MASAK MENU SIMPLE TAPI SEDAP KHAS UNTUK ADIK-ADIK

Sis Lin
20
MASAK MENU SIMPLE TAPI SEDAP KHAS UNTUK ADIK-ADIK | Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin buat korang semua. Apa khabar? Moga semuanya sihat-sihat pagi ni ya. Mulakan hari ini dengan bismillah, dan di sudahi dengan alhamdulilah. Dan yang penting jangan lupa senyum, bila kita senyum, maka orang sekeliling kita juga tersenyum. 

Sis alhamdulilah sihat, cuma dari hari Khamis lepas hinggalah semalam, memang bizi sikit di rumah sebab melayan adik-adik dan anak saudara yang datang bertandang dan bermalam dirumah. Bila dah adik-adik semua datang, apalagi memang jadi kegembiraan buat Sis laa.... sebabnya, Sis boleh masak, dan ada yang nak makannya hehehe.

Yaa memang selalu masak, tapi tak semeriah bila dah ramai-ramai datang berkumpul. Kalau dulu masa ada arwah Emak pun susah nak berkumpul gini, sebab Emak lebih suka duduk je rumah dan tak 'kerasan' nak duduk lama di rumah orang, so memang adik-adik pun jarang nak bermalam tidur di rumah. 

Bila Emak dah takde, kami adik-adik je laa yang ada dan sesekali dapatlah berkumpul. Itupun sebab masa banyak terluang dek kerana anak-anak saudara tak sekolah sebab wabak Covid9 ni, kalau tak sebelum ni, memang payah leee adik-adik nak stay lama. Memasing sibuk dengan anak nak sekolah.

Suami pulak jenis memang suka melayan anak-anak saudara, mulalah kalau tau adik-adik nak datang, macam-macam dia belinya. Suruh masak itulah inilah. Sis suka aje, sebab kita masak, ada yang nak habiskan hehehe.. Kalau tak biasa masak, Sis anak beranak pun payah nak habiskan lauknya.. 

Masak Menu Simple Tapi Sedap Khas Untuk Adik-Adik

Masak Menu Simple Tapi Sedap Khas Untuk Adik-Adik

Untuk 4 hari 3 malam ni, memang macam-macam Sis masak. Ada yang tak sempat nak di amik gambarnya sebab masak aje, hidang terus makan sama-sama. Mana yang sempat aje laa yang sempat Sis amik gambarnya. Dan ada juga sehari tu, kami tak masak tengah-hari, sebab adik Sis ada order makanan, malamnya makan burger. Ada juga kami goreng mee aje, malamnya kami beli burger, gitulah melayan tekak anak-anak kan.. 

Tapi kalau dah sekali Sis masak, haaa memang seperiuklah masaknya. Hidang pun Sis hidang je buffet kat kaunter bar dapur Sis, sapa nak makan, ceduklah sendiri hahaha. Konsep layan diri gituh namanya. 

Antara menu permintaan yang Sis masak adalah, Asam Pedas Ikan Duri, Kacang Panjang Goreng Bertelur, Ayam Goreng Berempah, ulam-ulaman dan juga Ikan Asin Kurau. Haa yang ni menu permintaan adik-adik. Katanya lama tak makan asam pedas hehehe. 

Masak Menu Simple Tapi Sedap Khas Untuk Adik-Adik

Masak Menu Simple Tapi Sedap Khas Untuk Adik-Adik

Hari-hari berikutnya, kebetulan Suami ada beli ketam, makanya Sis masakkanlah untuk anak-anak saudara Sis yang suka nau makan ketam, Sup Ketam Bersama Kentang, dan untuk menu lain, Sis masakkan Kari Ikan Tongkol Bersantan. Memang makan sekali jalan, licin...alhamdulilah..

Meriah kalau masak, kemudian makan beramai-ramai, benda tak sedap pun jadi sedap.. tapi kalau Sis masak, semuanya kata sedap, padahal masak pun simple-simple aje, mana tak kembang punggung Ayyom dia kena puji hahaha.. 

Masak Menu Simple Tapi Sedap Khas Untuk Adik-Adik

Masak Menu Simple Tapi Sedap Khas Untuk Adik-Adik

Kalau bab sarapan pagi pun ada harinya Sis masak, ada harinya kami beli je. Tapi puashati masak aje sendiri. Macam ada sehari tu Sis goreng Kue Tiaw Goreng, haaaa sekali jalan aje makan, licin.. puashati makan sampai makan bertambah-tambah. Ada harinya tu kami beli roti canai, sekali beli smapai 40 keping. Dan Sis buatkan juga roti sandwich Tuna. Pun habis sekali jalan makan. 

Hahaha yaaa ramai, so kenalah masak lebih, baru puas makan. Tak suka kalau makan, kena sekat-sekat, budak-budak kann, kalau nak makan, biarkan.. janji terlebih jangan berkurang. Dan lagi satu, kalau dengan anak-anak ni, jangan berkira. Rezeki tu ada je, betul tak?.. 

