AKU TAK FAHAM, KENAPALAH SUSAH SANGAT ORANG NAK WANGIKAN KETIAK MEREKA!

Sis Lin
28
AKU TAK FAHAM, KENAPALAH SUSAH SANGAT ORANG NAK WANGIKAN KETIAK MEREKA! | Sis rasa kalau korang baca pun korang mesti pernah hadapi situasi yang sama kan? Memang Sis tak faham, kenapalah susah sangat orang nak wangikan ketiak mereka, sedangkan bukannya nak modal besar pun! Hanya beli ubat ketiak atau apa aje laa yang boleh mewangikan ketiak tu, takkan diaorang tu tak tercium bau ketiak sendiri ekkk!.

Kadang tu kan, ada je Sis jumpa, bila lalu aje, perghhh ashemmmmnyaaaa... hamis, maung, tenghekkkkk pun ada, sampai kekadang tu kita sendiri pulak nak cium ketiak sendiri dan berkata, 'Eh, ketiak aku ke yang bau ek?'... sampai macamtu sekali ko positifnya kita. 

Dan sampai tahap ada ketikanya dah tak boleh nak tahan, hidung duk terkembang terkempis, nak je tegur, tapi ishhh kang tak memasal, menjatuhkan air muka dia je, walaupun kita cakap PM tepi kang. Tak memasal terus tak nampak muka dia depan Sis, atau kalau ada Sis je, dia takde sebab malu, jangan buat hal yaaa.. kita tak suka! Makanya tadah aje laa lobang hidung ko tuu dengan aroma drastik!. 

Aku Tak Faham, Kenapalah Susah Sangat Orang Nak Wangikan Ketiak Mereka!

Bagi Sis sebagai perempuan, bau ketiak tu nak kena jaga laa, jangan sampai ko angkat je tangan, bau ketiak tu dah menguasai keliling ko, kan kita sendiri boleh bau kan? ke korang punya ketiak kat belakang? Tu tak tau laaa kan..

Tapi... lelaki pun sama okay kena jaga! Suami Sis selalu memang Sis sediakan dan belikan ubat ketiaknya supaya ketiaknya wangi. Ye laa dah kita yang nak tidur bawah ketiak dia, mestilah nak wangi-wangi sama, kang kalau bau kang, nayaa jee, hilang nafsu makan! hahahahaha..ngokkk...

Jujurnya, memang kekadang masa pergi event aje laa, ada certain tu memang ada ketiak yang berbau, sedangkan ko dah tau nak pergi eventkan, so pakailah wewangi kan, takde ubat ketiak, modallah beli minyak wangi agak mahal sikit. Mahal tu sebab, bila mahal, wanginya kekal lama sikit, kalau murah, memang ko spray, kejap aje laa baunya hilang. Haa gitu kekdahnya..

Takde minyak wangi, belilah ubat ketiak oiii, macam Sis tu, guna Rexona aje, lepas mandi ko selet-selet sekali dua kat ketiak tu, then sepanjang hari tu insyaAllah takde bau ketiaknya, sebab Sis dah test! Kalau ko pegang ketiak ko time petang ke malam ke, pastu ko cium laaa tangan ko tu, kompom takde bau tenghekkkk..

Nak geli apanyaa, ketiak ko, bukan ketiak orang, tak buat gitu, mana ko nak tau ketiak ko bau ke tak, ngekkkkk... modal pun tak mahal, nak murah tunggu sale, beli pek kembar, baru tak sampai pun doploh hengget!!.. Tu pun nak cakap ke aaaa..

Mahal juga? Ko guna aje laaa kapur dan limau, bancuh letak tepi kolah! Lepas mandi selet.. sebulan kemudian, wangi hilang, tapi ketiak hitam berkarat, ermmmmm... kenapa? Ko gugel sendiri.. 

Aku Tak Faham, Kenapalah Susah Sangat Orang Nak Wangikan Ketiak Mereka!

