BLOG AKU KINI DAH 9 JUTA PAGEVIEWS! | Hampir lupa nak buat posting pageviews blog ni sampailah ada yang bertanya dan menegur, 'Takde entri khas ke 9 juta?', hehehe.. Sebenarnya niat asal tu ada, dah taip dah tajuk dan isinya, tapi duduk dalam draft, lupa nak sambung dan habiskan menaip, sampai pageviews dah melebihi 9 juta views dah.. Bukannya apa, dua tiga hari tu Sis sibuk melayan tetamu dan kemas rumah, sampai lupa entri dalam draft.
Tapi tak apalah, orang lain dah juta-juta pun tak kisah pun kan, Sis ko ni aje yang over-excited nau hahaha. Bukannya apa, ini juga sebagai tanda terima kasih kepada semua penbaca blog Sis baik secara terang-terangan atau pun pembaca senyap, mahupun jenis 'stalker' kakakakah..
Apa-apa pun sedikit sebanyak korang menjadi penyumbang views kepada blog Sis ni. Tahun ini bulan Ogos lepas, genap sudah 12 tahun Sis menulis blog. Terlalu banyak kisah suka dan duka yang dah Sis kongsikan di sini. Yang mengenali Sis dari mula Sis menulis blog mesti dah masak sangat dengan perangai dan cara penulisan Sis.
Sampaikan ada seorang sahabat Sis ni bagitau, dia kalau membaca blog Sis, dia membayangkan Sis berada depan dia hahaha..sampai begitu sekali ya.
Sebenarnya Sis ni tak kisah apa pun bab pageviews blog ni, sebab niatnya menulis sekadar minat dan kongsikan sesuatu yang bermanfaat. Yaa hati ni gembira bila apa yang kita kongsi tu menjadi manfaat buat mereka yang memerlukan. Sekurangnya ilmu atau info yang kita ada tu, kita panjang-panjangkan, dan jika ianya memberi manfaat, automatik kita pun dapat pahala kan..
Tak kisahlah info atau ilmu apa pun, resepi memasak ke, kata-kata motivasi ke, doa harian ke, bab solat ke, atau hal terkini mengenai hal dunia ke, janji bukan posting tu menjadi isu kepada pihak berkenaan je sudah atau cerita reka cipta, tu boleh jadi kes kang, silap-silap kang kena saman, sebab sebar cerita yang bukan sahih.
Sebab itulah niche blog Sis ni lebih kepada lifestyle blog atau senang Sis katagorikan blog Sis ni adalah personal blog, bukan portal atau pun ala-ala surat khabar online. Sis lebih suka cerita hal seharian dan aktiviti Sis aje macam sebelum awal dulu Sis menulis.
Cuma memang sekarang ada Sis selitkan media release dan juga review yang Sis buat, tapi tu pun Sis update ikut gaya penulisan macam mana suka Sis, Sis tak suka menulis dengan meniru gaya media menyampaikan berita, lebih suka gaya santai dengan cara Sis tersendiri. Yang faham ye faham, tak faham, harap maaf.
Sis tak pernah share tips menulis blog yang menarik perhatian pembaca di sini. So untuk hari ini Sis kongsikan serba sedikit apa yang Sis buat untuk blog Sis sendiri. Sis bukan pakar, tapi just kongsi apa yang Sis buat je.
Tips Menulis Blog Yang Menarik Perhatian Pembaca;
Jangan menulis mengikut gaya cara yang lama seperti kita menulis esei sekolah menengah.
Maksudnya: Sis menulis dengan gaya penulisan santai aje, tidak terlalu mengikut gaya penulis macam kita nak buat karangan. Lagi-lagi kalau ko buat review. Update tu biarlah macam 'natural', jangan terlalu nampak proper sampaikan nanti orang bosan nak membacanya. Faham tak?..
Gunakan bahasa yang mudah.
Maksudnya: Ianya lebih kurang macam di atas, jangan terlalu 'serius' dalam menulis, sampaikan satu-satu ayat tu ko susun macam pembaca susahnya nak tersenyum. Ikutlah niche blog ko, kalau blog ko jenis portal macam surat khabar online tu, haaa tu takpe, ni kalau niche blog ko tu just personal blog, tulislah dalam keadaan mood ko bercakap depan orang. Cara tu tu lebih menarik minat orang nak membaca. Faham tak?
