AKU BUKAN BANYAK MASA NAK NGADAP BLOG, TAPI AKU CURI MASA

Sis Lin
13
AKU BUKAN BANYAK MASA NAK NGADAP BLOG, TAPI AKU CURI MASA | Ramai ingat Sis ni banyak masa sampai update blog tiga empat kali sehari. Dan juga ada yang kata, Sis ni takde kerja, so bolehlah mengadap blog aja, hurmmmm orang macamtu, pemikirannya cetek bagi Sis. Tapi tak apa, sebab dek kata-kata mereka itu, so tercetuslah idea Sis nak buat satu posting mengenai 'masa' ni..

Kalau nak bercakap mengenai masa. memang banyak nak di kupas. Cuma semua orang pun tau pepatah mengenai masa ni, 'Masa Mengejar Kita', juga 'Hargai Masa Selagi Ada'... so untuk kejar dan hargainya, kita sendiri laaa yang kena susun dan kena pandai bahagikan masa tu. jangan sampai kita banyak buang masa, faham tak di situ?..

Okaylah posting kali ni lebih bercakap mengenai masa Sis sendiri. Semua orang tak sama masanya, ada yang sibuk mengurus anak kecil, ada yang sibuk bekerja di opis sampai kerja bawa ke rumah, ada yang memang takde masa langsung sebab ada jee kerja nak di buat.. tapi.... jangan pulak fikir Sis ni goyang kaki. Sis pun ada anak nak di bagi makan walau dah besar, Sis pun ada juga kerja rumah nak dibuat, dan Sis pun ada Suami nak di layan dan di belai... semua sama jee...cuma...

Aku Bukan Banyak Masa Nak Ngadap Blog, Tapi Aku Curi Masa

Kita perlu pandai bahagi masa dan kita adjust masa tu. Macam Sis untuk ngadap blog ni, Sis buat seawal pagi. Lepas aje Suami pergi kerja, Sis terus duduk blog dulu, bukak email dulu sebelum sambil-sambil buat kerja rumah. Jika Sis ada join task komen-komen di facebook tu, Sis selesaikan dulu, kemudian Sis update blog Sis satu posting, then bila siap, Sis tinggalkan kejap...

Sis buat kerja rumah seperti; menyapu, mengemas dapur, mengemop, then keluarkan lauk dan sayur untuk di masak, sambil tu mencuci baju di mesin. Sementara menunggu baju dalam mesin selesai, Sis duduk sarapan dulu sambil menunggu lantai kering dan ikan cair. Siap makan, Sis duduk lagi ngadap blog, kalau ada masa lebih Sis blogwalking, tapi kalau dah tiba masa nak masak, haaa tu yang tak terbalas blogwalking korang.. sebab Sis dah mulakan kerja rumah. 

Kemudian bila ada idea atau nak kena settlekan draft job, sambil masak, Sis terus buat, then Sis bila siap Sis schedule kan masa untuk publish. bila tiba masanya, posting tu jadi autopost laa, kalau ada lagi idea nak update, pun sama juga, Sis buat autopost sampai laa ke petang. Tapi masa dah publish tu, Sis dah tak duduk dekat laptop. Sis hanya pantau buka melalui handphone aje. 

Jujurnya memang masuk aje tengahari, Sis dah mula tak duduk di laptop, Sis buat kerja lain, membaca, atau kadang Sis layan handphone aje.. tapi blog tetap ada postingnya. Tapi orang tak tau, mereka ingat Sis ni duduk ngadap laptop kat blog 24jam..haperrr ko ingat Sis takde keje lain ke haaa??..

Sis bukan banyak masa nak ngahdap blog, tapi Sis curi masa... masa tu kalau pandai kita curi-curi, insyaAllah, bukan kata blog aje, banyak benda lain kita boleh isi dengan masa yang ada. Sibuk macam mana pun kalau korang keje, ada masa makan kan? ada masa nak pi berak kan? So tu semua 'curi masa' laaa tu.. tak semua orang makan 'on time', tapi semua orang akan berak 'anytime', so kena fahamkan istilah 'masa' tu... 

