RESEPI DAN CARA BUAT AMBUYAT @ LINUT | Korang pernah makan ke Ambuyat atau Linut ni? Yaa Sis dah pernah makan sekali dulu sewaktu Sis staycation di SMSprivatestay di Danga sikit masa dulu bersama teman-teman media lain. Memang nengok agak pelik menunya, apatah lagi nak cuba makannya, tapi alhamdulilah, seumur hidup Sis, ini lah kali pertama atau mungkin terakhir kot Sis mencubanya hahahahaha..
Kenapa? Tak sedap ke Sis?
Bukan tak sedap, cuma tekak Sis tak boleh nak telan, terima kasuk boleh, nak telan rasa pelik nauuu. Tekak korang atau tekak yang memang biasa makan, yee ookay, tapi tidak lee bagi Sis, rasanya bagi Sis, tawar dan melekat dalam mulut, terkulat-kulat Sis ko nak menelannya, kecuali memang ko kena makan dengan sambal dan lauk-lauk sampingannya. Kalau ko telan gitu je, memang terkeluar lee semula hahahaha.
Dan Sis terpanggil nak buat blogposting ni di sebabkan, tiba-tiba post mengenai cara membuat Ambuyat di youtube Sis yang dah setahun dulu, tiba-tiba naik viewnya hampir dah mencecah 18k lebih views. Pelik beno, agaknya sekarang semua orang tengah PKPB ni nak buat Ambuyat ke ek hehehehe..
So untuk harini, Sis kongsikanlah resepi dan cara membuatnya di blog pulak. Tak tau la ek pernah share ke idok.. Resepi ni pun Sis copy dari google jer, mohon halal laa yaa copy resepinya.
Ambuyat atau linut merupakan sejenis hidangan yang berasal dari batang Rumbia atau sagu. Ianya merupakan sejenis makanan tempatan di Negeri Sarawak, Negara Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Sabah.
Ambuyat juga dikenali dengan nama lain seperti linut dan kapurung (Bugis). Selain itu, ianya juga dikenali sebagai papeda di Timur negara Indonesia.
Ambuyat kebiasaanya dimakan dengan menggunakan sejenis garpu buluh yang dipanggil candas, dengan cara menggolekkan kanji disekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sambal atau dimakan dengan pelbagai jenis lauk pauk.
Bahan-bahannya :
1Kg (6 Cawan) Sagu Rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 Liter (4 cawan) air
Cara Membuatnya :
Sagu dicampur dengn 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
Tuang air dan masukkan sagu kedalam bekas tahan air panas.
Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih.
Kacau sehingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak.
*Lihat pada video youtube cara memgacau tepung sagu tu ya.
Dan untuk memakan Ambuyat ni, korang kena buat menu sampingan 'wajib'nya pula, yaitu Sambal Belacan. Dan menu lainnya terpulang kepada korang nak tambah apa. Macam kitaorang masa tu, kami ikut aje apa yang Sunah biasa masak menu sampingannya bila makan Ambuyat. Sebabnya Sunah ni memang anak jati Sarawak, so dia tau le semua cara memakannya dan memasaknya. Kitaorang cuma bantu aje sebab nak mencuba hehehe..
Dan menu sayur tu pun, kami hanya guna sayur pucuk ubi aje. Ikutkan orang Sarawak makan, mereka guna sayur Midin atau pucuk paku, ehhh ikutlah suka kroang ek hahahaha.. Juga kitaorang goreng ikan kembong aje sebagai menu sampingannya.
Resepi Sambal Belacan Untuk Ambuyat @ Linut
Bahan-bahannya :
1 ketul belacan bakar
Cili padi @ cili biasa (ikut pedas memasing)
Perasa sedikit gula
Jus limau secukupnya
Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan kedalam lesung batu atau blender pun boleh.
Tumbuk @ kisarkan sehingga lumat. Siap!
Resepi Sayur Pucuk Paku / Sayur Midin
Bahan-bahannya :
500G pucuk paku @ pucuk midin dibersihkan dan dipetik (kami guna pucuk ubi)
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak sayuran
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu makan belacan
1/2 cawan air
Santan secukupnya
1 biji cili merah dihiris untuk hiasan
Cara membuatnya :
Tumis bawang putih, bawang merah dan belacan.
Masukkan santan dan air secukupnya
Masukkan sayur pucuk paku dan garam.