Rutin harian Sis memang lepas mandi Sis akan pakai ubat ketiak Rexona ni, memang hanya Rexona aje Sis guna, kalau pakai jenama lain ketiak Sis tak serasi, akan jadi gatal, tapi kalau pakai Rexona ni, ketiak elok je tak gatal dan bersih. So memang kekal dengan Rexona aje, bau tak kisah, janji Rexona. 

Then Sis akan pakai laa spray body mist Victoria Secret yang Sis memang guna dari dulu sampai laaa sekarang! Kalau lepas mandi kalau tak pakai memang tak sah rasa persiapan lepas mandi hahahaha.. Bau pun tak kisah, janji VS tu laa.. beli one set dapat harga murah. 

Kemudian barulah pakai minyak wangi kalau nak keluar rumah. kalau tak keluar tak pakai, hanya pakai VS tu jee.. Tu pun dah wangi sepanjang hari. Kadang sampai Suami tegur,'wangi-wangi nak gi mana?' hahahahaa terus nanti Sis jawab, 'wangi nak duduk sebelah you laaa', hahahahaha uwekkkkkk...ada yang muntah hijo ke baca hahahahaha... 

Tapi baru-baru ni Sis terpesona dengan bauannya minyak wangi yang kawan Sis jual dan dia buat sendiri harumannya, namanya Le-Duft Parfum. Memang tersangatlah wangi oii, sekali pakai, dari pagi sampai ke petang melekat baunya kat tudung dan baju, sampaikan bag tangan ko pun bau wangi gara-gara bila bergesel dengan baju dan tudung kita, tersangat laaa Sis suka!. 

Sis memang dari dulu hingga kini suka akan bauan Gucci - Flora, so perfume Le-Duft ni pun ada juga bauan yang Sis suka, memang adore gile baunya.. Korang kalau nak cuba boleh contact Le’Duft Official HQ www.wasap.my/60196070909 atau boleh dapatkannya Shopee https://bit.ly/2KSJanL 

Harga mampu beli, mahal ke murah ke janji ketiak ko tak bau laaa oiii... ikut suka hati lee ko nak beli apa, janji cubalah cium ketiak sendiri yaa.. Jika ada sesiapa yang tercium ketiak Sis berbau, sila bagitau, Sis ko tak kisah, jiwa kental punya!.. no hurt feeling, sebab kita dah cuba untuk tidak membaukannya, tapi kalau nak bau juga, kita redha ajee laaa nokkkk hahahahaha.. 


P/S: Bila pakai ubat ketiak Rexona Sakura tu, teringat dak Sunah Sakura hahaha.. daku ingatmu di setiap seleten ketiakku gamaknya hahaha :p
Tags

إرسال تعليق

28تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sekarang ni sebab pakai pelitup mulut dan hidung, jaranglah dapat aroma yang kurang menyenangkan.

    ردحذف
  2. Paling nyampah masuk 1 lif dengan lelaki yg ketiak asemmmm... pelik diorang tak bau ke? Or wife tak bau ke? Kadang tengok baju kemas tp sekali lalu perkkkhhhhhh...

    ردحذف
  3. kalau bau diri sendiri pun dok risau..risau orang lain akan terbau jugak..Memang wajib pakai deodorant ni tau..barulah rasa confident nak ke mana-mana

    ردحذف
  4. kan? tapi ada juga yang saya kenal, ketiak dia tak boleh kena deodoran, gatal2 katanya.. dan ada juga disebabkan faktor material kain yang dipakai

    ردحذف
  5. hahahha ngoknyeeee, selet ketiak, ingat aku ek..hahahhaha!!! tu lerr, nak tegur kang malu pulak kan...adeii..tapi biasanya bau badan sendiri memang jarang kita bau kalau orang lain tak cakap..melainkan, dia betul2 cium ketiak dia..hahahah

    ردحذف
  6. Orang yg ketiak bau ni memang tak pakai deodorant kan

    ردحذف
  7. Ada orang tak pakai deodoran kat ketiak. Tapi tak tinggal minyak wangi sembur kat baju setiap hari. Ada juga yang dah buat semua tapi tetap ada bau badan mungkin kerana kerap dan mudah berpeluh dan disumbang juga oleh makanan apa yang dimakan.

