MEE GORENG KERANG IS DONE!

Sis Lin
13
MEE GORENG KERANG IS DONE! | Haaaa sila baca dengan gaya suara serak-serak basah Eina Azman yaaa, 'Mee Goreng is Doneeeee', hahahaha.. Pepagi dah siap sarapan dan update blog Sis Lin ni ya, kau ngase? Lalalalala... yaaa semestinya laaa semua kerja rumah dah settle! Satu kelegaan di situ bila kerja rumah dari tingkat bawah hingga ke atas semua dah settle semalam. So pagi ni agak rehat dan banyak masa.

Harini pepagi lepas Subuh Suami dah keluar bekerja, ye laa tengah sibuk ni job di Penggerang shutdown semua, so memang pergi awal, baliknya lewat malam. Kadang sampai Sis tertido di ruang tamu menunggu Suami balik. Bukannya apa, seketul Sis Lin, selagi Suami tak balik, memang tak lena nak tidur atas katil, kecualilah kalau dia kata memang tak balik, lepas Isyak Sis dah masuk tidur hahahaha.. 

So lepas Suami pergi kerja, terus Sis masuk dapur buat sarapan untuk anak-anak. Suami tadi hanya minum Oat aje buat alas perut. Tak nyempat apa kalau dia nak cepat aje. Sis pula dah berjanji dengan anak-anak, harini nak masak Mee Goreng untuk bawa bekal pergi kerja, so bahan semua dah Sis siapkan malam tadi, cuma belum blender aje. 

Mee Goreng Kerang Is Done!

Mee Goreng Kerang Is Done!

Bagi yang tak suka taugeh, kalau tengok gambar atas ni mesti tercekik tekak dia kan? Hahahaha... tapi kalau Sis, selagi tak penuh kuali dengan taugeh, memang tak sah! Walau anak-anak kurang suka taugehnya, tapi sebab Emaknya yang masak, so redha je laa, ko telan aje laa walau nanti nampak teritip taugehnya duk tepi pinggan hahahaha..

Yee kalau takde taugeh rasa tak lengkap aje, nampak kosong je kuali, lagi kalau goreng mee hoon atau kue tiaw, lagi lee selambak taugeh Sis letak hahahaha..Berapa kali dah kena tegur dengan anak pun tetap Sis campak bebanyak kekekekeke.

Korang ada yang tak suka taugeh gak ke?..Sebab makan sendiri, so malas nak buang ekornya hehehehe..

Mee Goreng Kerang Is Done!

Yay! Mee Goreng Kerang is Done!

Alhamdulilah, siap bekalan sarapan utnuk anak-anak. Satu tu untuk Yana, satu lagi untuk anak bujang. Lega dah siap masak sarapan merangkap makan tengah hari, juga dah siap mengemas rumah, mencuci, melipat, mengosok baju, mengelap dan mengemop rumah semalam, so hari ini Sis boleh rehat dan banyak masa nak buat kerja lain. 

Yaaa hari ini niatnya nak mengerjakan pokok-pokok bunga dan mengemas tudung-tudung lama yang Sis taknak pakai lagi untuk sedekah kat orang. Juga bag-bag tangan lama yang mana kulitnya dah rosak tu, nak buang aje. Buat semak dalam bilik aje kan. Lagi kalau tengok topi-topi Suami tu, adeii fening kepala den.. 

So korang dah sarapan ke belum tu? Makan apa? Moga kalian semua sihat dan ingat, jika tiada keperluan, duduk aje laaa di rumah ya.. 

Okay, sekian dulu, nanti sambung, Sis nak membelai pokok..


P/S: Malam tadi mimpi ngeri lagi...adeiiii tak sempat nak cerita kat Suami errrrr....

إرسال تعليق

13تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. saya makan juga tauge tapi tak suka sgt. kalau letak banyak macam tu jadi seram pula nak makan..haha

    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-kampung-pisang-bersiri-siri-2020.html

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha janji makan Tiara, ada orang bukan seram lagi, terus tak makan hahaha

      حذف
  2. Mee goreng kerang sememangnya fav SA Sis...selalu suka letak kerang banyak- banyak and dah mesti kerang yang fresh

    ردحذف
    الردود
    1. Sama Sis SA, kalau goreng mee kalau boleh nak letak kerang, lagi kalau kue tiaw..

      حذف
  3. sedapnya. lagi kalau kerang tu fresh.

    ردحذف
  4. Rindu nya nak makan masakan ko!!!
    Rindu nya nak kumpul reramai.....
    arghhh rindu telur dadar ko... eh eh hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Meh laaa, nanti datang Johor tidur sini Ret.. aku masak bebanyak menu untuk ko..

      حذف
  5. i love tauge! hehehehe berselera nampak ni

    ردحذف
  6. ko ni kan asyik mimpi ngeri aje lerrr..huhuhu

    ردحذف
  7. I love taugeh n kerang. Takde hal taugeh banyak. Krup krap makan

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!