KELEBIHAN DOA IFTITAH DALAM SOLAT YANG RAMAI LUPA NAK BUAT TERMASUK AKU

Sis Lin
11
KELEBIHAN DOA IFTITAH DALAM SOLAT YANG RAMAI LUPA NAK BUAT TERMASUK AKU | Yaa Sis bercakap mengenai diri Sis sendiri, tersedar akan satu perkara setelah membaca buku Nota Quran #MyTime Juz 1 yang Sis beli dari Hisyamuddin atau lebih di kenali dalam kalangan blogger sebagai Kid. 

Hidup dah 44tahun bukan kata tak pernah tau, tak pernah belajar agama atau tidak pernah amalkannya, tapi atas sikap makin lama makin alpa dengan dunia dan fikir 'janji buat' dan senang cakapnya 'nak cepat', menjadikan semakin hari semakin melupakannya. Sedangkan dulu arwah Abah dan Atuk selalu pesan, jangan lupa membaca Doa Iftitah ni. Allahuakbar..

Korang tau tak apa itu Doa Iftitah

Doa Iftitah ialah doa yang disunatkan dibaca sewaktu permulaan solat. Iftitah bermaksud pembuka. Ia dibaca di mana-mana solat yang fardhu. Hukum membacanya pula sunat. Jika tidak melakukanya, tidak perlu sujud sahwi.

Walaupun ianya bukan wajib di baca, tapi sebenarnya banyak kelebihannya jika kita amalkannya dan bacanya dahulu sebelum memulakan solat. Sejujurnya sebelum ni Sis memang akan baca Doa Iftitah ni dalam solat, tapi bila mula sibuk dengan kerja ke sana ke sini, dan juga bila pergi event atau staycation, solat pun nak cepat siap, terus aje mula dengan surah Al-Fatehah, makanya lama kelamaan Doa Iftitah tu dah jarang Sis baca dalam solat. Subhanallah..

Adakah Wajib Membaca Doa Iftitah ketika Solat Fardu dan Solat Sunat ?.

Yang masih tidak faham lagi, Doa iftitah adalah sunat boleh dibaca ketika solat fardu dan solat sunat. Tak baca pun tak batalnya solat kita tu. Membaca doa iftitah setelah takbiratul-Ihram merupakan satu tuntutan Nabi saw. Ianya merupakan satu bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan Allah swt. Terdapat sebegitu banyak hadis yang menunjukkan baginda shalallahu'alaihi wasallam amat menitik beratkan pembacaan doa iftitah ini.

Walaupun majoriti ulama menyatakan membaca doa iftitah ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat sekiranya tidak dibaca, namun bagi kita yang benar-benar ingin mengikuti sunnah Nabi saw serta mempraktikkan suruhannya maka sewajarnya kita tidak meninggalkan doa iftitah ini. 

Apatah lagi memang telah ada dalil dari Nabi Salallahu ‘Alaihi Wasallam yang menunjukkan bahawa doa iftitah ini adalah termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat:

لاَ تَتِمُّ صَلاَةٌ لأَحَدٍ مِنْ النَّاسِ حَتَّى يَتَوَضَّأَ فَيَضَعَ الْوُضُوءَ يَعْنِي مَوَاضِعَهُ ثُمَّ يُكَبِّرُ وَيَحْمَدُ اللَّهَ جَلَّ
وَعَزَّ وَيُثْنِي عَلَيْهِ وَيَقْرَأُ بِمَا تَيَسَّرَ مِنْ الْقُرْآنِ.

Maksudnya, “Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya sebelum dia bertakbir, memuji Allah ‘Azza wa Jalla, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat al-Qur’an yang mudah baginya (dihafalnya)…” [Sahih: Sebahagian daripada hadis yang panjang yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856.]

