ISNIN TERAKHIR SEBELUM MELANGKAH KE TAHUN BARU 2021 | Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Jarang-jarang Sis nak bagi ucapan selamat pagi kan hehehe... tapi pagi ni semangat nak mulakan dengan bagi salam dan ucapan selamat pagi, sebabnya hari ini hari Isnin yang terakhir sebelum melangkah masuk tahun baru 2021 yang cuma tinggal baki lagi 3 hari aje lagi.
Cepat gilerr kan nak masuk 2021, tapi kalau boleh memang nak lagi cepat dari ini, biar cecepat masa berlalu dan wabak Covid19 ni pun segera pupus lenyap dari kita semua. Yaa tahun 2020 ni banyak meninggalkan kesan yang pelbagai perasaan, ujian, dan dugaan buat seluruh dunia akibat dari wabak Covid19 ni. Sampai sekarang pun ramai tak boleh nak move-on lagi..
Kita banyak-banyaklah berdoa dan bersyukur bebanyak.. sekurangnya kita masih lagi sihat, masih boleh cari makan, masih ada keluarga dan juga masih lagi dalam negara Malaysia. tengok aje laa di luar negara tu, lebih teruk dari kita ni kan..
So apa plan korang sebelum melangkahnya masuk tahun 2021 ni? Sis? Seperti semua tau, Sis masih lagi belum merentas negeri dan pergi bercuti ke mana-mana lagi.. paling tidak pun Sis cuma ada staycation di hotel-hotel sekitar Johor aje, tu pun tidak pergi satu family gak. InsyaAllah tunggulah keadaan reda sikit, nak juga bawa family bercuti. Now #StaySafe dulu dan #StayAtHome buat masa ni, maklumlah Sis dan Suami ni dalam katagori warga berisiko tinggi.. so #KitaJagaKIta aje laa dulu.
Ini pun cuti panjang 3 hari sempena Krismas pun Sis tak kemana juga, sebab adik-adik Sis semua datang staycation bertandang bermalam di rumah Sis. Meriah riuh satu rumah. Biasanya ada je yang tak cukup korum, tapi kali ni, penuh semua satu rumah, kecuali adik ipar 2 orang aje yang takde.
Alhamdulilah panjat syukur kepada Allah, masih beri peluang Sis dan adik-adik semua berkumpul bersama dan kami banyak habiskan masa bersama sepanjang cuti sekolah ni haa.. Yee kalau anak-anak dah bersekolah, memang susah nak berkumpul, ni semua tengah cuti ni, amik kesempatanlah kami semua.
Sis macam biasa laaa, masak non-stop selama 4 hari ni, duduk dapur aje laaa tapi seronok giler!!!! Mana tak, asal masak aje licin, asal licin aje masak, hahahaha.. kalau tidak, masak pun susah nak habis!.. ni siap paksa lagi anak-anak sedara kecik-kecik tu makan, siap ugut; 'Sapa tak makan, tak boleh tidur rumah Ayyom' hahahahaha.. kelam kabut semua makan, tapi bersuap laa semua, kalau tak kang, bersepah ...
Pagi ni pun masih ada lagi adik Sis sorang tu tidur di rumah, harini baru mereka balik, yang lain semua semalam malam dah balik. Lepas ni sunyilah rumah Ayyom huhuhu...
Apa-apa pun syukurlah, walau keluarga Sis ni tak besar, tapi bersyukur masih lagi punya keluarga dan tidak sendirian. Keluarga adalah 'nyawa Sis', tanpa mereka ni semua, Sis tak tau nak bayangkan macam mana Sis nak teruskan kehidupan nanti.. moga Allah panjangkan umur kami semua, agar kami dapat lalui hari tua bersama hingga ke akhir nyawa kami.. aamiinn..
Terima kasih juga buat Suami yang banyak melayan anak-anak saudara dan 'belanja' kami semua sepanjang adik-adik Sis di sini. insyaAllah percaya pada rezeki, Allah akan tambahkan rezeki dan sentiasa murahkan rezekinya walau di mana sahaja berada, lebih-lebih mengeluarkan rezeki pada anak yatim.. aamiinn..
Okaylah, Sis stop dulu, nak sambung buat kerja.. nanti dah free Sis update lagi ya..
Korang jaga diri ookay..
P/S: Sis tak sabar nak tunggu Tahun Baru 2021! Korang pulak macam mana?..
may 2021 is a good year for all of us :)
ردحذفtulah, tak sabar jugak nak keluar dari tahun 2020 yang paling banyak kenangan dan akan dikenang sampai bila-bila.Tercapai atau tidak wawasan 2020 tahun ni pun tak jumpa lagi wawasannya.Semoga di tahun baru akan datang, dihindarkan dari kita segala wabak yang melanda ni.
ردحذفTahun 2020 penuh cabaran...semoga 2021 lebih baik lagi...
