalkan hidup sihat aje la. Untuk siapa? Untuk diri sendiri juga.
Dan sebab itu jugalah, apa-apa aje yang berkaitan awareness cancer ni, memang Sis suka dan akan cuba bantu/sebar/join/menderma atau apa aje laa, biar sedikit tapi tanda sokongan kita tu yang paling bermakna.
Sebenarnya Sis terlepas pandang pada jualan collar pins ni, kebiasaannya memang Sis akan belek website Shop MAKNA tu, tapi mungkin sibuk, makanya agak lama tak membelek website tu. Yaa Sis suka bukak website dia, baca info dan event yang mereka sedang buat. Dan paling mudah nak cari pahala, ko bukak dan ko klik aje DONATE di sana, dalam diam, pahala masuk. Mudahkan?.
Tapi nasib baiklah juga, masa Sis blogwalking untuk task komen blog tu, terbaca perkongsian dari blog Zaza Azman mengenai Batik Collar PIns ni, terus Sis bukak dan beli. Ooo kesahnya ada banyak batik design collar pins yang direka khas. Semua pun cantik! Murah pun murah.
Sis beli 2 color aje, Pink (Kanser Payudara) & Orange (kanser buah pinggang dan Leukaemia). Setakat ni kalau pink collar pins tu, Sis ada 1 jer, tu pun yang AVON punya lama dulu, dah tak boleh nak guna, sebab pin belakangnya dah tanggal. Sebab tu bila nampak yang batik collar pin ni, Sis teruja nak belinya. Boleh nanti pakai di tudung tanda kita awareness kepada cancer ni.
Buat masa ni MAKNA hanya keluarkan 5 warna collar pins design batik awareness cancer dulu, kemudian nanti akan ada lagi 3 lagi warna collar pins awarenesss cancer.
Yaaa korang tak tau ke, setiap penyakit cancer tu ada color/warna mereka tersendiri. Contoh; kalau breast cancer warnanya pink. Sebab itulah bila tiba bulan Oktober, akan ada Pinktober. Dan yang lain-lain, ada warna khas mereka, korang tengok di bawah nanti.
Kalau korang nak beli, korang boleh beli di website MAKNA ni. Dan korang boleh pilih, beli dan menderma juga. Jom kita beli tanda sokongan kepada pesakit Cancer juga tanda kita 'takut' dan kita amik peduli mengenai cancer ni.
Berapa harga? Alahaii satu pin tu baru RM9.90 ajerr.. Semua design pun sama harga. Korang kalau suka, belilah laa ya. Sis cuma kongsi ajer.
Batik Motif Collar Pins
Batik motif ribbon pin with silver trim
Dimension: 2.1cm (W) x 3.3cm (H)
Eight colours in support cancer awareness:
1. White (Lung Cancer)
2. Pink (Breast Cancer)
3. Orange (Leukaemia and Kidney Cancer)
4. Light Blue (Prostate Cancer)
5. Dark Blue (Colon Cancer)
Coming Soon
6. Emerald Green (Liver Cancer)
7. Teal/White (Cervical Cancer)
8. Burgundy/Ivory (Head and Neck Cancer)
Website : MAKNA
Shop : https://makna.org.my/product/batik-motif-collar-pins/
Donate : https://makna.org.my/donate/
Volunterr : https://makna.org.my/get-involved/volunteer/
P/S: Bagi kawan-kawan atau siapa sahaja yang sedang jalani ujian (sakit cancer) dari Allah, moga terus kuat, sabar dan jangan putus asa ya! Moga terus sihat dan segera sembuh.
Tq for sharing. Akan diingat tu MAKNA. In shaa Allah.
ReplyDeletecantik design - design dia sis.
ReplyDeleteCantik sangat-sangat semua design dia
ReplyDeletecantik..kalo pakai kat kepala ok tak ek..haha
ReplyDeletegood sharing sis..:)
ReplyDeletethank you for sharing this sis
ReplyDeleteBeautiful colar pints. Both red and pink are beautiful. Insya'Allah will register for Makna too. Thank you for sharing.
ReplyDeleteBeautiful pins. These are for good cause. So i will share it and get one for myself too
ReplyDeleteMAKNA memang terbaik. Pernah ikut program awareness mereka juga dulu. Thanks for this info !
ReplyDeleteThis is really a good cause to help raise fund and awareness at the same time to let more people know more about the mission of Makna.
ReplyDeleteInitiatif yang baik bagi membantu MAKNA sekurang kurangnya apa yang di beli memberi makna pada yg menerima..
ReplyDeleteTakziah atas pemergian ibu sis. Saya pun baru je kehilangan ibu saudara bulan lepas sbb kanser ovari. Mmg, kesedaran dan pencegahan tu sgt penting.
ReplyDeleteaduh !! cantiknya kak lin !! macam meminta beli satu je ni.. hee~ sambil membeli sambil menderma.. salam takziah dari atie, buat kak lin sekeluarga.. jaga kesihatan ya kak..
ReplyDeleteCantik la sis design2 dia..tapi bagus kab membeli sambil kte beramal. Ye la ramai yg memerlukan utk kos rawatan dan sebagainya
ReplyDeleteBagusla inisiatif yg dilaksanakan oleh makna.. kita membeli sambil beramal.. salah satu cr kita memberi kebaikan dalam komuniti
ReplyDeleteNi salah satu sumber pahala untuk kita membeli sambil beramal. Sekaligus dapat membantu pesakit 😊 semoga mereka diberikan kesembuhan .. Amin
ReplyDeleteComelnya collar pins tu. Semoga dengan cara ni dapat membantu pesakit cancer dari segi kewangan
ReplyDeletesuch a beautiful and meaningful initiative. cant wait to get a ribbon of my own to support the cause!
ReplyDeletecantik juga design batik tu. kalau macam ni lebih ramai yang pakai untuk sebr awareness tentang cancer ni
ReplyDeletecantik dia punya desigb. inshaAllah nanti boleh la beli :) thanks for sharing sis
ReplyDelete