WORDLESS WEDNESDAY - SAMBAL BILIS PETAI | Tengok pepagi ni terliur pulak weii hahaha. Takpe masih ada lagi tu dalam semangkuk kecik, kang makan tengah-hari boleh bedal makan hahahaha. Sambal Bilis Petai ni Sis masak semalam petang, masak sempena adik-adik dan anak sedara datang ke rumah bermalam dua tiga malam di rumah Sis, so Sis masaklah beberapa menu lain selain dari Sambal Bilis Petai ni.
Resepi takde susah sangat, versi style Sis masak sonang aja. Korang tumbuk bawang besar atau kecik, beserta dengan bawang putih, belacan dan cili api, tumbuk hingga lumat kasar, jangan halus sangat, nanti tak sedap. Kemudian goreng ikan bilis garing, masukkan bahan tumbuk tadi, tumis sampai kering, then last sekali masukkan petai, gaul-gaul kejap..tutup api..
Siap! Hidang makan dengan nasi panas, yumsss..
P/S: Dah siap frozenkan sebekas untuk Suami, senang nanti kalau nak makan kan..
sedap ni kalau dapat makan petai...
ردحذفMakan dengan nasi panas kan Mia, perghhh
حذفpagi² bekfes nasik dgn petai... boleh ke sis? hehehe
ردحذفHahaha boleh KakMin, makan dengan nasi sejuk, tuang kicap, arghhh sedapnyaaaa
حذفoh maaf saya tak makan petai 😝
ردحذفHahahahaha cuba sekali cuba hahahaha
حذفsambal ikan bilis tu da menarik then ada petai pula.. lagi la tak boleh tolak, mau makan 2/3 pinggan ni
ردحذفTau takpe, makan tak ingat pinggan nasi hahahaha
حذفSaya potong petai nipis2 lagi baru onz
ردحذفMUla nak buat gitu Ajan, sekali tak rajin hahahahaha
حذف