PUSING-PUSING NAIK BOT SEBELUM PKPB

Sis Lin
26
PUSING-PUSING NAIK BOT SEBELUM PKPB | Alhamdulilah, sehari sebelum PKPB bermula, sempatlah Sis dan Suami bawa anak-anak sedara meronda naik bot secara berjemaah. Bukanlah ke laut dalam sana, tapi hanya di Jetty Ujang, Sungai Kong Kong Laut aje. Tak juah dari rumah Sis sini. Tempat biasa Suami turun naik pergi memancing. 

Kebetulan adik-adik semua datang bermalam di rumah dari hari Jumaat hingga laa ke Ahad lepas, itu yang kami semua berkumpul dan macam-macam aktiviti makan yang kami semua buat, termasuklah sempat buat bbq di rumah. 

Kisahnya sebab Suami terlepas cakap dengan anak sedara yang mana, nanti Pak Longnya nak bawa naik bot, makanya anak sedara menuntut laaa tiap kali datang rumah Sis dan juga nampak muka Pak Longnya hahahaha. Selagi tak bawa naik botnya, selagi tu lee mulutnya asyiklah duk tanya Mamanya bila nak naik bot hahahaha.

Akhirnya rezekilah buat anak-anak sedara, sebelum bermulanya PKPB semalam, mereka semua termasuk Sis juga dapat pusing-pusing naik bot sebelum PKPB. Bukan main happy memasing !.

Pusing-Pusing Naik Bot Sebelum PKPB

Pusing-Pusing Naik Bot Sebelum PKPB

Lihat aje laa aksi mereka berempat ni sebelum dapat naik bot. Memasing menunggu macam menunggu giliran di Klinik Kesihatan aje hahahaha. Sebelum naik bot tu, kami turun lee ke rakit, sambil lihat-lihat orang memancing. Tapi bila tanya mereka yang memancing tu, semuanya takde hasil. Sebab hujan lebat semalamnya, so ikan takde yang makan, nasib laaa kann.. bukan rezeki namanya. 

Sementara menunggu bot panas dan isi minyak. Memasing dah tak sabar nak naik bot, terjerit terloncat, macam haperr dah hahahaha. Kelakar memasing tau bebudak ni dengan aksi mereka hahaha.. Sampai Pak Longnya pun tersenyum nengok gelagat anak-anak sedara ni. Excitednya luar biasa hahahaha..

Pusing-Pusing Naik Bot Sebelum PKPB

Pusing-Pusing Naik Bot Sebelum PKPB

Haa kan kata dahh, tengok gambar aje, dah nampak betapa gumbiranyaa mereka ini. Mia, dan Nina, mereka ni sebaya dan memang jarang-jarang jumpa kalau hari biasanya. Sebab Ibunya bekerja, dan jarang join sama kalau Sis dan adik-adik yang lain buat aktiviti, termasuklah masa adik-adik bermalam di rumah Sis. So anak-anaknya Mama Mia yang pergi amik dan bawa sekali ke rumah Sis. Ye laa sian pulak kan kalau tak di bawa sama.

Oh! Ya jika ada yang komen kenapa tak pakai life jacket, ni Sis nak explain sikit. Bukan taknak pakai, banyak saiz takde, dan kami hanya pusing tepi-tepi rakit aje. Suami pun bawa slow aje. Sekadar melepaskan keinginan anak-anak sedara yang nak nau naik bot Pak Longnya tu. So layankan aje laa..

Pusing-Pusing Naik Bot Sebelum PKPB

Pusing-Pusing Naik Bot Sebelum PKPB

Entah apa aje laa yang di bualkan, sampai happy nauu aksinya tu ek hahaha. Tapi bagus juga bebudak ni semua, sebab pusing-pusing naik bot macamtu mereka tak mabuk. Mungkin sebab bot jalan perlahan. Dan air pun nampak tenang dan angin tak kuat. Sebab tu Suami berani nak bawa. Maklumlah sekarang ni musim hujan dan angin kuat, nak pergi memancing pun fikir dua tiga kali sekarang. Silap-silap ikan tak dapat, kuyup yang dapat, hasilnya? kumpawww terus hahahaha.. 

Dan bila dah 15minit pusing-pusing tanpa arah tujuan, makanya mulalah memasing menguap mengantuk hahahahaha.. Ye laa kena tiup angin kann, pulak tu baru lepas sarapan nasi lemak, mau tak mengantuknya mata. Kalau lama lagi tu, mau semua tidur atas bot hahahahaha.. Tengok je laa si Nina tu haa menguap hahahahaha..

Pusing-Pusing Naik Bot Sebelum PKPB

Hampir 20minit jugalah kami pusing-pusing naik bot tu. Bila nak sampai aje jetty, haaa mulalah memasing 'alaaaa pusing lagi laa Pak Long' hahahaha.. sabo je laaa.. tak puas memasing nak pusing-pusing bot. Tapi sebab faktor keselematan, so tak bolehlah lama-lama yaa. Cukuplah sekadar hilang gian aje hahahaha...

Sampai jetty, duduklah kejap berborak dan tiba-tiba motor penjual aiskrim datang, haaa rezeki lagii untuk anak-anak sedara, Pak Longnya belanja aiskrim pulak. Apalagi, suka laaa memasing. Memasing kehausan dan kepenatan, dah macam baru lepas mandi laut aje gayanya hahahahaha.