Tajuk Yang Menarik Menarik Perhatian
Maksudnya: Ini penting. Jika isi blog ko tu menarik, tapi tajuk tu kurang menarik, percayalah...ramai orang tidak akan klik nak masuk membaca. Sis dah banyak kali cuba benda ni termasuk kalau ko update pasal review. Jangan terlalu menekankan pada tajuk yang terlalu nak fokus ke arah isi, cipta satu tajuk yang menarik agar orang tergedik-gedik nak membaca, kemudian terus suka akan isi yang korang tulis. Yang paling penting harus kita tekankan adalah, tajuk itu mesti spesifik, dan membawa maksud artikel yang hendak disampaikan. Faham tak?
Curi Perhatian Pembaca Blog Korang
Maksudnya: Menulis secara efektif. Apa yang Sis buat adalah, Sis fokus dan Sis tetapkan sehari berapa kali Sis akan update blog. Dan Sis akan susun tajuk mengenai apa yang akan Sis update untuk sehari. Contoh; Jika pagi tadi Sis dah update mengenai resepi, so tengah-hari Sis akan update pulak mengenai cerita sendiri, kemudian petang Sis akan update pulak media relase ke atau ada cerita menarik/info ke Sis akan update.
Malam? Biasanya malam Sis tak update, Sis fokus kepada facebook pages Sis, Sis akan share link di sana dan share ke laman sosial sana sini. So pembaca yang follow blog kita tu tidak bosan dan menunggu aje posting terbaru kita tu. Yang penting, mainkan ayat sebagai pembuka isi posting yang mencuri perhatian pembaca. Faham tak?..
Tuliskan Artikel Secara Terperinci.
Maksudnya: Terperinci tu bermaksud, apa yang pembaca cari di blog ko, mereka dapat apa yang mereka cari. Seolah mereka membaca seperti ko berada depan mata mereka, haaa begitu.. Dah macam 'face to face' laaa hahaha.. Tapi jangan sebab terlalu nak tulis details mengenai sesuatu isi, korang copy and paste memanjang yaa.. nanti automatik trafik blog ko jatuh menjunam..ini berdasarkan pengalaman Sis sendiri dahulu yang suka copy and paste secara bolat-bolat hahahaha..
Nak copy boleh, tapi ko createlah ayat tambahan sendiri dan gunakanlah gaya penulisan tersendiri. Ini tak, tiba-tiba jeee ayat yang ko copy keluar 'anda', sedangkan ko guna bahasa dengan pembaca 'korang'.. tak ke nampak sangat tu copy. Walaupun ko dah tulis 'sumber'nya dari mana, at least rajinkan lah diri ubah le sikit, tak salah pun, janji kreditkan sumber asal.
Menulis Sekurang-Kurangnya 800 Patah Perkataan.
Maksudnya: Ini paling berkesan sekali kalau korang buat dan praktikkan. Tak sampai 800 patah perkataan pun takpe, at least lebih dari 300 hingga 500 patah perkataan, janji ada perenggan-perenggannya dari mula sampai habis posting ko. Jika korang baca blog Sis, memang panjang-panjang Sis menulis, dari intro sampailah ke barisan P/S tu hahahaha.. Jangan terlalu pendek buat posting, rajin-rajinkanlah menaip panjang sikit ayat tu kalau nak pageviews tu lebih banyak viewsnya.
Keywords tu tolak tepi dululah, jangan di sibukkan.. Jika korang bijak menulis dalam setiap posting tu, automatik keyword tu sendiri masuk dalam carian blog. Kalau suka sangat amik kisah keyword tu, duk asyik kaji memanjang, sampai ke sudah blog ko tak juga ko update, so nak datang dari mananya keyword tu, kekekeke..
