MENU ASAM PEDAS AYAM JADI PILIHAN UTAMA ADIK-ADIK AKU | Alhamdulilah, dapat juga masak menu asam pedas ayam untuk adik-adik Sis yang datang ke rumah bertandang bermalam di rumah beberapa hari yang lepas. Walaupun ada menu-menu lain yang Sis masak, tapi menu asam pedas ayam jadi pilihan utama adik-adik Sis dan juga anak-anak sedara.
Menu asam pedas ayam ni dah berapa kali juga tertangguh nak masak, gara-gara ada je menu yang lain jadi juara carta hahahaha.. tapi akhirnya dapat juga Sis masakkan asam pedas ayam ni untuk di hidangkan kepada adik-adik. Licin seperiuk masak 2 ekor ayam, puashati Sis!.
Kebetulan ada sawi jeruk, so Sis masukkan sekali. Nasib juga adik-adik pandai makan sawi jeruk tu, padahal sawi jeruk tu Sis masukkan atas permintaan anak Sis,Yana.. ikutkan Sis nak letak kentang ajer.
Tapi tak apalah, sesekali kann bertukar selera..
Kalau orang Johor, dalam seminggu memang tak sah kalau sekali atau dua kali masak asam pedas ni. Tak kiralah asam pedas ayam ke ikan ke, tetel ke, tapi mesti dalam seminggu tu akan masak asam pedas. Samalah dengan rumah Sis ni, padahal baru aje sebelum tu masak asam pedas ikan siakap, ehhhhh di masaknya lagi asam pedas ayam pulak hahahaha..
Tapi kalau Sis, masak berulang menu yang sama pun takpe, asalkan apa yang di masak tu jadi kegemaran dan habis di makan. Buat apa masak bebanyak lain-lain menu tapi kalau semua orang tak suka makan kan? Nanti buang aje membazir..
Eloklah masak atas kesukaan majoriti, so sekali masak semua suka makan, kompom laaaa licin kan hehehe..
Pernah ada yang bertanya; 'Tak masam ke letak sawi jeruk dalam asam pedas tu?'..
Sebenarnya yaaa kalau ikutkan memang rasa masam sawi jeruk tu, tapi style Sis, kalau Sis nak masuk dalam asam pedas, Sis akan letak asam keping atau air asam jawa kemudian sekali, kira last laa bila dah mendidih. Tapi kebiasaannya akan letak yang jenis paste tu je. Lebih mudah nak anggarkan masamnya.
Bila dah masuk sawi jeruk tu, bila kuah dah mendidih, rasakan kuah tu, kalau dah memang masam, tak payah tambah lagi asam keping atau air asam jawa, tapi kalau korang suka jenis kuah masam-masam, silalah menambah kemasamannya hehehehe...
Dan jujurnya, biasanya laaaa, jarang sekalilah Sis letak atau tambah asam keping atau air asam jawa kalau dah letak sawi jeruk tu. Just nice je rasa masamnya.. Tapi ikutlah tekak memasing ek..
Nak resepi?
Sila aje mengoogle.. nak menaip malas laaa, sebab sama je resepi asam pedas semua orang, cuma cara dan gaya masaknya aje berbeza.. So pepandailah korang adjust memana resepi yang korang rasa nak follow.. senang cakap, ikut selera tekak memasing lerr..
Okaylah, cukup dulu buat pagi ni, Sis nak mengemas rumah ni, nak cuci cadar dan macam-macam kerja lagi.. adik-adik semua dah balik, sepi dah rumah ni, huhuhu..
Nanti sambung lagi eh.. OkBai..
P/S: Off laa masak harini, nak gi makan Bakso Tulang laaa harini !..
tkpernh mkn asam pedas ayam...biasa mkn asam pedas ikan je
ردحذفramai yang kata sedap boh sawi jeruk dalam asam pesa tapi dana tak pernah cuba lagi... nanti teringin jugak lah nak boh...
