PKPB KALI INI UJIAN BERAT BUAT SEMUA KITA RAKYAT MALAYSIA! | Bukanlah kata PKPB sebelum-sebelum ni bukan ujian berat buat kita, tapi untuk kali ini Sis rasa dan sangat serius dan berat ujiannya. Manakan tidak, hingga persekolahan semua sekolah juga di tutup, kecuali di buka untuk peringkat tingkatan-tingkatan yang di benarkan sahaja. Yang lain semua akan mula di buka dan bersekolah pada tahun 2021 nanti.
Ibu Bapa yang bekerja dah mula Work From Home (WFH) kembali, yee nak taknak terpaksa, sebab anak-anak dah tak bersekolah, then tidak dibenarkan hantar anak ke pusat asuhan, so siapa nak menjaga anak-anak mereka yang bekerja? Itu kalau bagi mereka yang dapat kebenaran WFH, kalau yang tetap kena bekerja? So macam mana tu????...
So kita rakyat ni dah tak boleh nak kata apa, akur dan terima aje laa apa yang dah kerajaan tetapkan. Nak marah? Marah pada siapa? Sedangkan yang sepatutnya di marahkan pun takde apa-apa tindakan pun. Tidak rasa bersalah langsung dan seolah takde kesan apa-apa pada 'mereka', tapi kita ni haaa rakyat satu Malaysia yang terkesan dengan PKPB ni.
Sejak dari PKP lagi, semua orang dah terkesan banyak dengan wabak Covid19 ni, kemudian kita lalui plak PKPB, pun ramai yang hilang pekerjaan, sektor industri pun banyak tutup, hotel-hotel lama dan baru pun banyak semua dah tak beroperasi, ada juga sampai sekarang tak berjumpa keluarga memasing disebabkan pintu keluar dan masuk Malaysia di tutup, jadi apalagi yang nak kita mengeluh? Ada siapa nak dengar ke keluhan kita?.
Sis memang tak layak nak bersuara mengenai hal ini, sebab Sis ni surirumah dan Suami pun masih bekerja seperti biasa, tapi.... sekeliling Sis ada sahabat, rakan, kawan, saudara-mara yang mana, ada antara mereka sudah hilang pekerjaan, ada tu yang meniaga kedai terus tak boleh niaga, ada juga yang pekerjaannya juruterbang, pun terus stay at home tidak terbang ke mana-mana, dan paling terkesan sekali, adik Sis sendiri, yang berjauhan dengan Suaminya di kini bekerja di Singapura tidak boleh balik ulang-ulang seperti biasa, hinggakan berjauhan dengan anak-anak yang masih kecil lagi. Juga anak-anak Sis yang tertangguh pembelajaran mereka di Universiti, so Sis takde hak ke nak bersuara???
Dan paling terkesan secara tiba-tiba buat mereka yang dah buat persiapan majlis perkahwinan, semua dah buat tempahan dan buat pembayaran deposit. Mana kad jemputan dah edar atau pun semua saudara mara, kawan-kawan semua dah tau. So apa nak buat? Mampu redha aje dengan ujian dariNya.. Yaa nikah masih boleh, tapi perasaan excited tu dah bertukar, entah laa susah nak cakap laa, yang faham je yang boleh faham.
Sis hanya meluahkan apa yang Sis rasa dan simpati Sis kepada mereka yang terkesan gara-gara wabak Covid19 ni. Suruh kita patuh SOP, kita patuh! Suruh kita #StayAtHome #DudukRumahDiamDiam, kita pun patuh, bila keadaan dah semakin membaik, kita hampir menang...ehhhhhhhh datang plak yang rasa 'berkuasa' buat keputusan yang bagi Sis mementingkan diri sendiri, maka akhirnya rakyatlah yang menjadi mangsa dan kembali rakyat juga yang di minta patuh semuanya! Sedangkan mereka........
Siapa mereka? Lu fikir laaa sendiri..
