MISTERI 'KETUK PINTU' TU DAH SAMA MACAM KISAH 'HANTU KUM KUM' DI JOHOR DULU | Korang ada dengar dan terbaca tak pasal viral misteri 'ketuk pintu' tu? Seram je kannn.. Sis pun baru juga tau dua tiga hari lepas, tu pun terbaca sana sini orang duk update status dan kawan-kawan share di group wahtsapp. Gile tak takut oii...
Dari pertanyaan Sis di wall facebook dan hasil dari komen rakan-rakan, memang yaa ada berlaku di Sabak Bernam dan Tanjung Karang katanya. Dari yang tertulis di Sinar Harian tu, penduduk di beberapa kampung di daerah itu diselubungi misteri apabila mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam.
Gangguan misteri itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung antaranya Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting.
Kau rasa? Cuba laaa bayangkan kalau pintu rumah ko di ketuk time memalam gitu, kemudian ko bukak tengok, takde orang pun? Bukan ko je dengar, satu keluarga juga dengar, dan ketukan itu menghantui ko sampai laa ke awal pagi? Ko ngase? Hahahahaha.. adeiii mau takut juga oii walaupun kedengarannya misteri..
Cuma misteri tu tak tau laa apa disebaliknya, hingga sekarang masih dalam siasatan. Kalau benar ianya betul misteri, apakah itu? Hantu Kum Kum????...
Yaaa korang pernah dengar tak cerita atau kisah Hantu Kum Kum sikit masa dulu yang kecoh di Johor? Cuma bezanya Hantu Kum Kum ni pandai bagi salam hahahaha. Kisah Hantu Kum Kum tu sampaikan Sis adik beradik takut nak buang air besar di belakang rumah tau. Yee dulu jamban rumah Mak di belakang rumah, makanya sejak kecoh Hantu Kum Kum tu, kalau nak pergi jamban je, kena cari teman, siap paksa masuk dalam jamban sekali oii hahahahaha.. adeiiii
Gambar : Raja Lepak
Entah tak tau laaa mana datang Hantu Kum Kum tu yang kecoh satu kampung dulu, bukan kampung Sis aje, semua kampung berdekatan sana sini kecoh, cuma masa tu takde facebook je nak update oii.. Sis pun masa tu sekolah rendah lagi. Tapi memang ingat sampai sekarang! Tu yang kata kalau misteri ketuk pintu tu, Sis adik beradik kata, 'Jangan-jangan Hantu Kum Kum' hahahahaha adoiii..
Korang jangan gelak, tak kena ye laa macam kelakar, tapi kalau dah terkena macam Mak Sedara Sis tu, haaa baru ko tau..seminggu demam oii!! Seingat Sis dulu, masa dia balik kerja malam, tiba ada orang bagi salam dari belakangnya, kemudian toleh....... takde nampak sesiapa tapi ada bau busuk, dan terdengar suara halus sebut, 'assalamualaikum'...terus berlari sampai tercabut kasut Mak Sedara Sis tu tau..sampai rumah mengigil terkencing! Ngeri gileee...
Asal usul hantu kum-kum ini dikatakan merupakan seorang wanita yang terlalu taksub akan kejelitaan sehingga sanggup melangar hukum Allah dengan bertindak menyekutukanNya, apabila wanita tersebut bertekad untuk menanam susuk ke dalam bahagian tertentu badannya. Sudah menjadi lumrah dan tugas iblis, yang berjanji untuk menyesatkan, iblis telah menetapkan pantang larang yang sudah pasti kita sebagai manusia akan tergoda dengan pantang larang tersebut.
Antara pantang larang tersebut adalah seperti tidak boleh melihat cermin dalam satu tempoh masa tertentu. Sebagai manusia biasa sudah pasti kita akan berasa teruja lebih-lebih lagi apabila apa yang kita idam-idamkan sudah berada di dalam gengaman. Atas rasa keterujaan inilah yang mendorong kita untuk melangar pantang larang tersebut, akibatnya, muka yang diharapkan berubah menjadi semakin cantik sebaliknya menjadi bertambah buruk.
Di sinilah bermulanya detik-detik hitam bagi wanita tersebut, wanita itu bertukar menjadi wanita yang teramat hodoh, dikatakan mukanya penuh dengan nanah dan berdarah, bau yang hanyir menjadi sebati dengan diri wanita tersebut. Bagi mengembalikan kejelitaannya, terdapat satu syarat yang perlu beliau penuhi iatu beliau harus menghisap darah gadis sunti. Maka terjadilah aktiviti mencari mangsa.
