MENU ALA-CARTE TERBARU DI WAN LI CHINESE RESTAURANT (HALAL)

Sis Lin
19
MENU ALA-CARTE TERBARU DI WAN LI CHINESE RESTAURANT (HALAL) | Nak mencari restaurant makanan cina yang halal bukan senang di Johor ni. Lagi pulak di Hotel. So untuk hari ini Sis nak kongsikan dengan korang, restaurant cina halal yang boleh korang datang dan makan secara ala-carte dan banyak pilihannya. 

Mana lagi kalau bukan Wan Li Chinese Restaurant di Renaissance Johor Bahru Hotel. Yaaa dalam hotel yaa. Bukan calang-calang hotel tu, 5 star wokay! So korang tak payah risau akan 'ramainya orang' dalam hotel tu, pastikan korang datang ikut dan patuhi SOP yang di sediakan, cuma.... dalam tempoh PKPB di Johor ni, mereka hanya membenarkan tempahan meja untuk 2 hingga 4 orang dalam satu meja sahaja. Harap maklum dan harap korang faham ya. 

Kalau sebelum ni Sis ada kongsikan Sis datang makan All You Can Eat Buffet Dim Sum di sini, so harini Sis nak kongsikan dengan korang menu-menu terbaru ala-carte di Wan Li Chinese Restaurant dan pasti korang pun akan sukakannya. Sebab Sis suka, so korang tengok gambar mesti lagi suka hehehe. 

Jom kita lihat apa yang menariknya.. jeng jeng jeng.. 

Menu Ala-Carte Terbaru Di Wan Li Chinese Restaurant (Halal)

Menu Ala-Carte Terbaru Di Wan Li Chinese Restaurant (Halal)

Gulp! Tertelan air liur kejap menengoknya. Memang 2 menu di atas sangat menepati selera sebagai pembuka makan malam Sis malam itu, sangat sedap. Kalau korang yang suka makan kambing, haa boleh cuba menu tu. Dan nak mengenyangkan perut, korang tambah menu nasi tu pulak. Ye laa takkan nak meratah lauk aje kan, tekak melayu mesti nak nasi hahaha.

Gambar 1 : Grilled Lamb Rack with Homemade Pineaple Barbecue Sauce berharga RM65.
Gambar 2 : Fragrant Fried Rice with Conpoy, egg white, garlic crisps and Beet Root Joice. Satu hidangan harganya RM37 untuk saiz kecil dan RM55 untuk saiz besar

Menu Ala-Carte Terbaru Di Wan Li Chinese Restaurant (Halal)

Menu Ala-Carte Terbaru Di Wan Li Chinese Restaurant (Halal)

Dan untuk 2 menu di atas ni kan, kalau korang makan, kompom korang akan meratah aje kejenya, sedap , crispy dan kalau dah makan tak boleh stop hahahaha. lagi-lagi gambar ke-2 tu haa, sekali gigit makan, rasa dia macam makan satay ikan yang cucuk lidi zaman kekanak tu haa.. tak caya ye cuba.. 

Gambar 1 : Fragrant Fried Chicken with Dried Chili, Garlic and ‘Szechuan’ pepper. Ada 2 saiz, RM26 untuk saiz kecil dan RM44 untuk saiz besar.
Gambar 2 : Glazed Air-dried Beef Fillet with Chilli Sauce. Satu hidangan berharga RM38 untuk saiz kecil dan RM52 untuk saiz besar.

Menu Ala-Carte Terbaru Di Wan Li Chinese Restaurant (Halal)

Menu Ala-Carte Terbaru Di Wan Li Chinese Restaurant (Halal)

2 menu ni dah macam ala-ala menu sayuran laa. Cuma gambar 1 tu lebih kepada menu appetiser atau macam salad, tapi sedap kat tekak Sis, makan ratah aje gitu pun dah sedap. Tapi menu ke-2 tu, kecoh! yaaa kecoh jadinya masa makan di sebabkan Sis dan kawan-kawan baru tau selain ada daging Wagyu, dalam tu ada 'Foie Gras' dan itu adalah hati itik, hahaha tapi sedap, lemak berkrim rasanya di sukai ramai hahaha. Mahal tu wooo, jangan memain..

Gambar 1 : Free Range Chicken with Fried Shallot and Black Truffle. Satu hidangan harga RM33 untuk saiz kecil dan RM48 untuk saiz besar.
Gambar 2 : Wok-Fried Australian Wagyu Beef with Foie Gras and Asparagus. Harganya setiap hidangan, untuk saiz kecil berharga RM178/100 gm dan saiz besar RM288/200 gm.

Menu Ala-Carte Terbaru Di Wan Li Chinese Restaurant (Halal)

Menu Ala-Carte Terbaru Di Wan Li Chinese Restaurant (Halal)

Menu gambar 1 tu, korang jangan ingat salted egg ya, Sis pun mula ingatkan salted egg, tapi ianya adalah curry butter milk sauce, dan kuning tu sebab rempah kari dia tu, so memang rasa kari, tapi tidak laa piaww nau rasa kari, sedap sebab balance dengan butter milk sauce tu haa..Dan yang gambar 2 tu mesti korang tak berapa gemar, Sis pun sama hehehehe..senang cakap, dia macam sup herba ayam hitam, kalau cina ni memang suka laa!!..

Gambar 1 : Stir Fried Prawns Fritter with Curry Butter Milk Sauce. Satu hidangan harga RM58 untuk saiz kecil dan RM88 untuk saiz besar.
Gambar 2 : Double-boiled Silky Fowl Soup with Dark Garlic King, Conpoy and Vegetables. Satu hidangan harganya RM28. 

