HOMEMADE KIMCHI VERSI MELAYU, SEDAP DAN MURAH! | Siapa sini suka makan Kimchi? Apa itu Kimchi? Kimchi atau bahasa Koreanya Hangul: 김치, gimchi. Ianya adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerapnya dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam".
Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain. Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.
Kalau kat rumah Sis ni, haaa memang boleh di katakan anak-anak 'hantu' makan Kimchi ni. Pantang nampak atau tiap kali seminggu atau selang seminggu, bila stok habis aje, pasti anak akan beli atau anak minta Sis belikan. Dah macam makanan 'mesti' ada dalam peti ais tu.
Kalau Sis kureng sikit, sebab tak berapa suka akan kemasamannya, takat nak makan sikit-sikit tu ookay je. Dan jika korang nak tau, Kimchi ni bukan takat sedap di makan, tapi banyak manfaatnya untuk kesihatan.
Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah. Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan.
Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.
Kebaikan kimchi untuk kesihatan manusia terus menjadi kontroversi kerana kimchi kadang-kadang dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.
Setakat ni Sis belum pernah lagi buat sendiri Kimchi ni. Kalau tak beli, Sis beli dengan kengkawan. Tapi sepanjang yang Sis belilah kan, semuanya jenis paket dan mungkin ada bahan pengawet, jadi rasa dia agak 'keras' sikit. Tu yang Sis tak berapa nak gemar makan, sebab macam tak fresh.
Lain kalau memang masa pergi Korea dulu, haaa tu yaaa, sekali makan, perghhh sedap ya amat oii. Kalau dapat makan bertambah-tambah, sebab kat Korea korang boleh makan 'free flow', ko nak tambah berapa banyak kali pun boleh hehehe.
Siapa pernah pergi bercuti di Korea mesti tau..
Dan baru-baru ni Sis ternampak di facebook, ada orang jual Kimchi Homemade versi Melayu ni. Namanya Kimchi by Bea. Sis baca testimoni dan feedback dia, semua kata sedap. So Sis beli dan try satu. Cuma ada salah fahaman agaknya masa order, ownernya hantar bekas kecik pulak, ikutkan Sis order bekas besar.
Sedap ke? Yaa memang sedap, puashati makan. memang rasa Kimchi cuma mungkin ownernya baru buat, so sayurnya belum lagi serap dengan bahan perapan, jadinya sayurnya rangup lagi. Kena simpan dan biarkan dalam 3 hari ke, lagi sedap kata ownernya.
Tapi jenis anak Sis, dah nampak, mena boleh tahan, terus aje makan hahahaha.. dah tinggal suku dah semangkuk tu. So memag sedaplah. kalau tak sedap, Sis tak kongsi kat sini hehehehe..
Bagi korang yang nak mencubanya, boleh laa wahtsapp nombor tertera di bekas tu ya. Ownernya nama Bea. Comel orangnya hehehehe.. COD seluruh Johor Bahru. Kalau pos, Sis tak tau.
Korang ada resepi Kimchi sedap? Kalau ada tepek link kat komen ea..
P/S: Sis bizi sokmo ni, adik-adik masih ada, curi-curi aje ngadap laptop sambil masak ni hehehehe.
Memang ada beza kimchi homemade Melayu dengan kimchi di Korea.
ReplyDeletexpernah rasa lagi kimci ni..hehe
ReplyDeleteI have never seen such a version of Kimchi before. Malay Kimchi. Food will make the world go round for sure. Thanks for sharing. Would love to give it a try.
