AKU MEMANG TAK ADA AKAUN KWSP, KALAU ADA AKU DAH MOHON SEMUANYA!

Sis Lin
16
AKU MEMANG TAK ADA AKAUN KWSP, KALAU ADA AKU DAH MOHON SEMUANYA! | Sis terpanggil nak menulis mengenai hal ini apabila ada berborak dalam group wahtsapp mengenai hal perihal permohonan KWSP i-Lestari dan i-Sinar ni. Then Sis pun adalah berkata; 'Korang kalau ada akaun KWSP tu, mohonlah jika layak, tak payah tunggu 'jika perlu', selagi ada peluang, mohon'...

Kemudian ada seorang ni menjawab dan bertanya Sis; 'Ko tak mohon ke? Asyik suruh orang je, sendiri mohon tak?'.. Kemudian Sis pantas menjawab; 'Aku takde KWSP'.. dan sorang lagi jawab; 'Ko tak pernah kerja ke?'.. Sis jawab; 'Pernah tapi dulu kerja form3, so tak layak buat akaun KWSP, kemudian kerja lepas SPM sekejap, tapi gaji cash, then terus kahwin, terus sampai sekarang tak kerja'..

Tiba-tiba ada ayat spontan seorang ni menjawab; 'Tu laa gatai sangat kawin awal, kan takde simpanan KWSP, harap duit Laki sekarang bukannya senang nak dapat, tu kalau dapat, kalau tak dapat, nak beli apa pun duk menganga'... Terus Sis baca macam ermmmmm...ini ayat gurauan atau ayat apa ni?.. yang lain-lain dalam group tu semua diam tak mencelah dan Sis menaip, tapi delete, taip delete, macam malas nak send.. so lama-lama diam lebih baik jelah laa tanpa menjawab dari ayat kawan tu dan sehingga kini semua diam...

Aku Memang Tak Ada Akaun KWSP, Kalau Ada Aku Dah Mohon Semuanya!

Gini laa yaaa.. ini bukan istilah gatal ke apa ke nak kawin muda tu, tu semua tentang jodoh dah sampai, janji aku tak kawin dengan Laki orang okay!.. dan alhamdulilah, walaupun takde duit KWSP pun, tapi Sis ada amik loan simpanan ASB, surirumah ni tau, bayar tetiap bulan,..at least tua sok ada gak lee Sis duitnya, walau tak banyak, ko hado?.. geram pulak kita.. 

Syukur hidup Sis sempurna, cukup seadaanya, walau dulu awal-awal kahwin memang kami Suami isteri agak susah nak mulakan hidup. setahun kawin dah ada anak.Macam-macam yang kitaorang lalui. Ke hulu ke hilir naik kapcai aje. Tapi tak pernah menyusahkan mak bapak nak minta sara hidup kami. 

Dan tapi tak pernah dan menyesal salahkan kawin muda ke sampai takde akaun KWSP tu. 

Harap duit Laki? Yaa memang jujurnya Sis surirumah sepenuh masa, memang takde income masa awal kahwin hinggalah sekarang. walau ada buat job blogger sekarang ni, tapi bukanlah income yang tetap dapat setiap bulan. Duit adsense? Bukan tiap bulan dapat claim pun. Duit review? Alaa berapa sangatlah, sekali belanja anak-anak makan, Sis kena tambah lagi ada, so memang mengharap duit Suami. Tapi tu Suami aku, bukan aku mintak dengan Suami ko! Ada fahamm..

Nak beli apa tak dapat? Kalau tak mintak mana nak dapat, mintaklah kann, dah itu Suami kita, kalau tak mintak kat dia, nak mintak kat laki ko ke? Yaaa memang tak semua Isteri dapat apa yang dia minta, sebab income Suami memasing berlainan. Ada yang gaji, ngam-ngam nak buat belanja rumah, so padan laa juga kalau mintak tak dapat. tapi bukan tak dapat, kena sabar menunggu.. bukan harini minta, harini dapat. Bagilah masa Suami tu adjust income dan urus wangnya dulu, ada lebih, barulah Suami bagi dan belikan.

