JOM BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA RESORT, ANAK-ANAK PASTI TERUJA DENGAN DEKORASI BILIKNYA | Yaaa betul tu, jangan kata anak-anak aje teruja dengan dekorasi bilik di Legoland Malaysia Resort ni, tapi Sis sendiri pun jadi excited sewaktu mula melangkah masuk ke bilik bertemakan Kingdom yang Sis inap selama 2 hari 1 malam ini bersama adik Sis,MamaDD dan dua orang anak saudara Sis,Mia dan adiknya Danny.
Dah lama juga berangan dan plan nak stay bermalam di sini, tapi dalam keadaan berjaga-jaga dengan wabak Covid19 ni, makanya berkali jugalah bertangguh aje untuk datang ke sini. Dan bila dah tiba cuti sekolah ni, makanya Sis pun terus plan last minit mengajak MamaDD bersama anak-anaknya untuk sama dengan Sis stay di sini. Kemain excited mereka berdua ni.
Mamanya pulak merahsiakan plan kami, so memang budak dua ni tak tau yang Ayyomnya (panggilan anak saudara Sis) dan Mamanya nak bermalam disini. Mamanya hanya kata nak hantar Ayyom jumpa kawan Ayyom disini hahaha. Bila dah masuk lift, punyalah meloncat dua orang ini sebab dalam lift aje kemain meriah lampu dan lagu welcome dia, tu je dah mengujakan anak-anak, sampai berdisko mereka dalam tu hahahaha.
Dan bilik yang Sis inap kali ni, kami amik Adventure Themed, dan salah satunya adalah, Kingdom Room. Boleh menenmpatkan 3 dewasa dan 2 kanak-kanak.
Bilik bertemakan Kingdom ni ada satu katil Queen dalam satu bilik, dan ada satu katil double decker yang di asingkan di sebelahnya. Yaa ada penghadang dan juga pintu. So kalau tidur malam, jika Mak Ayahnya tidur di sebelah, boleh tutup pintu hehehe. Katil double decker tu pun boleh memuatkan 3 kanak-kanak, sebab bawah sekali tu katilnya boleh di tarik.
Untuk bilik utama tu pula, siap sekali dengan kelengkapan TV, peti ais, meja tulis, kursi, dan juga cermin besar di dinding. Yang paling syoknya.. bilik ini ada tingkap luas mengadap taman tema Legoland tu. Lagi bertambah excited dan teruja laa si dua orang DD ni yang tak sabar nak main di sana. Kejap-kejap bukak langsir tengok luar hehehe..
Untuk lain-lain kelengkapan bilik macam biasalah, toiletnya di sediakan segala peralatan mandi dan juga lengkap dengan tuala bagi setiap seorang. Dan yang bestnya, sabun mandi dia wangi gilerrr...sampaikan terkeluar dari mulut bebudak tu berkata, 'Rasa macam nak makan aje sabun dia, sedap', hahahaha.. Sinki pun siap ada dua sinki yang mesra kanak-kanak, sebab ada di sediakan sinki yang rendah memudahkan anak-anak nak gunakannya.
Lain-lain kelengkapan semua siap sedia termasuk juga bathrobe towel tu. Safety box ado, pemanas air juga ada, kopi, teh, dan Vico minuman kanak-kanak pun ada, kecuali sterika. Korang kena call minta hantar ke bilik. Nanti mereka hantar, begitu juga kalau nak minta air mineral tambahan dan yang paling mengujakan kanak-kanak, korang juga boleh minta mereka hantar permainan LEGO untuk anak-anak ke bilik korang. Mainlah dengan puas tapi jangan curi bawa balik ya hehehe.
Bukan itu aja, jika korang memilih untuk menginap di Adventure Themed ini, setiap biliknya ada di sediakan permainan kuiz ala-ala mencari harta karun gitu untuk anak-anak. Dan jika anak-anak berjaya menyelesaikan kuiz itu, anak-anak akan dapat LEGO secara PERCUMA sebanyak dua pek. LEGO tu limited edition ookay. Takde jual di kedai LEGO hehehe.
Makin terujalah si Mia dan adiknya Danny nak menghabiskan kuiz tersebut. Dua kali juga silap dan tak dapat buka peti harta karun tu, cuba dan cuba lagi, akhirnya kami berjaya, yayyy... Selesai menyiapkan kuiz, kiraorang pun rehat, kebetulan hari pun hujan. Memang ngadap tv nengok kartun LEGO ajer. Anak-anak pulak sakan main permainan LEGO yang disediakan. Memang time tu anak-anak lupa gadjet sekejap duk fokus main LEGO aje, baguskan..