ردحذفNaim tak penah lagi makan asam pedas ayam ini. hehe. Tap pada melihat pada gambar sahaja mampu buat orang terliuar. hehe.
ردحذفAll time favret lauk asam pedas..belum pernh try letak sawi jerukk..next time nak cuba sndri pula..hehe
ردحذفAkak tak pernah masak asam pedas ayam..nanti nak try la masak sikit dulu tengok mereka makan ke tak..terliur pulak tengok asam pedas sis lin ni
ردحذفbiasa kalau dengar asam pedas je mesti cliche ikan pari je kan tapi sebenarnya ayam lagi sedap! haha
ردحذفrare jugak ni kak lin letak jeruk sayur sawi dalam asam pedas. Jarang nak masak asam pedas ni sebab adik tak makan haha
ردحذفPuashati dan seronok bila org makan bertambah-tambah... Terus hilang rasa penat memasak tu :)
ردحذفLama tak masak asam pedas ayam. Sebabnya, suami nur tak berapa gemar makan asam pedas. Tapi nak kasi lepas gian, boleh jugak buat nanti. Tapi kan sis, ni first time tau jumpa asam pedas letak sawi jeruk. Wow sangat!
ردحذفBella haritu baru pertama kali cuba sawi jeruk dalam asam pedas Johor. Terliur menengok masakan awaok sis Lin. Bila nak bagi rasa ni? Hehe
ردحذفWah.. First time dengar tentang sawi jeruk... Saya pun suka asam pedas sejak kawen dgn orang Johor ni. 😊
ردحذفmemang rare resepi akak letak sayur jeruk ni. teringin juga nak cuba, tak pernah lagi makan asam pedas..hehe
ردحذفSesekali makan asam pedas ayam, sedap juga.
ردحذفtak biasa makan sawi jeruk. teringin nak try asam pedas ayam tapi roommate ni tak reti makan la pulak adehhh
ردحذفSamalah sis. Kat rumah ni pun masak asam pedas selalu..haha..tapi selalunya masak ikan, jarang masak ayam
ردحذفTak pernah rasa lagi asam pedas ayam atau sawi jeruk. Nak kena pegi Johor la ya kalau nak rasa yang ori?
ردحذفTerliur dengan asam pedas ayam nih!! Saya suka jugak asam pedas ayam... sedappp! Ui.. ada sawi jeruk.. lagi padu tu...
ردحذفT google resepi... hahaha
Tertelan air liur nampak sawi jeruk tue.... Lama sungguh tak makan sawi jerukk... Favorite nenek selalu masak ni for me.. Lama x balik kampung dah sebab covid ni.. Aduii...
ردحذفOh my the Asam Pedas looks so good, I like Asam Pedas too but I've never tried it with sawi jeruk, wonder where I can get this in restaurant.
ردحذفomg i love asam pedas so much! i bru je makan asam pedas smlm kt kg baru kuala lumpur, kt one of the warung tp jalan. you should check it out too. I have not tried this dish with sawi jeruk before but the picture you posted looks so sedap laaaa. what a creative way of eating it, can't wait to cuba nnt menggunakan cara sis lin
ردحذفKita jarang masak asam pedas ayam selalu mesti ikan atau daging hehehehe kali ni bila tengok resipi ini sangat menyelerakan dan sedap nampak macam kena cuba juga lah hehehehe...
ردحذفasam pedas is so tasty especially when eat with white rice. I hope I manage to cook it too still a lot to improve my cooking skill
ردحذفPnh makan asam pedas ayam sekali je.
ردحذفKalau diri sendiri nak buat, takut cik suami pun tak makan.
Sbb pnh tnya dia. Dia mcm pelik je.
Haha
Adush. Kecur plak liur tetengah malam tengok ayam masak pedas nie. Tak pandang lauk lain kalau dapat nie kan. Itu Rawlins la hahaha
ردحذفThey looking at it I am very sure that I have to cook this because it makes me drool to the max
ردحذف