Menu Ala-Carte Terbaru Di Wan Li Chinese Restaurant (Halal)

Menu Ala-Carte Terbaru Di Wan Li Chinese Restaurant (Halal)

Sekali pandang macam twisties aje kan hahahaha.. bukan yaa, tu adalah White Bait atau Ikan Teri, yang di goreng rangup pedas dan rasa bawang putih. Sedap kemain, sekali makan, krup krap krup krap oiii.. Kalau ada anak kecik, mesti suka, tapi agak pedas sikit ya. Dan sebagai pemanis mulut, mestilah ada pencuci mulut kan hehehe. Dan roti tu lupa Sis nak koyakkan, dalam dia ada custard ko, sekali koyak roti tu, awas! panas yaa, hati-hati ketika menyuap..

Gambar 1 : Wok-fried White Bait with Spicy Crispy Garlic. Satu hidangan harga RM30 untuk saiz kecil dan RM40 untuk saiz besar.
Gambar 2 : Chilled Mango Puree and Pamelo and Homemade Custard Burn. Dihidangkan satu set dengan harga RM22 sahaja. 

Menu Ala-Carte Terbaru Di Wan Li Chinese Restaurant (Halal)

Menu Ala-Carte Terbaru Di Wan Li Chinese Restaurant (Halal)

Menu Ala-Carte Terbaru Di Wan Li Chinese Restaurant (Halal)

Minuman? Korang jangan risau, FREE chinese tea minum sampai kembong hahahaha. Yaa pantang cawan ko kosong, pelayan akan tuang, dah macam layanan diraja gutuh. Tapi ada juga minuman lain lerr korang boleh order. Sis tau, tak semua suka minum chinese tea kan hahaha.

Bagi korang yang suka makan menu masakan cina, marilah ke sini. Menu-menunya memang menepati selera tekak Sis yang kemelayuan ni haa.. kalau tekak korang jenis mat saleh, haa tu korang boleh makan International Buffet mereka di Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel mereka, tapi yang Sis share ni menu masakan cina di Wan Li Chinese Restaurant

Ada banyak pilihan menu yang sedia ada selain yang Sis makan ni. Yang Sis makan ni antara menu terbaru yang di sajikan. Boleh dine-in atau pun take-away. 

Harga berlainan mengikut saiz portion yang korang pesan ya. Ada Small (kecik) dan juga Large (besar). Yang Sis makan ni saiz small, pun puas! Berbaloi tak?!. 

Dan sempena hujung tahun ni, bermula 11.11.2020 sehingga 12.12.2020, diskaun sebanyak 20% akan diberikan dalam satu resit! Lagi banyak korang makan, lagi banyaklah diskaun yang korang dapat! 

Untuk tempahan, booking secara online via http://bit.ly/TableAppWanLi OR contact di +6073813388 OR WhatsApp at https://wa.me/60187800787.

Atau ke facebook page @akusislin untuk lihat gambar sepenuhnya .

Patuhi SOP yang disediakan. 
NO Pork No Lard
HALAL Restaurant 


P/S: Siapa kata makan di hotel mahal? Berbaloi lee dengan tempatnya yang private dan menu makanannya banyak pilihan. Tepuk dada, tanya selera.. 

إرسال تعليق

19تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kat penang ni susah nak dpt chinese food yg halal ....tapi chinese food sedap.. maka ber huhu la :(

    ردحذف
  2. Keenakan rasa makanan di sini memang berbaloi kan dengan apa yg kita bayar

    ردحذف
  3. Ya allah....sabar jer la tgok entry ni..berbunyi2 perut dah ha..

    ردحذف
  4. Halal Kitchen...awal2 ko da letak Halal kat tajuk ek, takut orang tanya keeee 😆😝

    ردحذف
  5. hujan2 lebat ni tengok plak gambar makanan memang telan air liur la sebab jauh. kalau dekat dah order dah huhu

    ردحذف
  6. Aduyai... Best nya! Semua nampak menyelerakan dan paling bagus sebab halal kitchen.

    ردحذف
  7. Kemain meriah menu2 dekat sini. Ikut nafsu semua pun nk order kan. Harga pun mampu bayar. Kalau lah dekat kan, boleh ku terjah juga.

    ردحذف
  8. Wow!!!!!!! All the food look so yummy and tasty. Would like to dine here one day. Thank you for sharing.

    ردحذف
  9. woow...so many yummy dishes shared!! am now craving to enjoy these dishes too, surely a nice dining experience you had :D cheers, siennylovesdrawing

    ردحذف
  10. It looks so good even it is halal! They look exactly like non-halal! Now my Muslim friends can also enjoy Chinese style of food they are halal! Yahooo!!!! Thanks for introducing.

    ردحذف
  11. Wah, banyak betul ya tempat makanan best2 kat Johor ni. Dah la menu dia grand. Foie gras, wagyu, truffles. Mcm fine dining!

    ردحذف
  12. Memnag sedap nampaknya semua tu.. Best dpaat makan dengan kawan2. Tempat pun tengok selesa.. Banyak tempat maknan kat johor yang best2 sekrg

    ردحذف
  13. it's really not easy to find halal chinese restaurants but this one looks amazing. cant wait to try it

    ردحذف
  14. I see many delicious Chinese dishes there. Most best is it is Halal so I can bring my Muslim friends there to enjoy together!

    ردحذف
  15. Alaaa salah timing la masuk entry sis ni..masuk time tgh lapor hahah lagi lapor di buatnya. Sis..nasi goreng ngan conpoy tu nampak sedap

    ردحذف
  16. Sedapnya kambing tu.. jarang jimpa makanan cina yang bervariasi mcm ni. Sangat menarik

    ردحذف
  17. Tertarik dengan menu nasi yang berwarna tu. pink pink tu ha..menu lain memang nampak menyelerakan sangat.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!