QUECHOS MEXICAN GRILL | Korang pernah makan makanan Mexico ni? Quechos Mexican Grill adalah rangkaian tempatan kios Fast Casual MALAYSIAN-MEXICAN yang terletak di Johor Bahru Malaysia. Ianya makanan Mexico yang inovatif dengan citarasa tempatan untuk memenuhi selera orang Malaysia.
Quechos diasaskan oleh Mohd Ridzuan Fo pada tahun 2015 seorang bekas chef yang berminat dalam bidang keusahawanan memulakan perniagaan makanan menjual makanan Mexico seperti burrito, taco, nachos, quesadilla, enchilada dan salad.
Pertama kali anak bawa Sis mencubanya, memang boleh dikatakan sekali makan akan cuba datang makan lagi. Jika korang dekat di area Pasir Gudang, korang boleh mencubanya di Taman Rinting. Kedainya bukan cafe atau restaurant ya, ianya ada Food Truck di kaki lima di trafiic light berdepan degan Mydin tu.
Nak cite pun payah bab menunya, So korang tengok je gambar di bawah ni ookay.
Queches Mexican Grill ni dia ada banyak cawangan kiosk tau. Korang boleh belek di facebook atau di instagram mereka. Tapi untuk Sis paling dekat di Taman Rinting laa. Cuma kalau korang datang makan sini, kena banyak bersabar.
Servis agak slow sikit, sebab PakCik tu ketikanya Sis datang, dia sorang aje yang memasak dan membuatnya. Mana nak layan Foodpandanya lagi, mana nak buat order orang bungkus lagi, yang makan situnya lagi, so harap banyak sabar.
Tapi jika ada pembantu yang membantu, mungkin cepat sikit servisnya. Tengok pada keadaan, so korang jangan lee meroyan ya.
Cubalah, ni la antara tempat makan best Johor yang sedap, dan harga sangat berpatutan. Sis nak letak harga pun takut mana tau dah beza plak harganya, so korang datang makan sendiri aje laa ek.
QUECHOS Taman Rinting
7, Jalan Sena 2, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor
Buka jam 6pm hingga pm (Jumaat TUTUP)
P/S: Siapa pernah makan sini, pasti akan datang lagi hehehehe..percayalah 😎
Tak pernah lagi
ReplyDeleteEhhhh, ada ker.... x pernah perasan... hahaa.. nanti round situ.. nk tgk laaa. hihii...
ReplyDeleteaduhhhh nampak sedap tapi kat johor pula
ReplyDeletefuhh dia punya inti tak kedekut lansung. Berbaloi membeli macam ni
ReplyDeleteGoogle eh takde kat tempat kita sist. Ingat nak gak rasa esok jugak. Huhu. Mdm suka street food ala gini. U make me hungry. Yiba yiba andre andre.
ReplyDeleteWah nampak sedap la tacos tu. Saya suka jugak mknn mexican tapi kat kl ni xtau kat mana yg murah. Yg sy tau Chili's dgn Loco je.
ReplyDeleteSo far pernah makan taco, nachos dengan burrito je. Yg lain tu belum lagi. Kalau ada rezeki ke Masai, boleh lah try nanti
ReplyDeletePernah try yang original masa hadir Sambutan Kemerdekaan di Kedutaan Mexico di KL. Tapi mesti yang nie dah Malaysianise rasa dia kan
ReplyDeleteOmg... i love tacos and buritos always have that when i was in states. The one at Quechos look very delicious too.
ReplyDeleteAduyai... Sedapnya! Pasni dia kena add more staff laa gamaknya kasi tip top servis baru lagi mantap
ReplyDeleteNanti turun johor antar anaqi, bolehlah singgah cuba. Nampak sedap gilee...lama x makan makanan mexican
ReplyDeleteSukanya menu camni. Memang selalu buat sendiri kat rumah. Sejak COVID-19 ni, rajin masuk ke dapur belajar new recipes. Hahahaha. Untunglah Johor tak PKPB kak. Bleh pi foodtruck. Huwaa..
ReplyDeleteThe history of Mexican food is also linked with salsas. Being a Spanish word for sauce, the salsa is a pleasant example of Spanish flavors infused in Mexican cuisines. Best Mexican food Austin
ReplyDeleteWhen asked for the things you need in a chicken house, be sure to establish all the necessary information such that it would be easier for you to find which chicken house suits your needs. The type, breed, size, and number of chickens are essential in choosing the right Hen house. Chicken Wholesale Suppliers
ReplyDeleteTq sis lin sebab review ikhlas utk Quechos. Rasa terharu bila orang yang makan tu berpuas hati.
ReplyDelete