Memang dari petang membawa ke malam hujan turun. So memang kami habiskan masa lepak di bilik aje masa tu. Puas anak-anak bermain dan enjoy dalam bilik. Ini baru betul-betul bercuti kata adik Sis. Ye laa nak stay sini bukan selalu, bila dapat peluang bercuti macam ni, so habiskan masa dalam bilik dan enjoy the moments aje la.
Yang bebudak tu dah sibuk aje bertanya, bila nak main taman tema, kejap-kejap tanya hahaha. Tak menyabo-yabo. Untuk makan petang dan malam tu, Sis dan adik Sis order GrabFood aje. Tapi korang kena turun ke lobby untuk amik makanannya. Mereka tak boleh naik hantar ke bilik korang ya. Nak order makan dari dalam bilik pun boleh juga terus ke dapur mereka. Ikut budget koranglah nak makan apa. Macam kami makan yang simple aje. So kami order mcD ajer.
Esoknya memasing kena bangun awal jam 8am, sebabnya untuk sarapan pagi kena ikut SOP, so kena book slot jam berapa kita nak turun makan. Makan pun hanya 45minit sahaja. Sebab taknak terlalu sesak dalam restaurantnya. Macam biasalah mana lagi kalau bukan Brick's Restaurant mereka di ruang Lobby tu.
Dan disebabkan SOP, buat masa ini, sarapan pagi mereka hidangkan set. Korang hanya duduk di meja aje, dan mereka akan datang amik order set apa korang nak makan. Dan pagi tu kami pilih set Western untuk anak-anak, dan set Asian untuk Sis dan adik Sis. Pagi tu set Asian mereka Nasi Lemak bersama Ayam masak merah. Sedap juga..
Sambil makan, anak-anak pun boleh melayan mewarna di meja. Korang boleh minta pencil warna dari pelayan cafe tu. Baguskan jika jenis anak yang tak reti diam macam Danny tu, haaa dapat pencil warna, terus diam mewarna di situ, sebab itu kata di sini mesra kanak-kanak.
Selesai makan terus naik bilik dan lepak sambil menunggu nak berkemas. Masa check-out di sini adalah jam 11am. Sempat juga Sis ke swimming poolnya untuk melihat-lihat. Sebenarnya kami lupa nak bertanya samaada buka atau tutup poolnya, ye laaa time PKPB ni kan, kotlah tutup, rupanya buka tapi mengikut SOP mereka. So takde laa dapat kami terjun pool, sebab tak bawa bawa baju lebih untuk mandi kolam. Nasib baik juga budak berdua tu tak kisah hehehehe..
Lepas berkemas dan check-out, Sis letak bag di lobby tempat penyimpanan bag dulu, sebab kitaorang nak berjimba di taman tema dulu. Yaaa di situ korang boleh letak bag korang tanpa bayaran dan dibuka 24jam. Jangan pulak sampai korang tak amik bagnya ya hahaha.
Cuma masa Sis datang tu, taman tema di buka mengikut harinya, bukan buka setiap hari. Time Sis datang tu, waterpark dan taman tema aje buka, SEAlife di tutup. so tak dapatlah nak melawat ikan-ikan tu hehehehe.. Tapi puaslah kami bermain, sebab tak ramai orang dan rasa selesa juga selamat, sebab memang nampak mereka asyiklah sanitiser setiap permainan dan terlalu menjaga SOP.
Untuk lebih banyak gambar sepanjang percutian Sis di Legoland Malaysia Resort ni, korang boleh ke facebook pages Sis @akusislin atau untuk melihat videonya boleh layari Youtube @sislin
Jadi bagi korang yang bertanyakan lagi dan lagi mengenai bilik yang Sis inap ni, di bawah ni Sis letak details mengenai promosi BUY 1 FREE 1 tu dan link untuk booking biliknya. Cepat korang booking, harga tu dah tersangat murah dah, dapat pulak FREE satu malam lagi, memang berbaloii oii...