Gambar Menarik Perhatian
Maksudnya: Di sini maksud gambar tu Sis lebih suka fokuskan pada gambar pertama dalam setiap permulaan posting kita. Di mana gambar yang akan keluar di muka hadapan homepage blog kita. Haaa gambar tu laaa memainkan peranan yang penting. Jika korang perhatikan, mana-mana blog resepi atau mana aje laa blog yang hebat, gambar pertama mereka sangat menarik perhatian pembaca, tak payah orang lain kita sendiri pun kalau tengoknya kan.
Ye laa contoh; Resepi Sambal Belacan Sedap, tiba yang keluar gambar pertama tu, gambar pokok bunga. Kalau korang nak klik baca ke? Hahahaha.. jujurnya kita sendiri kalau nak klik satu posting tu pun sebab tertarik pada gambarnya kan? So macam tulaaa juga kita update blog kita. Faham tak?..
Okaylah itu aje perkongsian serba sedikit mengenai tips menulis blog yang menarik. Itu sekadar perkongsian Sis aje, kalau korang ada cara sendiri dan nak tambah lagi apa-apa tips lagi, sila tulis di komen aje. Sis terima dan sedikit sebanyak boleh membantu sesama kita kan.. Jangan lokek ilmu orang kata.
Dan tahniah juga buat salah seorang ahli JDT Blogger, NurFarahain yang dapat skrin shoot angka 9 000 001 blog Sis baru-baru. Yaa Sis ada laaa buat giveaway dengan Team JDT Blogger Sis kalau siapa yang dapat skrin shoot angka 9 000 000 juta tu. Walau takde yang tepat, tapi beza 1 nombor tu dah woww sangat dah.. so tunggu hadiah yang di janjikan ya Ain.. sedang dalam persiapan.
Btw.. terima kasih kepada semua pembaca blog Aku Sis Lin yang banyak menyokong dan memberi sokongan secara diam kepada Sis sendiri. InsyaAllah Sis akan terus menulis selagi ada umur yang sihat. Takde idea takpe, Sis cuba kongsikan apa aje yang Sis rasa perlu.. Cuma sekali lagi, harap maaf, tidak semua yang boleh Sis kongsi di sini, kerana tidak semua orang suka melihat kebahagiaan kita..
P/S: Hahahaha sudah tukar nama IG ka hahahahaha..
Tahniah sis..satu hari nnt nak ikut jejak sis tulis nlog panjang²..hehe😊🤗
ReplyDeletetahniah sis
ReplyDeletekeep it up kakak !
ReplyDeleteSyabas. Tahniah. Alhamdulillah. Terus semangat Sis.
ReplyDeleteTahniah dan syabas..blogger hebat.
ReplyDeleteYeay.... tak sangkaaa that time boleh screen shot pv. heheh..tq jugak dkt sis..sebab ain bljr update blog , cara nk save gmbr , cara update socmed dgn cepat ... suruh reply mesej pr dgn cepat... semua tu ain belajar dari sis..
ReplyDeleteTerbaik sis. Tahniah idola. Moga dapat jadi macam sis juga 1 hari nanti. Thanks juga share tips bermanfaat utk blogger baru nak up ni. Keep writing keep inspiring Sis Lin
ReplyDeletetahniah sistur.. terlepas nak screenshot.. hehehe
ReplyDeleteKita cuba2 jugak nak captured 9J tu tapi dah sibuk berjalan, tengok2 dah lebih 1000, hehehe.. tahniah, Farahain
ReplyDeletetahniah..nice sharing. wah..kena lawan sis lin ni.hebat la
ReplyDeletefuhh idola saya nih
ReplyDeleteSyabas Sis Lin...proud of you..Idola ni...blogging ni kalau nak maju kena rajin kan...ermm...vitamin M sedang melanda sejak CMCO ni la...
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah sis! you deserve it :)
ReplyDeleteTak terlewat rasanya nak ucap tahniah utk Sis Lin utk 9 juta pageview. Cayalah...
ReplyDeletealhamdulillah...tahniah!!! da nak dekat 10 juta!! 😝
ReplyDeleteBestnye idola ni. Hope dpt beri pandangan blog kita boleh la improve mane yg patut. Hehe. Tahniah sis
ReplyDelete