Kum-kum sebenarnya hanyalah merupakan sebuah singkatan bagi salam yang diberikan oleh orang Islam ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Wanita ini dikatakan hanya mampu mengucapkan salam cukup sekadar kum-kum yang berulang sebanyak tiga kali. Gangguan ini pernah dialami oleh beberapa kampung di sekitar negeri Johor pada satu ketika dahulu dan telah memberi impak kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Dikatakan apabila malam menjelang tiba, terdapat lembaga yang menyerupai susuk tubuh wanita dengan pemakaian yang tertutup daripada kepala hingga ke kaki akan berlegar-legar di sekitar rumah-rumah yang mempunyai anak gadis. Lembaga ini akan bertindak mengetuk pintu rumah disertai dengan ungkapan kum-kum sebanyak tiga kali, dan sekiranya pintu dibuka pada ketukan kedua atau ketiga, individu yang membuka pintu akan diserang dan lembaga tersebut akan mencari mangsanya di dalam rumah tersebut.
Namun begitu, ada juga yang mengatakan bahawa hantu kum-kum merupakan jelmaan iblis yang hanya bertindak untuk menyesatkan manusia semata-mata. Mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membunuh seperti mana yang telah digembar-gemburkan. Sebagai umat islam, kita seharusnya lebih mempercayai kekuasaan Ilahi dan bukannya percaya akan janji-janji palsu syaitan iblis laknatullah.
Wallahuaklam ..
Sumber : Kisah Seram
P/S: Kalau nak cite kisah hantu di kampung Sis tu, mau tak tido malam kang oii.. tu belum lagi kisah Pocong main Cak-Cak lagi depan rumah!! Pengsan..!!!..
Walaupun tak pernah jumpa, tapi pernah dengar suara, memang lari tak cukup tanah oi.
ردحذفpernah terbaca kisah ketukan misteri di area sabak tu... entah apalah kan? knp nak mengganggu... masih belum terungkai... sama jugak kisah hantu kum kum tu... kat sarawak pun ada jugak cerita tu dulu... masa tu kakmim sekolah rendah lagi.. hehehe
ردحذفPhewww, lagi² masa hujan ribut yang ko tau takkan ada sesiapa di luar tetiba bunyi orang ketuk pintu. Pintu ni seram dia lain macaim laa..
ردحذفPengajaran untuk pengamal benda2 syirik dan khurafat
ردحذفmacam-macam lah zaman skrg nih... dulu masa dana sekolah hantu kum kum tu memang popular...
ردحذفbukan main takut lah nak jawab kalau ada org bg salam malam-malam
seram kooo
ردحذفDi tempat kami pernah kecoh dgn hantu susu... Adoi, takut sungguh. Malam-malam balik ngaji Quran berlari tak cukup tanah takut jumpa hantu susu... Arwah Pak standby depan tangga rumah siap-siap :D
ردحذفaaa vodo laaa gambar tu..nasib aku tengok pepetang....
ردحذفBab macam ni memang PC kalah. Takut wooo.
ردحذفDulu pernah viral gak. Hantu susu. Ketuk pintu rumah mintak susu untuk baby dia rupanya dukung batu nisan. Seram...
ردحذفhuurmm saya baca ni di FB semalam kisahnya ada yang kongsi..
ردحذفbaca sikit jaaa x habis pun ooit seram..
kami penakut kalau bab misteri2 ni
ردحذفbaru je tgk org cite psl misteri ketuk pintu yg dkt sabak bernam..ada juga tgk video yg org share tu..seram juga rasa..smp masuk buletin utama...misteri btul
ردحذفanak-anak yang paling nak tahu cerita yang viral ni, diorang hari-hari buka youtube nak tau sapa yang ketuk pintu rumah orang malam-malam, memang seramlah baca
ردحذفhantu saka cari tuan baru kak lin sebab tuan dia dah meninggal. Nasib area rumah saya tak kena. Sekarang dah ke Kuala Selangor dah haha
ردحذفkes macam ni memang dari dulu jadi misteri. ada org percaya dan ada yg tak.
ردحذفNama hantu kum kum ni pernah dengar tapi tak tahu kisahnya. Rupanya berlaku kat johor ye. Orang johor sendiri tak tahu. huhu
ردحذفSeram betul bila kes ni viral. Katanya harini dah ditangkap. ada tengok dalam youtube.
Susah nak cakap menda macam ni yang penting atas kepecayaan dan juga kekuatan kita nak melawan apa yang mengganggu. Paling penting kembali kepada Yang Maha Esa kerana segala makhluk ciptaannya dan pasti ada penyelesaiannya...
ردحذفHadui singgah memalam baca entri seram, apapun zaman KumKum dulu masa tu saya remaja lagi tapi memang menyeramkan tak berani keluar rumah walaupun bukan kena di negeri saya, rasa takut tu tetap ada...
ردحذفHaha..awas ye sis buat cte seram lak dia ye hahah..tak sangka ye sis zaman milenium ni hantu masih relevan hahahha
ردحذفso scary la! The Hantu Kum Kum is so real looking. I believe there is ghost in the World. But we have to be good so that it won't hurt us haha
ردحذفPernah dengar kisah ni tapi kat Pahang. Tapi dikaitkan dengan susuk dan pantang larang.
ردحذفseramnya kalau jadi macam ni. tapi biasanya benda-benda ni la cubaan nak menyesatkan manusia
ردحذف