Aku Bukan Banyak Masa Nak Ngadap Blog, Tapi Aku Curi Masa

Sis lagi tabik spring bagi mereka yang pandai update blog guna handphone. Sis dulu pernah juga try dan mencuba, tapi masa tu blogger masih dengan interface lama, now bila dah bertukar baru, jadi kekok tak reti nak update guna handphone. Kalaulah Sis pandai update guna handphone...korang boleh bayangkan tak, berapa banyak posting Sis sehari? Hahaha... tak payah buat autopost, pergi mana-mana terus je update and post.. perghh dah macam facebook, bestkan.. 

Kadang kalau Sis pi travel pun, Sis dah siap-siapkan semua posting autopost, at least sehari satu post. Supaya blog Sis tu tak sepi dan bila ada pembaca setia datang berkunjung, sekurangnya ada posting baru di blog. Tak kisah laaa update pasal apa. Janji update. 

Tapi itulah, masa semua orang tak sama, sangat tak sama...

Kehidupan masing-masing pun tak sama, jangan di pertikaikan orang yang banyak masa dengan orang yang tak banyak masa. Masing-masing ada perjalanan masa masing-masing, sendiri yang kena urus masa sendiri. Tapi jangan kerana kesibukkan itu, kita lupa nak menjaga diri kita sendiri selain kita jaga Allah.. 

Bagi Sis jaga diri kita sendiri, bijak kita urus masa kita, maka semuanya akan Allah permudahkan. Jangan selalu sangat cakap 'takde masa', ayat tu tak relevan dah.. dulu Sis suka cakap macamtu, sampai akhirnya, 'apa yang aku buat sampai takde masa?', akhirnya Sis 'banyak buang masa' aje... tapi satu kerja pun tak siap...

Okaylah.. tu je laa nak Sis sampaikan mengenai pengurusan masa Sis menulis blog. Yang tak mengenali Sis memang yee akan kata begitu... mereka ingat Sis ni duduk 24jam ngadap blog... tapi takpelah..masa kita, hanya kita yang tau.. 

Happy blogging korang..


P/S: 12 tahun menulis blog, alhamdulilah..Suami memahami jiwa Sis.. 
Tags

Post a Comment

13Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bagus sis, ada rutin yang hampir tetap setiap hari..da macam bekerja dari rumah ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Sun, kalau tak buat macamtu, memang tak update lee blog aku dan banyak buang masa jee layan handphone...

      Delete
  2. SAplak bekerja kan...memang ada kekangan masa skit nak update blog..sebab tu banyak gambar makanan or resepi je dalam blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa SA sebab tu kata masa semua orang tak sama, kena pandailah kita bagi masa kan...

      Delete
  3. yg penting kena pandai bahagi masa dan commitment kalau nak berblogging ni.. mana boleh ckp and judge org tadak kerja boleh la berblogging or kaya sbb tu boleh travel selalu.... wah wah.... try tnyaaaa la how they manage their time and money first before ckp mcm tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Atie.. sibuk ke free ke, kalau kita pandai bahagi masa, semua masa tu tersusun elok je, sampaikan takde masa nak buang masa hehehehe

      Delete
  4. Wak dapat post 2 entri seminggu pun kira okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun dah okay Wak, itu je masa yang Wak ada, janji kita penuhi masa tu dengan aktiviti.. jangan asyik cakap takde masa, tapi satu keje pun takde buat...

      Delete
  5. tak kisah la kan kak bila-bila boleh update blog. saya ni kadang tak update blog tapi baca je blog korang as SR. bukan sebab banyak masa ke apa. saya ni tengah berdiri pon leh tengok handphone. internet di mana-mana kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Mar, tiada paksaan dalam update blog ni, masa sesaorang tu bergantung pada diri sendiri.. so jangan suka judge orang 'banyak masa' macamtu kan...

      Delete
  6. bagus la sis.. sebelum ini buat la juga camni update dan bw guna phone je. Cuma sekarang ini dah tak sempat. kerja hakiki tengah meninbum. kena settle satu2 dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah Sis bahagikan masa CikTie, ada kala memang bizi memang takde masa so memang tak update blog... jika ada masa tu, tu yang curi-curi update..

      Delete
  7. Saya update sikit sikit.. kadang kadang tu, dua tiga hari duk update untuk satu entri.. x siap siap.. hahahaha.. tapi sebab ada dateline, kena jugak push... bahagi sikit masa, korbankan sikit masa.. hewhew... Kalau jiwa nak menulis masih ada, selagi tu akan berblog... ewahhhhh! Moga kita dipermudahkan segala urusan... AMIN

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!