QUECHOS MEXICAN GRILL

Sis Lin
15
QUECHOS MEXICAN GRILL | Korang pernah makan makanan Mexico ni? Quechos Mexican Grill adalah rangkaian tempatan kios Fast Casual MALAYSIAN-MEXICAN yang terletak di Johor Bahru Malaysia. Ianya makanan Mexico yang inovatif dengan citarasa tempatan untuk memenuhi selera orang Malaysia. 

Quechos diasaskan oleh Mohd Ridzuan Fo pada tahun 2015 seorang bekas chef yang berminat dalam bidang keusahawanan memulakan perniagaan makanan menjual makanan Mexico seperti burrito, taco, nachos, quesadilla, enchilada dan salad. 

Pertama kali anak bawa Sis mencubanya, memang boleh dikatakan sekali makan akan cuba datang makan lagi. Jika korang dekat di area Pasir Gudang, korang boleh mencubanya di Taman Rinting. Kedainya bukan cafe atau restaurant ya, ianya ada Food Truck di kaki lima di trafiic light berdepan degan Mydin tu. 

Nak cite pun payah bab menunya, So korang tengok je gambar di bawah ni ookay. 

Quechos Mexican Grill

Quechos Mexican Grill

Quechos Mexican Grill

Quechos Mexican Grill

Quechos Mexican Grill

Maaflah, pencahayaan kurang terang sikit, so gambar agak tak terang. Nak edit malas hahahaha.. 

Queches Mexican Grill ni dia ada banyak cawangan kiosk tau. Korang boleh belek di facebook atau di instagram mereka. Tapi untuk Sis paling dekat di Taman Rinting laa. Cuma kalau korang datang makan sini, kena banyak bersabar. 

Servis agak slow sikit, sebab PakCik tu ketikanya Sis datang, dia sorang aje yang memasak dan membuatnya. Mana nak layan Foodpandanya lagi, mana nak buat order orang bungkus lagi, yang makan situnya lagi, so harap banyak sabar. 

Tapi jika ada pembantu yang membantu, mungkin cepat sikit servisnya. Tengok pada keadaan, so korang jangan lee meroyan ya. 

Cubalah, ni la antara tempat makan best Johor yang sedap, dan harga sangat berpatutan. Sis nak letak harga pun takut mana tau dah beza plak harganya, so korang datang makan sendiri aje laa ek. 

QUECHOS Taman Rinting
7, Jalan Sena 2, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor
Buka jam 6pm hingga pm (Jumaat TUTUP)



P/S: Siapa pernah makan sini, pasti akan datang lagi hehehehe..percayalah 😎

Post a Comment

15Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ehhhh, ada ker.... x pernah perasan... hahaa.. nanti round situ.. nk tgk laaa. hihii...

    ReplyDelete
  2. aduhhhh nampak sedap tapi kat johor pula

    ReplyDelete
  3. fuhh dia punya inti tak kedekut lansung. Berbaloi membeli macam ni

    ReplyDelete
  4. Google eh takde kat tempat kita sist. Ingat nak gak rasa esok jugak. Huhu. Mdm suka street food ala gini. U make me hungry. Yiba yiba andre andre.

    ReplyDelete
  5. Wah nampak sedap la tacos tu. Saya suka jugak mknn mexican tapi kat kl ni xtau kat mana yg murah. Yg sy tau Chili's dgn Loco je.

    ReplyDelete
  6. So far pernah makan taco, nachos dengan burrito je. Yg lain tu belum lagi. Kalau ada rezeki ke Masai, boleh lah try nanti

    ReplyDelete
  7. Pernah try yang original masa hadir Sambutan Kemerdekaan di Kedutaan Mexico di KL. Tapi mesti yang nie dah Malaysianise rasa dia kan

    ReplyDelete
  8. Omg... i love tacos and buritos always have that when i was in states. The one at Quechos look very delicious too.

    ReplyDelete
  9. Aduyai... Sedapnya! Pasni dia kena add more staff laa gamaknya kasi tip top servis baru lagi mantap

    ReplyDelete
  10. Nanti turun johor antar anaqi, bolehlah singgah cuba. Nampak sedap gilee...lama x makan makanan mexican

    ReplyDelete
  11. Sukanya menu camni. Memang selalu buat sendiri kat rumah. Sejak COVID-19 ni, rajin masuk ke dapur belajar new recipes. Hahahaha. Untunglah Johor tak PKPB kak. Bleh pi foodtruck. Huwaa..

    ReplyDelete
  12. The history of Mexican food is also linked with salsas. Being a Spanish word for sauce, the salsa is a pleasant example of Spanish flavors infused in Mexican cuisines. Best Mexican food Austin

    ReplyDelete
  13. When asked for the things you need in a chicken house, be sure to establish all the necessary information such that it would be easier for you to find which chicken house suits your needs. The type, breed, size, and number of chickens are essential in choosing the right Hen house. Chicken Wholesale Suppliers

    ReplyDelete
  14. Tq sis lin sebab review ikhlas utk Quechos. Rasa terharu bila orang yang makan tu berpuas hati.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!