Alhamdulilah, masa bersama mereka dipenuhi dengan kasih sayang. Sis dan Suami bahagia dapat mengembirakan mereka semua. Terutama anak sedara dan adik Sis yang kehilangan Suami & Ayahnya 2 tahun lepas. Nampak keceriaannya tu bila dapat gembirakan mereka. Tak kiralah siapa kan, bila ada yang menghargai kita antara satu sama lain, pasti kita akan rasa dihargai dan rasa di sayangi. 

Masa mengejar kita, jadi pesan Sis, selagi ada peluang, hargai masa yang ada bersama orang tersayang, bila mana masa tu dah terlepas, menyesal pun tak guna. Cuma...jangan cari bahagia atas penderitaan orang lain.. itu aje Sis nak pesan.. 

I ❤ My Family ..


P/S: Kalau sebab PKPB, hari ini pun mereka masih di rumah Sis huhuhu... 

Post a Comment

26Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah. Lega bila dah tunai janji. Sama-sama happy je. Hehehehehe.

    ReplyDelete
  2. comelnye facemask diorg hehe .... then jnji sudah tertunai :)

    ReplyDelete
  3. aduh, wajah2 suci ni, memang best kan ada anak sedara kecik kalau dilayan, macam kita Si Jaika tulah sorang tinggal yg kecik.. kalau belah Pak Inche, layan cucu pulak

    ReplyDelete
  4. comel nya dioarang tu, cantik betul tengok budak perempuan rambut lurus gitu... kami adik badik pempuan semua rambut ikal dan kerenteng..

    ReplyDelete
  5. Felt so happy reading your family travel story & viewing the beautiful smiles captures here. Now cannot travel due to CMCO, reading this story also happy :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. sempat juga ye jalan-jalan sampai puas sebelum pkpb nanti dah tak boleh jalan

    ReplyDelete
  7. cerianya anak-anak bila janji ditunaikan. Sama macam anak-anak Marsha jangan lah janji nanti dok berzikir je sampai kita tunaikan...hahaha

    ReplyDelete
  8. Seronoknya budak2 tu! Bukan budak2 je la, rasanya yang dewasa macam kita ni pun seronok bila sesekali dpt pusing2 naik bot.

    ReplyDelete
  9. syoknya dapat bawak anak-anak naik bot.. anak-anak mesti happy sangat kan.. alaaa TB pun suka naik bot gak.. bila la nak naik bot lagi ni.. last hari tu kat Melaka.. itupun kejap je.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. Amboiii seronoknya jalan-jalan naik bot sebelum pkpb ye? Hehe..lepas ni kena berkurung la pulak

    ReplyDelete
  11. Memang nampak bahagia betul ye depa dapat naik bot - menikmati angin nyaman dan last sekali makan aiskrim tu.
    Nak gak!!!!!

    ReplyDelete
  12. Wah wah wahh... Terserlah kegembiraan kebahagiaan kat wajah mereka. Mujur sempat jengjalan before PKPB. Tentunya ini antara kenangan terindah mereka

    ReplyDelete
  13. Comel-comelnya anak sedara. Mcam mak sedara depa juga. Jelas terpancar keriangan di wajah masing-masing.

    ReplyDelete
  14. Bestnya.. kalau me pun sure akan teruja bila buat aktiviti yang jarang2 kita dapat lakukan.. :P tengok muka mereka, semuanya excited and happy.. Huhu PKPB kali ni ntah sampai bila la.. hari2 3 digit... cuma mampu berdoa agar kita semua selamat dari pandemik ini..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah sempat juga sis bawa dorang naik bot. Tak lah bosan terperuk dlm rumah je kan. Dah biasa "bebas" sblm2 ni kan.

    ReplyDelete
  16. Seronoknya sis.. nak nak kalau dapat beraktiviti beramai2 macam ni. tetiba rindu nk gi mancing laut. eh

    ReplyDelete
  17. comelnya memasing! Jangan kata diorang, saya yang dah besar ni pun excited naik bot. bukan selalu dapat merasa haha

    ReplyDelete
  18. Comelnya mereka. Jelas terserlah rupa happy mereka bila janji ditunaikan...

    ReplyDelete
  19. Bestnya tengok naik bot. Seronok sangat budak2 tu.. Aunty naik bot pun masa bercuti kat langkawi dan pulau pangkor.. Hahaha.. Siap makn aiskrim.. Nak jadi budak2 la.. Heheh.. Nasib dpt pergi sebelum pkpb

    ReplyDelete
  20. seronoknya budak-budak tu naik bot ya

    ReplyDelete
  21. Seronoknya budak2 dapat jalan2! Dapat baik bot pulak, lagi lah happy 😊 Skrg semua back to berkurung dlm rumah 😆

    ReplyDelete
  22. Best bila dapat peluang bw keluarga bersiar-siar sblm pkp.. nmpk semuanya happy

    ReplyDelete
  23. Comelnya dorng ni... dorang ni mix ke macam mana? Anyway take care sis.. PKPB ni.. selamat duduk rumah dan rehat

    ReplyDelete
  24. So nice and happy for them to have this experience right! Be safe and take care always ya

    ReplyDelete
  25. Glad to know that your family especially the little ones get to enjoy such happy fmaily outing. The smiles on their faces said it all.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!