WORDLESS WEDNESDAY - MEE REBUS SUNGAI CHAT

Sis Lin
15
WORDLESS WEDNESDAY - MEE REBUS SUNGAI CHAT | Mesti kang ada yang tanya, mana nak dapatkan Mee Rebus Sungai Chat ni kan? Ye laaa biasa kalau makan Mee Rebus, mestilah makan di kedai makan, warung ke, atau restoran je kan. Tapi yang Sis tunjuk ni, korang boleh dapatkannya di Thistle Hotel sepanjang bulan November ini. 

Hehehe mangkuk besar ko! Sis dah rasanya dulu sebelum keluarmya promosi ni sewaktu Sis pergi food review makan Nasi Dagang untuk promosi bulan Oktober yang lepas. Alhamdulilah, nak kata sedap sangat kang ada pulak yang mencebik mulut. Sedap tu subjektif. Bagi Sis okaylah, ada rasa Mee Rebus, bukan rasa Mee Soto hahahaha. 

Set Mee Rebus ni beserta sekali dengan minuman Teh Tarik dan juga 2 keping Otak-Otak Johor. Ianya terjual pada harga hanya RM 14.90nett per-set. Tapi hanya boleh dine in atau in-room dining sahaja ok. 

Mee Rebus Sungai Chat 
Bermula 2 Nov - 30 Nov 2020
Jam 12.00pm - 10.00pm (Isnin hingga Ahad) 
Per-set hanya RM 14.90nett termasuk Otak-Otak dan secawan Teh Tarik!
Tempahan meja : 07-222 9234

Mee Rebus Sungai Chat

Mee Rebus Sungai Chat

Mee Rebus Sungai Chat


P/S: Agak-agak bulan Disember promosi apa pulak ekkk... mari kita teka! Hahahaha... 

Post a Comment

15Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Fuh mee rebus. Sedapnya la. Lagi sekarang musum hujan ni. Dapat hirup kuahnya nikmat. Yang main peranan kuahnya kan Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha PC punya ayat bikin kecurr air liur hahahaha

      Delete
  2. Tengok gambar terasa macam dah lama tak makan kat luar. Sedapnya la kan.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni tunggu bulan 12 laaa baru b oleh Aien...huhuhu

      Delete
  3. nampak sedap
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  4. mee rebus kena waktu ptg time hujan dgn teh tarik..sedapnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan waktu hujan manyak syokkk kannn Atie..

      Delete
  5. bulan disember pergi negeri Kedah pulak lah.. Nasi Royale please..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Kedah PKPB so tak boleh, aku rasa Nasi Kerabu,sebab Kelantan tak PKPB hahahaha

      Delete
  6. Lama tak pekena mi rebus johor. Huhu

    ReplyDelete
  7. Yup, kita pun baru makan malam tadi, hehehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!