KEMPEN CERAHI KEHIDUPAN BERSAMA TOP AMALKAN NORMA BAHARU BANTU ANAK ORANG ASLI KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN SELAMAT

Sis Lin
22
KEMPEN CERAHI KEHIDUPAN BERSAMA TOP AMALKAN NORMA BAHARU BANTU ANAK ORANG ASLI KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN SELAMAT | Wanginyaaa... yaaa sangat wangilah sabun TOP pek berwarna kuning ini. Jujurnya yaaa ini adalah kali pertama Sis membeli dan menggunakannya sebab terpanggil dengan 'Anti Sebum' dia yang menanggalkan kotoran yang nampak mahupun yang tak nampak. Biasa beli dan guna yang pek berwarna merah atau purple tu je..

Yang bestnya pek kuning Micro Clean Tech ni, ianya membasmi bau masam dan mematikan bakteria 99.9% dalam sekali cucian. Baguskan! So walau kuat peluh macam mana pun, bakteria terhapus sama sekali. Dan sempena hari perskolahan yang akan bermula tidak lama lagi, TOP telah menjalinkan kerjasama bersama dengan TESCO dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP' bagi membantu anak-anak orang asli kembali ke sekolah dengan selamat. 

Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah.

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021.

Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat kanak-kanak ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik. 

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

Selama lima tahun ia berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga ibu bapa tunggal.

Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik, di samping meraikan kepelbagaian, pencapaian dan ketabahan komuniti ini.

Tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah adalah;
  1. SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berpretasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor; 
  2. SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan 
  3. SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil dan terjejas mata pencarian.

Dana akan dikutip menerusi sumbangan sebanyak RM0.30 dari jualan produk detergen TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada komuniti Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu.

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

TOP dari Lion Jepun tekenal dengan konsep kehidupan yang bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. TOP Micro-Clean dengan teknologi Anti-Sebum menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan berkesan.

“Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling terjejas mata pencarian akibat COVID-19. Dalam kerjasama kami dengan JAKOA, kami telah mengenalpasti penambahan pelitup muka jenis kain boleh guna semula sebagai satu cara untuk membendung penularan COVID-19 dengan melindungi kanak-kanak dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka.”

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

TOP memasukkan pelitup muka tiga lapis guna semula dengan penapis tersedia dalam saiz kanak-kanak ke dalam kelengkapan kembali ke sekolah kerana pelitup muka jenis ini tahan lama dan ekonomi dalam jangka masa panjang berbanding pelitup muka jenis pakai buang. 

Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP akan menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih sempurna termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain.

“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent amat sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum dan ia juga mempunyai wangian anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap. Kempen ini telah mendapat sambutan baik pengguna TOP selama lima tahun kebelakangan ini. Kami berharap mereka akan terus menyokong ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ pada tahun ini kerana keperluan kali ini lebih memerlukan,” kata Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li.


Kempen ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pemulihan nasib pelajar Orang Asli menerusi kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mendekati ibu bapa dan komuniti bagi mengubah sistem pendidikan. Ia juga tepat pada masanya di saat negara sedang dilanda gelombang ketiga COVID-19.

“Pandemik yang melanda ini secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Orang Asli. Ada keluarga yang berasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka kerana tidak mampu membeli pelitup muka, namun tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam bidang akademik. Pembelajaran secara dalam talian agak sukar bagi komuniti ini yang tiada sambungan internet dan peranti elektronik yang diperlukan di rumah malah guru-guru perlu menghantar kerja rumah terus ke rumah para pelajar. Komuniti Orang Asli dan JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dan penambahan pelitup muka kain guna semula yang pasti akan membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa,” kata Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo.

Semasa tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk detergen TOP akan ditawarkan pada harga istimewa di semua pasar raya TESCO dan TESCO online.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

So apalagi, marilah kita membeli sambil menderma bersama TOP! Dengan setiap pembelian produk TOP di pasar saya TESCO, korang automatik mengambil bahagian dalam penyumbangan kepada kebajikan anak-anak orang Asli memenuhi segala persediaan dan persiapan mereka untuk kembali ke sekolah pada tahun 2021!

Cerahi Kehidupan Bersama TOP 2015 hingga 2019


P/S: Tahniah TOP dan untuk korang semua juga yang menyertai kempen ini.. 

Post a Comment

22Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bagus kempen mcm ni dpt bantu org susah , bukan semua mampu pakai mask

    ReplyDelete
  2. Kita memang guna sabun top kuning ni, kadang merah, skrg guna hijau, ia bagus utk org yg sidai baju dalam umah macam Kita, hehe

    ReplyDelete
  3. sabun pencuci pilihan ramai, bgs la kempen mcm ni...

    ReplyDelete
  4. perghh rajin ko edit tambah2 ek..hahahhaha

    ReplyDelete
  5. wah! bagusnya jenama TOP ni tak sangka diorang ad buat charity macam ni juga. so bolehlah beli TOP sebagai tanda sokongan kita dekat diorang kan?

    ReplyDelete
  6. bagus juga kempen membeli sambil menderma ni. semoga dapat membantu meringankan beban mereka yg terjejas :)

    ReplyDelete
  7. really love what they are doing and how they are contributing to the orang asli community in malaysia. so glad i am using this brand at home!

    ReplyDelete
  8. Bagus sebenarnya kempen ni.. kita boleh bantu masyarakat org asli yg memerlukan

    ReplyDelete
  9. Senangnya nak membuat amal kebajikan. Dengan membeli saja kita dapat membantu mereka yg memerlukan.

    ReplyDelete
  10. bagusnya TOP bekerjasama dengan JAKOA untuk membantu anak-anak orang asli dapat pendidikan yang cukup dan sempurna. Semoga amal murni ni bagi banyak benefit dan rezeki kepada TOP

    ReplyDelete
  11. Bagus kempen ni, sentiasa membanti golongan yang kurang bernasib baik and kurang mampu.

    ReplyDelete
  12. Bagus kan teknologi Japan ni, sesuai untuk sidai dalam rumah. Sekarang ni musim hujan, tak dan nak sidai kat luar.


    Cara Nak Target Audience DiFacebook Untuk Iklan FB Ad

    ReplyDelete
  13. brand tu memang saya guna. wangi. sambil membeli sambil beraamal gitu. harap banyak lagi program macam ni

    ReplyDelete
  14. Top ni memang jenama pilihan my family o... hahaha... my mom ada collection of stock dalam store yang boleh guna up to setahun kot..ada sale jer dia grab... LOL..

    ReplyDelete
  15. Bagus TOP buat inisiatif macam ni. Membantu orang Asli yang memerlukan. Semoga inisiatif macam ni dilakukan berterusan

    ReplyDelete
  16. Mak saya suka sgt top ni.. Tp syabas buat TOP kerana sentiasa prihatin dgn masyarakat sekeliling

    ReplyDelete
  17. Yes. Kita pengguna sabun Top! For sure kita akan support Kempen dari Tesco ini. Kita tak dapat bantu banyak, dapat bantu serba sikit pun dah memadai. Keep it up Tesco!

    ReplyDelete
  18. Moga lebih banyak syarikat yang akan tampil dan buat inisiatif serupa bagi membantu yang memerlukan

    ReplyDelete
  19. Dah lama guna top. Biasa pakai merah n pink. Ni baru cuba kuning. Tahniah top jayakan kempen bersama tesco

    ReplyDelete
  20. This is so good! Congratulation on the success project! God bless everyone!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!