DAGING HARIMAU MENANGIS AUNTY TINI KITCHEN BOLEH TAHAN SEDAP! | Padan ler dengan harganya sepaket tu RM35, sebab rasa dan cara nak memasaknya memang mudah dan sedap!. Yaa jujurnya pada mulanya Sis nak membeli berkira-kira juga, dalam hati berkata, banyak ke sikit kuantitinya sepaket tu, harga dah le mahal, tapi tak apalah, kalau dah tekak nak makan, jangan berkira sangat, anggap ajelah rezeki pada peniaga, lagi-lagi kalau kawan sendiri yang menjualnya kan.
Bukannya apa, kita beli dan cuba, kalau sedap, boleh beli lagi kalau nak, kalau tak, janji dah merasanya. Tapi kalau rajin, silalah buat aje sendiri, lagi puashati makan. Banyak aje resepi Daging Harimau Menangis ni kalau ko google.
Tapi kann... mulanya kan tertanya-tanya, betul ke tu daging harimau, atau namanya aje hahahaha..giloo ko nak makan daging harimau, kan haram dagingnya di makan oii, sedangkan NON Muslim pun tidak boleh makan daging harimau, sebab haiwan seperti harimau tu adalah haiwan terpelihara, kalau dah ko makan harimau tu, akan datang dah pupus, dah takde laa haiwan namanya harimau...Ishh seram dengo kalau betul tu dagingnya harimau hahahaha..
Daging ni di namakan Daging Harimau Menangis, menurut kata orang, bahagian daging ni memang agak berlemak tapi sangat sedap, cuma dagingnya terletak dicelah peha lembu. So agak sukarlah kalau harimau jumpa lembu dia nak makan atau membaham pada bahagian daging yang sedap ni sebab terletak di celah paha. Bila dah tak dapat makan, makanya harimau pun menangis, sebab tu la di namanya isi tu Daging Harimau Menangis hahahaha.. gitulah ceritanya, wallahuaklam..
Korang dah pernah cuba?
Tapi siapa pulak Aunty Tini ni? Hahahaha...memang dah agak mesti nanti korang tanya kan..
Aunty Tini ni adalah ibu kepada selebriti Neelofa. Yaaa Maknya Lofar tu Datin Noor Kartini. Dia punya la tu Daging Harimau Menangis yang Sis beli ni. Rasa Sis ada banyak lagi produk Daging Harimau Menangis yang lain juga, cuma yang kawan Sis jual ni, Aunty Tini Kitchen punya, so kita cuba aje yang ni dulu ya..
Untuk sepeket harganya RM35, boleh di makan untuk 4 orang, ikutlah tahap kekuatan makannya korang. Macam semalam Sis makan berdua aje dengan Suami, agak banyak juga, kenyang sepinggan Laki Bini bedal. Siap sekali dengan Sosnya.
Nak masaknya pun senang. Katanya hanya defrostkan kemudian di bakar atau di grillkan atas kuali selama 10 minit macamtu sampai daging betul masak. Sis masak guna Pan anti lekat aje, lebih mudah. Tuang aje sepaket Daging Harimau Menangis tu ke dalam kuali, then biarkan aje dia masak dan kering sampai masak. Balik-balikkan daging supaya tak hangus.
Sambil tu, korang keluarkan sos dalam bungkusan tu dan letak le air panas sesudu nak bagi lebih sedap sikit. Taknak letak pun takpe. Nampak sikit sosnya, tapi bila makan, sangat cukup memadai.
Cumanya Sis derhaka sikit, masa daging tengah nak kering tu, Sis letaknya lada hitam sikit, nak bagi pedas. Rupanya lagi sedap oii rasa dia. Dagingnya pun juicy-juicy je. Tak liat dan tidak keras. Memang sedap, Suami pun kata sedap.
Dan seketul Sis Lin, kalau makan daging bakar, tak kiralah daging apo, termasuk makan satay, mesti nak lawankan dengan bawang, kalau takde bawang, ishhh rasa tak lengkap nak makan daging bako, lagi-lagi kalau makan satay. Pernah dulu sekali, memang dah tau, kedai satay tu akan bagi sikit je bawang, so Sis siap bawa dari rumah tau hahahaha.. kengkawan duk gelak dan terkejut nampak Sis bawa bawang hahahaha..