Kelebihan Doa Iftitah Dalam Solat Yang Ramai Lupa Nak Buat Termasuk Aku

Bacaan Doa Iftitah 

Allahu Akbaru kabiraw ,
walhamdu lillahi kathiraw
wasubhanallahhi bukratau waasila
Wajjahtu wajhia lillazi
fataras sama wati wal ardh
hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin
Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin
La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin

Terjemahan
Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi,
aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Kelebihan Doa Iftitah

Doa Iftitah adalah satu doa yang dibaca oleh mukminun di dalam solat mereka selepas sahaja mengangkat takbiratul-ihram. Doa ini adalah merupakan doa Pembukaan Solat yang mana hukum dalam membacanya adalah sunat.. Ianya dibaca sebelum kita membacakan surah Al-Fatihah. 

Sesungguhnya Abu Hurairah menceritakan bahawa:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila telah bertakbir memasuki solat (yakni takbiratul-ihram), baginda senyap seketika sebelum mula membaca (al-Fatihah). Lalu aku bertanya baginda; ‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku melihat engkau senyap di antara takbir dan bacaan (al-Fatihah). Apa yang engkau ucapkan?’. 

Baginda menjawab; ‘Aku membaca;

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ

“Ya Allah! Jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah! Bersihkanlah daku dari dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan embun”. (Riwayat Imam Muslim)

Seperti yang dikatakan, Doa Iftitah adalah sunat dibaca. Kita boleh memilih mana-mana doa iftitah yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w seperti yang dinyatakan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya walaupun ianya sunat, tetapi makna yang terkandung di dalamnya sebaiknya dilaksanakan bacaannya. 

Kelebihan Doa Iftitah Dalam Solat Yang Ramai Lupa Nak Buat Termasuk Aku

Jadi, sangat penting untuk kita memastikan solat kita ialah solat yang berkualiti. Salah satu darinya ialah dengan mengamalkan amalan-amalan sunat seperti membaca doa iftitah.

Dan jika korang nak dapatkan buku Nota My #QuranTime tu juga, bolehlah PM Kid tu ya di facebooknya. Tak rugi membelinya. Now baru keluar Juz 1 dan Juz 2, tak silap kalau di TV dah sampai Juz 8 rasanya.. Nanti keluar Juz baru Sis update. 

Korang pula bagaimana?


P/S: Ya Allah, ampunilah aku, istiqomahkan laa hati dan jiwa aku ni untuk buat yang terbaik dalam mengagongkanMu Ya Allah.. :(( 

إرسال تعليق

11تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. setakat ni belum pernah tinggal baca doa iftitah sbb agaknya dari kecil dah diajar utk baca, baca dan baca...jadi otomatik mmg terbaca. cuma baca tapi tak paham maksud

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Ammi, sebelum ni memang tak pernah tinggal, sekarang ni jee, selalu aje sibuk solat di luar dan bacaan doa tu dah kerap tinggal.. Allahuakbar...

      حذف
  2. Alhamdulillah , thanks for good sharing sis

    ردحذف
  3. aku pun kadang baca kadang tak doa iftitah ni sebab dia sunat kan..kalau dia sunnah, kita buat dapat pahala kan...kalau tinggal, tak berdosa..jadi baik buat secara istiqomah..thanks sis atas perkongsian ni, insya'Allah sama2 perbaiki solat kita..

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Sunah.. kalau dulu memang tak pernah tinggal, tapi bila keadaan jadi sibuk je, solat jadi janji buat, tu yang kadang sampai doa ni pun tak baca...huhuhu...

      حذف
  4. masa solat, tak pernah tinggal baca doa iftitah ni, walau pun solat sunat.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah, Saya sedang berusaha untk terus istiqomah semula Wak..

      حذف
  5. Alhamdulilahm, moga kita istiqomah dalam mengerjakan solat..

    ردحذف
  6. Tak pernah lagi tinggal doa iftitah ni, mybe sebab dah biasa dari kecil mesti kena baca.Semoga kita semua istiqomah dalam membaca dan mengerjakan solat di awal waktu..
    Amin

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!