Sis dah rasa hidup susah nak bina kehidupan Suami Isteri, tapi belum pernahlah sampai tak makan, cuma kesempitan wang dan gaya hidup aje yang kami struggle sangat dulu. Sama-sama menangis Laki Bini nak tidur kenangkan apalah nasib anak nanti, dan macam-macam lagi laa.. Tapi berkat kesabaran dan kerja keras Suami, alhamdulilah, cukup seadaanya kami sekarang. 

Lagi satu, tak reti-reti nak menabung ke? Dah tau rasa nak itu nak ini, haaa duit Suami bagi tu, simpanlah kan, sikit-sikit kalau simpan, lama-lama jadilah banyak. Tu pun tak reti ke..

Sejujurnya, Sis hidup sebagai Isteri tak pernah meminta-minta Suami belikan, bukan nak duduk bakul angkut badan sendiri, tapi realitinya gitu. 27tahun kawin, korang tanyalah Suami Sis, takde pernah Sis meminta, hanya baru dalam 5 tahun ini, Suami beri reward 'Me Time', tiap satu tahun Sis pergi bercuti ke luar negara bersama kawan Sis. Suami sponsor all-out. Alhamdulilah, tu pun ada juga yang jeles!

Katanya Suami, hadiah setelah penat lelah menjaga rumahtangga dan membesarkan anak-anak. Yaa Sis dari anak mula sekolah tadika hingga ke habis sekolah SPM, ketiga-tiga mereka dari pagi hingga bawa ke malam ke tempat ngaji dan tuisyen Sis sendiri hantar dan menunggu. Sampaikan ada ketikanya rasa terabai masa nak layan Suami gara-gara sibuk urus anak di luar aje. Tapi alhamdulilah, Suami faham dan Sis puas dan ikhlas menjalankan tanggungjawab sebagai Ibu dalam membesarkan anak-anak. 

Tak pernah mengeluh, sebab tu Sis selalu berdoa moga Suami pandang keikhlasan Sis dalam menguruskan rumahtangga. Bukan kata dia tak pandang, tapi jika tau akan 'masa' yang dah Sis korbankan, at least Suami kita ada sifat bertimbang rasa dan ringan tulang dalam membantu membuat kerja rumah, so tak harap sepenuhnya pada kita. Contohnya; kalau Sis tak sempat masak lauknya, dia makan aje apa yang ada, kalau sinki ada pinggan mangkuk, dia tolong cuci, sama juga kalau baju kerja, mana yang dah Sis siapkan sebelum hantar anak sekolah, itulah dia pakai. Tak cerewet. 

Aku Memang Tak Ada Akaun KWSP, Kalau Ada Aku Dah Mohon Semuanya!

Kerana tak ada KWSP tu laa Sis menjadi seorang ibu muda yang dah selesai menjalankan kwajiban sebagai seorang Ibu dalam menguruskan anak-anak sekolah. Now anak-anak dah besar panjang, ada sorang dah bekerja, dan lagi 2 orang sedang Diploma dan Master lagi. 

Kerana tak ada KWSP tu laa Sis jadi lebih berdikari dalam menguruskan serba serbi urusan rumah tangga dalam usia muda seawal 19tahun. Dari tak tau masak, dah kita teror laa sekarang hahaha..

Kerana tak ada KWSP tu laa Sis menjadi seorang ibu muda yang melahirkan anak seusia 19tahun dan menjaga, mengasuh, mendidiknya sendiri tanpa bantuan sesiapa dan tidak ada sebarang pengalaman dan hidup sejak duduk berasing dari orang tua selepas berkahwin. 

Dan kerana tak ada KWSP laa Sis menjadi seorang Isteri yang di manjakan Suami, tiap bulan dapat duit gaji, tiap tahun dapat bercuti ke luar negara, dan masa lebih tertumpu kepadanya. Alhamdulilah.. 

Makanya, kita kena bersyukur dengan perancangan Allah buat kita. Ada KWSP tak semestinya menjaminkan kesenangan, dan tak ada KWSP tak semestinya tak ada simpanan. kena bijak dalam menguruskan kewangan barulah datangnya kemewahan. 