    ردحذف
  8. memang hazab kalau naik tren lepas balik kerja, jenis badan bau bawang plak tu, minta ampun wehh, silalah wangikan ketiak ya hahaha

    ردحذف
  9. I also hope everyone use deodorant. It's very difficult to hold breath around these people for so long.

    ردحذف
  10. kalau tak boleh pakai deodoran pakai je la bedak ke. tak tahulah kalau orang yg ketiak berbau ni dia perasan ke tak yg ketiak dia berbau..huhu

    ردحذف
  11. Wak tak pakai deodran,
    tapi pakai batu ketiak.

    ردحذف
  12. Haha memang klu badan berbau terpaksa tahan baunua atau bernafas pelan2. Maybe org tu prrlu dibetitahu kut sebab dia tak sedar kut dia berbau... tapi nak cakap tu biar betul caranya supaya dia tak malu lak kan?

    ردحذف
  13. Bau badan ni masalah sungguh kannn... Sama gak tak faham pada yang tak ambik berat. Eeewwww... Kita pun suka rexona!

    ردحذف
  14. Kalau sesiapa yg mmg alergik deodoran tu, boleh cuba pakai Smelly-No-More atau yg seangkatan dgnnya. Dia takde bau wangi, tp dia menghalang bau busuk. Mahal sikit la, tapi boleh thn bertahun. Kalau nk murah, beli kt Thailand.

    ردحذف
  15. Tak selesalah kalau tak pakai, dekat rumah pun kita tetap pakai, yang tak pakai tu bau tengek tu menyegat hidung kite, nak srh kita teringat2 dia ke?.. Serius tak boleh hadam

    ردحذف
  16. sendiri saya cepat berpeloh n sendiri rasa x selesa kalau x pakai deodorant lagi2 kalo kena berdepan dgn orang. eeehhh xlehla mmg kena pakai even kat rumah pun..

    ردحذف
  17. Ini masalah utama especially nak pergi kerja dulu naik LRT lagi2 time peak hour.. bertahun tahun hadapi benda yang sama.. boleh spoil mood seharian taw.. :P

    ردحذف
  18. Well, basic kebersihankan. Ramai je macam tu sis. Kadang nak tegur malas sebab takut tersinggung. Tak tegur kang kita pulak terseksa.

    ردحذف
  19. hahaha your title is so funny. well, thank god for this product now everybody can smell great

    ردحذف
  20. Ye betul tu sis..lg tak paham kalo yg berbau tu pompuan haha..yg penting jaga kebersihan dan apply la semua produk2 yg patut di apply

    ردحذف
  21. Wajib pakai setiap hari walaupun tiyak kita wangi je hahaha! Yaya serasi sangat dengan vaseline deodorant best gilaaa

    ردحذف
  22. memang wujud org yg badan bau ni. kat opis iena ada yg mcm ni..lelaki ada perempuan ade... nak taip panjang komen isu ni tp tiap kali taip hilang page refresh..bnyk kali da huhu..iena sorang je ke alami ni..

    ردحذف
  23. Nasib baik ketiak kak xberbau kd xpernah guna deodoran, anak2 pun xguna gak. Mmg xfhm dorang ni xnak jaga ketiak dorang haaa

    ردحذف
  24. Org kalau jenis berpeluh kena pakai deodarant. Za mmg pakai tapi kena cari yg sesuai. Tapi serius mmg xtau yg ketiak busuk tu xleh bau sendiri ke. Haha

    ردحذف
  25. pernah dpt bos yg ada mslh bau bdn.. so ada member² yg nakal dia pi letak sebotol rexona atas meja bos siap letak riben lg.. haha haru betul lah time tu

    ردحذف
  26. Bahagian anggota badan ni mmg agak sensitif.. kena pandai jaga supaya org sekeliling tak geli

    ردحذف
  27. Ehhh, terlambat bacaaaa.. semalam x bau plak dedekat tiak siss... adehhhhh! Hewhewwwwhewwww....

    ردحذف
  28. This is one of my favorite roll on that I love to use everyday after bath... The smell refreshing and good!!!

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!