Tapi sekarang bawang mahal oii.. kena berjimatlah di situ, so kalau makan kedai, bawalah bawang sendiri hahahahaha..
Bagi korang yang nak dapatkan Daging Harimau Menangis ni, kalau duk Johor Bahru laa, kawan Sis ni ada hantar COD ke depan rumah korang. Korang boleh hubungi ShieLofar wahtsapp : +60 12 481 2914. Dia pun ada jual aneka jenis Susu Pisang Nilofa.
Korang cubalah, pasti tak nyesal. Sis ingat nak order juga lagi hehehehe..
P/S: Siapa da resepi Daging Harimau Menangis ni, sila tepek link di ruangan komen yaa. TQ.
Telan-telan ailio akak baca cerita daging rimau menangis ni, mau aku menangis jap lag, haha
ردحذفNampak sedapnyaa..nangis Jap 😂
ردحذفMacam kenal je cik ayu ni. Hihi
حذفHuishhhhh nikmatnya. Lagi ummmphhh ya Sis bila ada bawang merahnya.
ردحذفsuzie yang menangis xdpt nak rasa lagi..haha
ردحذفp/s mkan bawang cnfirm mulut bau bawang..hehe
hahahaha comel lah cerita macam mana boleh dapat nama harimau menangis tu. kelakar pun ye jugak. Tengah viral kan daging aunty tini ni
ردحذفyeayy da ada PS kat JB senang nak order nanti! nanti ku ajak Ibah order..hahahahha
ردحذفMenangis tengok gambar daging tu. Nak kena carik jugak ni :)
ردحذفViral sekarang ni daging harimau menangis ni... Untunglah sis dah dapat rasa :)
ردحذفDaging harimau menangis ni popular kan. Tapi mdm duk ingat pedas... Makan sampai nangis. Tengok peket dah terliur. Tengok sist masak tak tahan wey... Nak order la gak.
ردحذفtengok gambar sis pun dah nampak sedap dan telan ailio.. apa lagi kalau dapat rasa kan.. hahaha
ردحذفBelum cuba lagi. tapi baca review semua kata sedap. ini yang kena cuba ni. kecur air liur tengok daging yang juicy tu haa
ردحذفalaaaa... sedapnya sis! terliur dibuatnya. saya pun suka jugak daging2 macam ni, tambah2 kalau bakar sendiri, lagi sedap :)
ردحذفSedapnya. Terliur kita. Airah pun tak lepaskan peluang rasa daging harimau menangis ni tapi brand lain la hihi nanti nak try brand ni pula
ردحذفMemang nampak sedap betul! Daging harimau menangis ni memang daging terpilih!
ردحذفOo..macam tu kisah di sebalik nama dia, ya? Kreatif betul org yg bagi nama tu. Nampak sedap sis masak taruk sos lada hitam.
ردحذفTerliur tgk ni , nampak sngt sedap !
ردحذفya ampun !! hahahaha~ sedapnya !! wrong time betul atie nampak entri kak lin ni.. mana nak cekau awal pagi segini haa..
ردحذفTak pernah merasa daging harimau menangis. Laparrr uiii tengok daging tu
ردحذفDah cuba mmg sedap. Suka makan dgn sos dia.. cuma ayu tambah daun ketumbar
ردحذفOhhh baru tahu daging part mana ni.. Hehe.. Menarik2...wahh, boleh beli buat stock ni, tak tahu nak masak apa, buat ni jer... Senang preparationnya...
ردحذفfuh.. gambar dia buat TB rasa terliur je tengok tau.. rasa nak order jugak ni..nyum2
ردحذفmemang tergoda tengok ada member buat video masak daging ni. tapi, nak cari yang jual area rumah, tak jumpa. sampai Ros gi instagram aunty Tini tu. komen. sekali ramai yang dm . hihi
ردحذفHaaa... bila dgr daging harimau menangis gerenti org nak beli dan rasa sbb nama pun mcm pelik kan? Kak oun tak tau mcm mana rupanya skrg dah tau dah
ردحذف