Ikut hati nak luah panjang-panjang lagi, tapi tu laaa siapa kita?? Silap haribulan tulis atau cakap lebih, Sis ko masuk lokap kang.. sedangkan kita ni rakyat perlu juga buat luahan.. Kalau kata rakyat ni tak faham situasi sebenar yang berlaku, then apa yang berlaku sekarang ni, salah rakyat ke???...
Memang ada salah juga pada kedegilan rakyat...tapi semuanya pasti ada puncanya kan... so apa puncanya? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...
Okaylah, cukuplah sekadar ini luahan dari Sis untuk PKPB harini.. Korang yang sedang lalui ujian ini, harap bersabar dan berdoa jangan putus! Selagi kita yakin dan kita redha dengan ujian dariNya, insyaAllah semuanya akan baik-baik aja.
Kita juga harus percaya dan yakin pada semua barisan hadapan kita terutama pihak KKM yang mana mereka sedang, dan akan cuba dan mencuba menangani wabak Covid19 ni dengan baik dan kita pasti menang!.. pasti!!.. so kita bantu mereka dengan #StayAtHome dan #KitaJagaKita.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..
RENTAS DAERAH
Untuk orang Johor yang masih lagi tak faham Daerah tu kat mana utk PKPB ini. Untuk makluman semua, Johor ada 10 Daerah aje.. Hanya Skudai, Pasir Gudang, Iskandar Puteri dan Gelang Patah, tu semua dalam daerah Johor Bahru. So, Orang Johor kena fahamkan rentas Daerah tu ya.
PKPB seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Pahang, Kelantan
Semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama sebulan bermula 9 November hingga 6 Disember depan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri yang terbabit ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.
Langkah itu diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam selepas mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kes Covid-19 di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.
Pelaksanaan PKPB membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti, di samping untuk mengekang penularan Covid-19 di negeri berkenaan.
Bagi Kelantan, Pahang dan Perlis, yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pergerakan rentas negeri juga adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, pergerakan rentas daerah di dalam ketiga-tiga negeri ini dibenarkan seperti biasa.
Sementara itu, bagi negeri Sarawak, pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagaimanapun, pergerakan rentas daerah dalam negeri Sarawak dibenarkan kecuali ke daerah Kuching.
Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah sama seperti diumum dan dilaksanakan dalam PKPB sebelum ini. Ini bagi menguurangkan pergerakan dari kawasan negeri dan daerah supaya tiada jangkitan berlaku terutamanya di daerah yang berlaku peningkatan kes. Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali kes kecemasan yang perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
Untuk mendapatkan kebenaran PDRM ini, cetak borang Permit Pergerakan PKPB di atas tu, kemudian pergilah ke balai polis untuk mendapatkan tandatangan dan cop supaya tak perlu laa beratur panjang di balai polis untuk dapatkan borang itu.
Jaga diri korang semua ya..
P/S: Moga kita rakyat Malaysia terus kuat!.. aamiinn..
sekarang baru tahu kenapa ramai mat saleh kat luar negara marah & memberontak bila kena lock down
ReplyDeletememang banyak orang terkesan dengan pandemik sekarang. mana dengan hilang sumber pendapatan. pelajaran anak2 tergendala..semoga ini satu peringatan untuk kita semua..
ReplyDeleteAduhai. Itulah. Kecewa betul dengan pihak berkenaan. Persis peribahasa harapkan pagar, pagar makan padi. Banyak sangat plan travel untuk bantu ekonomi pelancongan tergendala dan kes makin hari makin buruk pula. Kecewa dan menakutkan. Semoga cepatlah berakhir semuanya. Amin!
ReplyDeleteKalau kat kuching ni, kluster kayangan & profesional yg aktif skrg... hmm.. yg paling sedih anak2 lah terus tak sekolah sampai thn dpn
ReplyDeleteBetul...pkpb ni ramai yang terkesan. Moga pandemik ni cepat-cepat la nyah dari dunia ni. Sedih tengok yang terkesan.
