TELEPORT AIRASIA SEDIA HANTAR VAKSIN COVID-19 | Teleport, syarikat logistik milik AirAsia Digital bersedia dan komited untuk menyokong pengedaran vaksin COVID-19 di rantau ini, melalui rangkaian AirAsia yang merangkumi 125 buah bandar di Asia Tenggara.
Sejak pandemik COVID-19 bermula pada awal tahun ini, Teleport adalah antara syarikat pertama yang menyediakan perkhidmatan penerbangan sewa khas kargo sahaja untuk menghantar bantuan perubatan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ke hospital-hospital dan para petugas barisan hadapan di bandar-bandar utama, walaupun sempadan antarabangsa ditutup dan penerbangan AirAsia dihentikan sementara.
Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata, “Pengedaran vaksin bukan sahaja merupakan keperluan global, malah ia dijangka dapat memulihkan ekonomi dunia dan meningkatkan permintaan perkhidmatan industri penerbangan.
Sebab itulah kami berusaha untuk menumpukan kepada sumber, teknologi dan infrastruktur bagi rantaian bekalan serantau dan perkhidmatan penting. Kami akan bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan rakan kongsi kami untuk memastikan vaksin dihantar kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus untuk memastikan wabak COVID-19 dapat dibendung.”
Sebagai syarikat logistik berteknologi, Teleport juga membangunkan teknologi integrasi (API), pengeluaran digital AWB, dan teknologi bersepadu dengan terminal kargo bersama Ground Team Red (GTR), rakan kongsinya di bawah hab AirAsia dan SATS di beberapa buah pasaran utama.
Teleport juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pantas dalam masa 24 jam meliputi pengangkutan udara, pelepasan kastam dan penghantaran menyeluruh di sekitar ASEAN dan Asia-Pasifik. Kejayaan secara konsisten ini merupakan bukti usaha Teleport dalam menyokong perkhidmatan penting, terutamanya industri kesihatan.
[Baca Juga] : Teleport, Syarikat Logistik AirAsia, Memperluas Perkhidmatan ke 70 Bandar di Asia Tenggara
P/S: Moga dipermudahkan semuanya, dan semoga Malaysia juga seluruh dunia akan membaik seperti sebelumnya, aamiinn..
moga segalanya dipermudahkan
ReplyDeleteAamiinn, sama-sama kita doakan..
Delete