TAPI... kalau Sis ada KWSP, Sis akan mohon semua apa yang kerajaan bagi. Yaa tau itu duit untuk hari tua, tapi kita tak tau tua kita sampai umur berapa hidupnya. So selagi ada peluang nak bagi merasa, amiklah.. esok-esok mungkin kita perlukan duit tu. Dah dapat duitnya, amik dan simpan, sesak-sesak boleh guna. 

Yang taknak amik tu pulak, jangan duk mengutuk orang yang amik, kita tak tau masaalah orang, so baik kita diam dari berkata-kata yang membawa 'dosa kering'.. Kan elok kita doakan sesama, moga wabal Covid19 ni segera pulih dan ekonomi negera kita malaysia akan pulih seperti biasa.

Okaylah panjang pulak bebelnya.. So buat kawan yang mungkin baca tu, yaaa aku memang tak ada akaun KWSP, kalau ada aku dah mohon semuanya!!.. 

Posting ini hanya luahan  dari isi seorang surirumah bernama Sis Lin. Tiada kena mengena dengan kehidupan orang lain.  Sekian.. salam dari i .. 


P/S: Alhamdulilah.. terima kasih Ya Allah atas segala yang telah Engkau rancang untukku.. syukur alhamdulilah.. 
Tags

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Dan ako is jeles sebab ko takde kwsp tapi ko ada LAKI !!!! hahahhaa... huhuwaaaaa

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha oii lawak ar ko punya komen, sengal.. nak Laki tak? :p

      حذف
  2. Allah dah susun cantik perjalanan hidup setiap dari kita kan sis? Alhamdulillah syukur atas apa adanya :)

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Puan Hazel, kita bersyukur seadaanya apa yang dah Allah rancang buat kita..

      حذف
  3. Post link ni kat whtsp grup tu, Lin. Akk nak komen takut nanti lagi panjang dari entry ko ni, hahaha.

    Kawan tu jealous beno ek dgn org kahwin awak, hurmmm.

    ردحذف
    الردود
    1. Rasanya dia dah baca Kak, sebab pagi ni dia tanya, 'Ko marah aku ek Lin?' hahahaha.. sampai sekarang kita tak jawab...

      حذف
  4. Baiklah! I am Noted. i mohon semuaaaaaaanyaaa.. Rezeki dah ado, apply aje.. kan. kannnnn..... Takpa takda kwsp, ada rezeki dan kebahagiaan lain... gituhhh...

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Nona, duit kita, selagi ada peluang nak merasa tu, amik je laaa..

      حذف
  5. Kita geng
    Wak pun takde akaun KWSP
    Cuma ada Kumpul Wang Sawit Persendirian.

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe ada le juga Wak..saya terus nan adooo hahahaha

      حذف
  6. aku ada kwsp tapi tak banyak la..tu pun aku da try apply gak dua hari lepas..mudah2an dapat la keluarkan walau sikit...nak buat bayar apa yang patut...

    ردحذف
    الردود
    1. Aku doakan moga permohonan ko berjaya Sun, boleh belanja aku kopi hahahaha

      حذف
  7. Kahwin awal, blogger berjaya duit tak loket, apa masalahnya ??? igt ada KWSP menjaminkan ke???? eh mulut

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Atie.. rezeki dan bahagian memasing.. tak pernah rasa kesal pun tak bekerja dan tiada kwsp..

      حذف
  8. Uwh baru tahu. Takpe sis ada banyak je lubang rezeki. Ena pon hidup susah darjah 3 dah jual nasi lemak. Even da resign tapi jenis tak reti diam. Freelancer je kat rumah. Sebab dah biasa pegang duit sendiri. Hehe. ASB loan tu pon buat jaminan masa depan. Patutlah sis muda mcm kakak je dengan anak

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe iyeee Ena, kawin muda gini laaa..tak bekerja dan takde akaun kwsp.. so biarlah orang nak kata harap duit laki ke kan, janji kita tak minta duit orang..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!