ردحذفYes year 2020 will be coming to an imminent end real soon. It is a shame that the year 2020 has been a terrible one for many. Hopefully we will come out stronger in 2021.
ردحذفSekejap je rasa tahun 2020 ni berlalu.. Banyak habis masa di rumah je kn :D
ردحذفsemoga tahun 2021 lebih baik lagi :)
Macam tak percaya rasa sekejap sangat tahun 2020 ni. Banyak kenangan pahit dan tak kurang juga kenangan manis untuk kita semua. Berbulan juga dapat spend time dengan anak dirumah bila ada work from home. Bersalin tanpa suami disisi pun boleh dijadikan kenangan haha. Semoga kes Covid terus menurun dan lembaran 2021 memberi sinar baharu buat kita semua. InsyaAllah
ردحذفTahun 2020 dunia gegak gempita dilanda virus covid 19.
ردحذفSemoga 2021 dunia pulih dan manusia mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku.
pejam celik pejam celik lagi beberapa hari nak masuk tahun baru..
ردحذفlaju sngt la tahun 2020 ni rasanya.. semoga semua baik2 saja..
yelahh hari ni isnin terkahir..alamak sebak le pulak..tp minggu lepas cuti 4 hari kami balik kampung setelah sekian lama tak boleh rentas negeri kan..balik perak..semua adik beradik pun balik..kecoh meriah last minit plan pergi bercuti kat chalet tepi sungai..bestnya..
ردحذفYep, only four days left before we welcome 2021. So enjoy it. Have a beautiful day and week. Saya berdoa semoga pandemic uni akan hilang. Aamiin.
ردحذفbest kan dapat kumpul adik beradik ramai2..semoga tahun 2021 akan jadi lebih baik dr tahun ni
ردحذفOkla sis Lin ada juga staycation di hotel. Bella tak mena2 pun cuma pergi balik kerja je. Ada la jalan2 makan kan.hehe.
ردحذف2020 mengajar Rawlins bahawa keluarga dan sahabat adalah teman sepanjang masa, terutama di kala kesusahan. Moga 2021 memberikan rezki yang lebih buat semua.
ردحذفAnd takmo Covid dah!
Sekejap he Rasa tahun ni dah sampai penghujungnya. Moga tahun depan lebih baik untuk Kita semua aamiin
ردحذفCepat sangat masa berlalu dah nak masuk tahun baru pun kita hehehe banyak lagi yang tak sempat buat untuk tahun ni wakakakkaka aduh kena kejar sekarang ni hehehehe...
ردحذفLagi berapa hari je nak masuk 2021.Semoga 2021 lebih baik dari tahun 2020
ردحذفwell.. resolution is important and it is meaningless if no aim or targets to set for coming year.. so plan well and work well in 2021
ردحذفOh my... betul la sis remind baru perasan kita dah sampai minggu terakhir of 2020 dah.. serious la..tahun ni berlalu begitu saja..
ردحذفselamat pagi Sis Lin! Sincerely wishing you and your beautiful family a healthy and exciting new year! semoga sihat selalu, bertambah sukses, bertambah cantik, dan dibanyakkan rezeki! :)
ردحذفKan best .. x sabar nak.masuk tahun 2021..misi baru azam baru
ردحذفKan sekejap betul dh nak masuk 2021..tahun 2020 banyak duduk rumah je.. Hehehe.. Memang benda tak disangka.. Tahun baru pun tak tau macam mana suasana nya
ردحذفTahun 2020 ni memang banyak dugaan. Tapi tak dinafikan, ada juga kenangan manis. Sebab setiap sesuatu tu kan ada baik dan ada buruknya, dan setiap yang buruk tu pasti ada hikmahnya.
ردحذفHepi coming new year awak..
ردحذفTinggalkan tahun 2020 dgn kenangan2 pahit.. Jom kita start blk memori2 manis utk 2021 plak
Saya harap 2021 tak seperti 2020.. moga berlalu segera wabak covid 19 ni dari dunia... Apa. pun, tetap bersyukur seadanya....
ردحذفSekejap je masa berlalukan? Moga 2021 tak sesuram 2020. Haishhh 2020 mmg memcabar
ردحذفSemoga 2021 adalah tahun yang lebih baik, namum 2020 memang telah mengajar kita banyak pekara yang paling penting is kesihatan.
ردحذفSeronok bila ugutan "sapa tak makan habis tak boleh tidor sini tu menjadi" Rasa puas sangat bila tengok apa yang kita masak habis dimakan. Kat rumah ni pun sama. Sebab masih ada anak2 buah yang kecik so dah pesan makan sahaja apa yang ada just jangan mintak apa yang tak ada. Rumah bersepah pun tak kisah sebab kita tahu tak selamanya akan begitu.
ردحذف