ReplyDeletekali ni mmg teruk betul, ramai yang tul2 terkesan.. business pelancongan mmg habis terus :(
ReplyDeleteYe sis..bagi penduduk Selangor dan KL ni laaagi la..lepas pkp pkp lagi..macam tak ada sudahnya je
ReplyDeleteeh eh tetiba Vocab Pahang komen...ehhh
ReplyDeletemacam2 dugaan tahun 2020 ni, memang di luar jangkaan kita kan...moga ALlah permudahkan urusan buat kita semua...
sebagai rakyat kita akur sajalah. frontliners pun dah keletihan bekerja untuk kita semua. hope semua rakyat patuh dan duduk rumah je
ReplyDeletememang tidak patut kita ada PKPB ni lebih-lebih lagi bagi negeri-negeri yang tidak terjejas dengan teruk. Si anak kecil yang kesian.
ReplyDeletemoga semua ini cepat berakhir.
ReplyDeletenanti nak minta tolong baca entri latest saya,supaya view igtv untuk contest saya sertai.plz support ya! :D
I agree with you. PKPB kali nie memang ujian berat buat kita sumer. In fact, this whole pandemic is a challenge for us. The whole world change dear. Semoga kita sumer bersabar dan hadapi nyer dgn tenang.
ReplyDeleteMasa dapat tau perlaksanaan PKPB tu pelik juga kenapa ramai post icon sedih. Dalam hati duk pikir bukan ke sekarang memang PKPB.. Adesss lupa plak yg PKPB sebelum ni KL & Selangor je. BTW bertabah la sis. cakap lelebih kang susah juga..
ReplyDeleteARGHHHHHHHHHHHHHHHH, NAK TUMPANG BUAT LUAHAN KAT SINI BOLEH TAKK?? STRESSS, TENSION....HUUUUUU... Tapi kita hanya hambaNYA, ALLAH telah tentukan segalanya dan semua memang akan jadi sebegini... Nak salah menyalahi pun tak guna ponnnnnnn. KAN. HM
ReplyDeleteitulah kita dibawah nilah yang terkesan. tapi entahlah dalam hati saya rasa mcm nak memberontak tapi fikir lagi, siapalah kita. terima jelah.
ReplyDeleteYang berniaga baru nak menapak balik dah PKPB balik.sektor pelancongan dan perhotelan la yang paling terkesan
ReplyDeletetotally agree with everything that you said in this article. can only hope that those in charge of our wellbeing will become more conscious of their decisions and not bring more hardship for the rakyat
ReplyDeleteSedih kan tengok balik keadaan Malaysia skrg, dengan case hari2 tinggi angkanya... rasa macam our hardwork masa awal2 PKP dah jadi sia2 jer... But don't lose hope, everyone need to play an important role skrg.. just stay home selagi boleh! We can break the chain, together!
ReplyDeleteEna dah lama xboleh merentas kak sebab arahan ketua polis tak boleh keluar kawasan. Hmmm. Baru sekali tahun ni balik jumpa mak. Kesian jgk kat mak2 yang bekerja ni. Skrg ni ramai yang stress tahap mental. Mintak dijauhkan
ReplyDeleteSedihkan kak bila jadi macm ni. Ya kita redha dan akur tapi marah pada yang jadi punca benda ni bergelombang besar . Teruk sangat. Habis semua orang terkesan pada tahun ni. Mereka hanya buat tak reti je. Then akhirnya siapa salah? Rakyat? Konon tak jaga SOP. Pfft.
ReplyDeleteMemang ramai yang terkesan sebab PKPB ni, yang mana baru nak mula kerja selapas PKP yg lepas dah hadap PKPB..Alhamdulillah nasib baik company iena bekerja company IT, so memang tak buamg staff..company lagi amek ramai staff
ReplyDeleteYa memang ramai yang terkesan and ada yang sangat stress sampai ke tahap ganguan mental. Hopefully the situation will be under control soon.
ReplyDeleteYe kak. Sgt terkesan utk semua org. Budak2 dgn sekolah. Yg kerja kena dberhentikan.. Bisnes tutup. Sedih sgt. Harap2 tahun depan lebih baik utk kita semua.
ReplyDeleteSangat terkesan kak. harap covid ni cepat la okay atau berlalu. hm nak mohon kerja pun susah sekarang. asyik kena reject je resumee. masa haritu dieorang accept lagi!
ReplyDelete