ZIKIR HARI JUMAAT - YA ALLAH!

Sis Lin
17
ZIKIR HARI JUMAAT - YA ALLAH! | Lagi banyak kita baca, InshaaAllah, lebih banyak pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. kepada kita. Zikir bererti ingat atau sebut. Dalam erti kata lain, ia bermaksud mengingati Yang Maha Esa dengan menyebut kalimah suci dan nama-nama Allah.

Selain daripada ibadah lain seperti bersedekah; amalan zikir adalah satu amalan yang memberikan manfaat kepada orang yang mengamalkannya. Lebih-lebih lagi pada Hari Jumaat. Mari kita fastabiqul khoiroots, berlumba dalam kebaikan. Berpikir baik, berkata baik, berbuat baik semua dari hati yang baik Lillahita'alaa..

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah! Bersama-sama mengamalkannya. 
Sebaik-baiknya, zikir ini dibacakan sebanyak 1000 kali, secara berulang-ulang.

Zikir Hari Jumaat - Ya Allah!

Banyakkan berzikir dan berselawatlah ke atas Nabi terutama pada hari Jumaat.

Doa makbul, dosa kecil terhapus;

Selawat juga sangat digalakkan untuk diperbanyakkan pada hari Jumaat. Dalam hadis sahih riwayat Ahmad, daripada Aus ibn Aus r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: “Hari-hari kalian yang paling baik adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Nabi Adam A.S, padanya diwafatkan Nabi Adam A.S, padanya berlaku tiupan sangkakala dan padanya berlaku kiamat, maka kalian perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat.”

Imam al-Sakhawi menukilkan pandangan Imam al-Shafie: “Daku menyukai untuk perbanyakkan selawat kepada Nabi pada setiap keadaan dan apabila berada pada malam dan siang hari Jumaat, maka keinginanku akan bertambah sangat kuat untuk berselawat.”

Kepentingan berselawat pada hari dan malam Jumaat ini mendorong sebahagian ulama berpendapat sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Haitami bahawa: “Sesungguhnya menyibukkan diri dengan memperbanyakkan berselawat kepada Nabi S.A.W. Pada hari dan malam Jumaat adalah lebih besar pahalanya berbanding membaca al-Quran kecuali surah al-Kahfi kerana wujud keterangan daripada hadis yang menggesa kepada pembacaan surah al-Kahfi pada malam dan siangnya.”

Menurut Sheikh Abd al-‘Aziz al-Dabbaghi, kebarangkalian pandangan ini disebut setelah wujudnya banyak hadis yang menggalakkan umat Islam berselawat pada hari dan malam Jumaat.

Hikmah memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat telah disebut oleh Imam al-Qastalani dengan membawa pandangan Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah.

Katanya: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah penghulu sekalian manusia dan hari Jumaat adalah penghulu segala hari, maka berselawat kepada baginda mempunyai keistimewaan tersendiri yang tiada pada hari-hari yang lain bersama-sama dengan hikmah yang lain pula, hikmah tersebut ialah bahawasanya segala kebaikan yang diperolehi oleh umat baginda di dunia dan akhirat hanyalah semata-mata berpunca dengan perantaraan Nabi S.A.W.”

Justeru, umat Islam perlulah memperbanyakkan selawat kerana ia boleh memakbulkan segala permintaan dan menghapuskan segala dosa kecil. Umat Islam juga digalakkan berselawat terutamanya pada hari dan malam Jumaat.


P/S: Alhamdulilah, tak solat tak mengapa (perempuan), Allah bagi cuti (ABC-uzur), tapi basahkan bibirmu dengan berzikir.. 
Tags

إرسال تعليق

17تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Jadikan zikr mainan bibir, terus meresap ke hati.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Amie, alhamdulilah, sama-sama kita amalkannya..

      حذف
  2. terima kasih atas perkongsian sis lin. semoga mendapat kebaikan

    ردحذف
  3. الردود
    1. Yaa PC, menaip blog pun kita boleh gak berzikir kan...

      حذف
  4. insyallah..masih tak dapat amalkan lg smpai 1ooo..

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa sama jugalah kita.. tapi takpe, at least buat dari takde...

      حذف
  5. Yaa betul Kak.. marilah kita amalkan supaya jadi kebiasaan..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!