Masak hingga empuk. Hiaskan dengan cili merah.
Bila dah siap semua masak, korang hidangkan, then masa nak makan, korang ceduk semua masuk dalam pinggan macam gambar atas tu. Kemudian makanlah. Kata Sunah, tengah panas tu kena makan cepat-cepat, baru sedap.
Tak kisahlah rasa dia apa, janji Sis dah pernah mencubanya hehehehe..
[Baca juga] : Apa Rasa Ambuyat @ Linut
So korang apalagi? Kalau teringin nak mencubanya silalah cuba. Janji dah pernah cubakan..Mana taus ekali cuba, korang sukakannya..
P/S: Hahahaha ingat aku tak tau 'kau' yang bagi? Jangan ingat aku nak pakai!! Biadap!!..
pernah dengar tapi tak pernah tahu rupa ambuyatni macam mana. kiranya macam makan nasi dengan lauk la. kalau pi sarawak kena cuba ni..hehe
ReplyDeleteTeringin nak makan dengan lauk2nya tu, Lin
ReplyDeleteAmbuyat ni memang acquire taste kena biasa dulu texture dia hehehe...
ReplyDeleteKena belajar cara makan ambuyat yang betul. Saya pun banyak kali cuba, tak pandai makan dengan lauknya sekali. Lama-lama makan jew dengan sudu, tak pandai guna candas.
ReplyDeleteWahh tak pernah lagi rasa ambuyat ni... Teringin juga nak try
ReplyDeleteWow!!! nampak mcm best jer...
ReplyDeleteWahhh... Teringinnya nak mencuba... Nak kena cari tepung sagu rumbia nih...
ReplyDeleteDah mcm pengganti nasi kan..mkn mcm nie cnfirm kenyang kn..
ReplyDeleteWow thanks for the recipe, it does look delicious and not too difficult to cook after reading this detailed guide of yours.
ReplyDeleteMarsha dah lama teringin nak makan ambuyat ni. Tak pernah rasa lagi. Boleh la follow resepi akak nanti.
ReplyDeleteThanks for sharing, I would love to give this a try in the future, looks delicious.
ReplyDeleteTak pernah makan Ambuyat. Pernah tengok gambar je. Memang kena cicah dengan segala kuah la sebelum telan. Nampak macam seksa pula nak makan ambuyat camtu jer. Hahaha...
ReplyDeletebelum pernah cuba ambuyat ni. pi sabah pun tak mencari haha. nampak macam pelik je hehe. nanti2 la cuba
ReplyDeletesedap ke...nampak macam bubur halus pekat pun ada kan. tak pernah try lagi ni
ReplyDeleteSedap nampak ambuyat ni..tp sisyat xpernah try lagi. Kalo ada yg dah siap, nak juga try 😁
ReplyDeletewow is this Traditional Malay dish? Look very nice to eat with porridge or rice. I shall try to make it follow your recipe.
ReplyDeleteBahannya tak banyak pun ya nak buat ambuyat ni, macam boleh try. Selalu tengok orang makan ambuyat ni macam tu je, taktau pulak boleh makan degan lauk.
ReplyDeleteTeringin nak rasa ambuyat ni. Dulu masa pergi Brunei, tak sempat cuba. Agaknya tak semua restoran kat sana ada jual.
ReplyDeleteNad tak pernh rasa ambuyat ni.. Tengok orang makan macam sedap.. Ada juga rasa gelinya.. Haaha.. Tapi biasalah makanan rare macam ni mesti nak cuba kan
ReplyDeletewhat a unique, traditional and beautiful dish. thanks for passing down your knowledge for more people to know!
ReplyDeleterindunya nak makan linut. buat sendiri tak pernah jadi.nak kena balik kampung baru dapat makan. 😅
ReplyDeleteSeumur hidup tak pernah makan lagi. Teringin nak try. Btw sis bagi pesanan kat sape tu? Garangnyaaa 😅
ReplyDeleteDah kenapa tertarik dengan ayat last tu..hahaha..tp xpernah try ambuyat ni. Nak masak kena pk banyak kali la juga kan..hihi
ReplyDeleteThanks for sharing this special recipe, would love this try them! And this will be my first time!
ReplyDeleteKak pun blm pernah mkn Ambuyat ni, masa gi sarawak dulu pun xpernah mkn
ReplyDelete