Kalau korang nak bilik macam Sis ni, bilik Sis stay ni bertemakan 'Kingdom Themed', siap ada 'game' dalam bilik dan mereka siap dapat LEGO percuma apabila dapat siapkan game tersebut! Tapi ada juga bilik-bilik lain jika korang datang lebih dari 2 org anak. Korang boleh tengok website mereka untuk promosi 'Play in LEGOLAND®, Stay in Johor' di sini --> https://bit.ly/3m39R7a
Beli sekarang dan dapatkan malam keduanya secara percuma beserta sarapan pagi untuk masa terhad sahaja. Yaa belum ada date nak stay, korang boleh 'Buy now, Stay later' & booking di sini --> https://bit.ly/361ciRS
MAKLUMAN:
Theme Park, Water Park and SeaLife Malaysia di TUTUP SEMENTARA sehingga 20/12/2020 berikutan pengumuman PKPB baru-baru ni.
Untuk maklumat lanjut atau info terkini, korang boleh ke laman sosial mereka;
Stay Safe and selamat becuti korang..
P/S: Rupanya ramai juga yang tak berapa tau akan keadaan bilik dalam hotel Legoland ni ya.. lepas aje post, ramai yang dah booking, lagipun promosi dia berbaloi-baloi...
waaa nak pergi!!! tapi tkot nanti pkpb balik ;(
ردحذفBoleh bayangkan keseronokan budak dua beradik tu
ردحذفKonten blog Sis semakin mantap, termasuk gaya penulisan, links, image description, keywords...terbaiklah Sis... padu. 👍👍👍😎
ردحذفseronok nampak budak berdua tu kan.Happy dapat banyak main lego.ni kalau anak-anak tengok mesti diorang pun ajak ke sini
ردحذفCantiknya bilik dia 😍 siap ada games lagi, confirm anak-anak tak sempat rasa bosan ☺️
ردحذفmemang puas hati kalo bawak budak2 ni..kalo tak de covid lagi puas hati, bahagia sampai jannah...
ردحذفwahhh bestnya dalam bilik ada game ala treasure hunt. Bukan anak-anak je hilang bosan, parents pun syok main sekali
ردحذفcantik lah dekorasi bilik kat legoland ni kalau pi dengan anak2 mesti besy. inshaaAllah ada anak wajibb pi sini
ردحذفLegoland ni dalam kategori percutian kelyarga yang sempurna , saya tak pernah stay kat dalam Hotel Legoland tapi suka perginkalau ada bajet dan peluang ...sehari pun tak cukup sebab banyak aktiviti boleh buat kat situ...makanan pun sedap2 ....
ردحذفWah... Menarik sgt2 Legoland ni. Berakhir je pkp ni, terus on mood nak jalan2. Legoland ni boleh masuk dlm wishlists 🤗
ردحذفLama la mengidam nak duduk hotel Legoland Malaysia ni asyik tak pernah dapat pun hehehe teringin juga nak duduk sana hehehehe best menarik masuk legoland tu dah selalu hehehehehe...
ردحذفSyok yer. Legoland jemput kita stay last year jer. tahun ni xde pun..huhu. nak stay sini kena korek tabung ayam sendiri lah..huhu
ردحذفRindunya dengan legoland.. Anak2 pun asyik tanya je bila nak pergi. Bilik memg best.. Luas.. Pernah stay.. Ooh sop masa sarapan.. 45 minit je erk..
ردحذفMenariknya dekorasi bilik2 kat sini. Kalau bawak anak2 sedara saya ni mesti suka. Dah la diorang tu suka play pretend. Makin menjadi-jadi la nanti.
ردحذفBestnya staycation kat Legoland Malaysia ni.. teringin nak fefeeling back to zaman kid juga.. I will lost myself if stay kat sini.. silap2 back to 10 years old :P
ردحذفEnjoy your Legoland trip with family and kids. Mouse mommy will plan a trip to Legoland with kids too after pandemic.
ردحذفLamanya tak jejak kaki ke Legoland, memang meriah apalagi datang dgn family. Apapun, tunggu semua da okey dan bebas Covid baru boleh travel lagi
ردحذفYeay! legoland dah buka! tak sabarlah nak travel balik. jom kita support industri lokal. ada promo kan pembukaan semula legoland ni
ردحذفWow! Decoration bilik ibarat fantasy! Memang anak2 suka lah mcm ni!
ردحذفwow, didnt expect the interiors of the hotel rooms to be this beautiful. cant wait to visit it soon!
ردحذفmemang sesuai bawak anak2 bercuti kat legoland ni. deko dia pun menarik, bole ambik gambar banyak2 buat kenangan
ردحذف