ReplyDeleteapa beza versi melayu punya kak lin? Jarang makan kimchi ni sebab cuka dia banyak, perut tak tahan sangat
ReplyDeleteTak pernahlah try nak buat kimchi sendiri..selalu beli je yg dah siap..haha..memang sedap makan dengan Maggi 😁
ReplyDeleteSedap ooo kimchi tapi tengok juga , nasib2 dapat yg sedap lagi2 kalau kat seoul garden...lagi satu tips guna kimchi itupun kalau tak suka makan kimchi begitu sahaja atau dapat kimchi yg terlalu masam boleh masukkan kimchi tu dalam kuah asam pedas (nanti jadilah asam pedas korea) asam rebus dan juga tomyam....saya selalu buat gitu kalau terbeli kimchi yg masam sangat....
ReplyDeleteWah dah boleh niaga kimchi melayu ni... meati ramai yg suka kim chi boleh cuba... kak blm cuba sbb mcm tak pandai mkn kim chi hihi
ReplyDeleteEmak Rawlins memang sejenis suka buat kimchi gak (sayur jeruk) and I miss eating her cooking! Uwaaaaaa
ReplyDeletewow the kimchi looks so yummy. I like Korean food esp Kimchi too. Can give it a try juga la and also buy for my Malay friends
ReplyDeleteWah macam mana rasa kimcho versi melayu tu.. Unik ni. Pernh try kimchi korea.. Sedap.. Kene try versi melayu ni. Ehhee
ReplyDeleteMacam sdp je kimchi ni...sebelum ni pernah try versi melayu punya tapi orang tu buat mmg tak jadi..terus potong mood nak makan
ReplyDeleteTeringat masa pergi Korea dulu. Orang kat sana kebanyakannya ada 2 fridge. Satu tu mmg penuh dengan kimchi je. Saya mula2 tak lalu jugak, dah lama2 jadi suka.
ReplyDeleteAnak dara saya memang minat dan suka sangat makan kimchi sejak dia cuti belajar ni, dah 2 bekas habis, ni dah pesan suruh beli lagi.. Boleh cuba yang versi melayu ni... teringat masa belajar buat kimchi dekat korea.. sebenarnya senang jer he he he
ReplyDeletePenangan MCO ni ramai yang tengok cerita Korea kan.. semakin ramai pengusaha Kimchi tempatan yang confirm halal :) even my ex-boss pun ada buat kecil2an..
ReplyDeleteWah kimchi versi melayu. Menarik ni. X oernaht lagi try. Selalu belinkat grocer tapi x tahu versi apa hehe
ReplyDeleteKita pun suka kimchi.. kalau dekat boleh gak order
ReplyDeleteAdoii kimchi la pula. Terliur tau ! Dah la makanan kegemaran, lepas tu kedai Korean KK masih tutup. Tapi resepi ni macam senang buat kan. Sedapnyaaaaaa
ReplyDeleteKalau kimchi macam ni LH tak pernah makan. Tapi kalau ayam goreng korea adik LH masak tu, dia akan letak sos kimchi. Sos ajelah bukan kimchi buat tu. Kalau makan myeongdong tu rasanya topokki dia tu ada ada kimchi jugak. LH pernah makan
ReplyDeleteya ampun !! sedapnya !!tetiba teringin kimchi jigae.. hahahahah~ tapi nak ada telo mata kerbau tu.. peh !!
ReplyDeleteyang suka makanan korea, kimchi ni wajib ada kan? makan plak dengan ramen atau ayam spicy. pergh
ReplyDeletewah.. lelaju kita ss.. nak beli gak
ReplyDeletewah.. lelaju kita ss.. nak beli gak
ReplyDeletei tak gemar makan kimchi tapi teringin nak tau beza dia .. nak try la
ReplyDeleteAla dah balik ganu dah, kalau time balik kampung minggu lepas ke Johor boleh gak tapau bawa balik ni. huda pun pengemar kimchi tau. makan dengan Dakgalbi sedap!
ReplyDeleteTak pernah makan kimchi lagi dan tak tertarik nak try pun sebelum ni, tapi bila terbaca entri sis ni terus TB rasa teringin sangat nak cuba.. Kat kedah ada ke jual? Huhuhuh..
ReplyDelete