Masak Menu Simple Tapi Sedap Khas Untuk Adik-Adik

Masak Menu Simple Tapi Sedap Khas Untuk Adik-Adik

Dan semalam, sebelum adik-adik semua balik, sempatlah buatkan kuih Onde-Onde untuk anak saudara, Danny yang suka sangat makan kuih ni. Sampaikan kalau dia bagitau Mama dia, 'Nak makan kuih Ayyom tu' hahaha.. Mama dia tau laa kuih apa kekeke.. Pun habis sekali jalan, Sis buat sekilo tepung, puas laa makan semua. Alhamdulilah.. 

So pagi ni bangun. sepi sunyi je rumah, kalau tak dah 4 hari bangun, meriah dengar suara anak-anak saudara.. aishhhh rindu pulak kat mereka. Ikutkan anak-anak saudara semua taknak balik, tapi sebab esok mereka kena pergi sekolah pulang buku teks semua, tu yang kena balik juga. Kalau tak memang stay lagi laa semua. 

Sis pun semalam malam juga settle mengemas semua, cuma nak bawa cadar dan selimut aje pergi cuci dobi. Dan harini pun agak bizi juga, nak bawa kereta anak pergi servis. Risau juga nak keluar rumah ni, tapi nak buat macam mana, dah anak nak pakai kereta tu, kenalah hantar servis. 

Okaylah, nanti sambung lagi. Sis nak bersiap-siap. Pergi cepat, cepatlah balikkan. Lagipun draft blog pun banyak nak settlekan juga ni, kang balik kenalah duduk nagadap laptop, edit dan siapkan draft. 


P/S: Tahniah buat Cliff Umar juara Gegar Vaganza 2020.. dan syabas juga buat Muss naib juara Gegar Vaganza 2020!.. #TeamMuss 

إرسال تعليق

20تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. meriahnya menu sis... seronok kn bila ramai² berkumpul mcm ni... mkn simple jer pun boleh bertambah² apatah lg kalau masak extravaganza.. lagilah

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu, dalam pada tak selera nak makan lepas masak, bila dah ramai semua mengadap, terus jadi lapar...

      حذف
  2. Nikmat lain macam bila masak,makan sama-sama ramai-ramai. Puas hati. Lagi satu bukan mudah nak berkumpul sama-sama, peluang dan waktu yang ada manfaatkan sebaiknya kan Sis. Macam kami, nak berkumpul adik beradik susah juga sebab tuntutan kerja masing-masing. Tapi bila jumpa nah...

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa PC, bukan senang Sis nak berkumpul ramai-ramai macam ni, ni sebab budak tak sekolah, maka semuanya free dapatlah kami semua berkumpul..

      حذف
  3. Sedapnyaaaaaaa... nak asam pedas please.. can i stay your home 🤪... Hahahhahaha... best kan tetamau reramai gini....

    ردحذف
    الردود
    1. Meh laaa sini Non.. nanti aku masakkkan untuk ko asam pedas yaaaa

      حذف
  4. kalau balik rumah mak dapat makan dengan meriahnya..lagi kalau adik beradik balik, tak pernah meja tu tak penuh rasanya..Walau sesimple mana pun menu, kalau dapat makan ramai-ramai memang best.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Eda, masak simple pun, bila dah ramai-ramai jadi meriah.. makan sikit terus rasa kenyang.. kenyang gelak pun ada hahahaha

      حذف
  5. syok kalau makan ramai2..ltk apa smua licin..:)

    ردحذف
    الردود
    1. Tepat sekali Cik Nor, sekali masak, licin terus.. hehehehe

      حذف
  6. dimasak dgn penuh kasih sayang tentulah lagi sedap kan

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat betul Mamapp.. tambah puas si tukang masak, bila masak ada yang makannya..

      حذف
  7. Sedap-sedapnya menu! Best ni makan ramai-ramai.

    ردحذف
    الردود
    1. Kira simple dah tu Amie, sebab takde masak sayur ke apa, sebab bebudak semua tak suka sayur hahahaha..

      حذف
  8. Alhamdulillah
    meriah dan sesedap menunya.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Wak, esok-esok entah bila dapat kumpul begini dah...

      حذف
  9. Ena pon suka tetamu datang. Memang letih memasak tapi tetamu kan rezeki hehe. Teringin rasa asam pedas sislin.

    ردحذف
    الردود
    1. Sama Sis, kalau kata nak berkumpul, Sis lebih suka ajak adik-adik ke rumah Sis..anak-anak seadara kalau datang sampai taknak balik hehehe

      حذف
  10. meriah ni!!!! kuih tu dah lama tak makan , terliur :)

    ردحذف
    الردود
    1. Kan kan, kuih kegemaran anak saudara Sis tu, tiap kali datang mesti suruh buat hehehe

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!