MOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEBELUMNYA | Assalamualaikum, selamat pagi Isnin korang! Rasa macam lama nau tak membebelkan? Hehehehe.. padahal baru je 2 hari offline, tu pun sebab hujung minggu dan Sis agak sibuk sikit dari hari Khamis lepas staycation di Legoland Malaysia Resort dan juga di JO Hotel Johor Bahru. And now, Sis sedang mengkuarantinkan diri di rumah seketika untuk bagi badan ni refresh balik setelah ke sana ke sini banyak sangat berjumpa orang. Kita amalkan konsep Kita Jaga Kita ya.
Korang harini okay? Ada yang masih bekerja dari rumah? Atau maintain bekerja seperti biasa di ofis? Harap semuanya baik-baik aja, tak kisahlah di rumah ke, atau di mana aja, yang penting Stay Safe. Hari ini pun bermulalah PKPB semula di Johor. Tapi tidak seluruh Johor. Di Mersing PKPB ditamatkan hari ini seperti yang dijadualkan, manakala PKPB di Kota Tinggi dilanjutkan sehingga 20 Disember, sementara tiga daerah iaitu Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai dikenakan PKPB mulai 7 Disember (Hari ini) sehingga 20 Disember.
Kejap tamat, kejap sambung, nak tak nak terima aje laa, walaupun Sis sendiri pun tak faham kenapa SOP PKPB kali ni agak mengelirukan semua orang. Yaaa untuk SOP PKPB kali ni, TIADA lagi sekatan jalanraya, semua orang boleh rentas negeri dan daerah tanpa surat kebenaran polis kecuali tempat/negeri/daerah yang dalam PKPD. Korang rasa pelik tak?.
Kes makin hari makin meningkat, tapi tang boleh rentas negeri dan daerah tu, Sis masih tak boleh hadam dan faham. Tang mananya nak kontrol penularan wabak Covid9 tu, kalau dah semua orang boleh ke sana ke sini? Korang ada fikir hal yang sama macam Sis tak?.
Terdekat sekali laa dalam lingkungan kawan-kawan group wahtsapp Sis, bila kata boleh rentas negeri dan daerah aje, waaaa terus memasing dah cadang nak pergi bercuti, paling ramai kata nak pi Langkawi dan Cameron Highlands. Sis macam erkkkkk... malas nak menyampuk perbualan dalam group tu, sebab rasa macam, perlu ke nak pergi bercuti time sekarang?.
Tak dapat bayangkan bila kata semua orang keluar bercuti dan semua tempat penuh seperti sebelum ni. Dan masing-masing dah tak peduli SOP. Bukan kata Sis ni kondem tak membantu ekonomi dan perlancongan negara sendiri, tapi rasa macam belum sesuai laaa kot masanya...
Kepenatan frontliners tu belum lagi hilang dan reda, ni kalau silap-silap lagi menambah kes baharu kang ada laaa... bukan kita meminta, tapi dah banyak kali berlaklu sebelum ni, adeiii entah laaaa, blur kejap otak.
Tak taulah kalau kerajaan ada langkah keselamatan atau strategi mereka yang mereka dah atur dan susun untuk SOP PKPB kali ini. Tapi bagi Sis kalau dah KKM kata, buat masa ni vaksin Covid9 tu adalah diri KITA sendiri, makanya, kita sendiri mau ingatlah. Jangan pentingkan diri sendiri dan lupa akan orang-orang sekeliling.
Jika rasa perlu untuk keluar, silaa... jika rasa fikir, boleh sabar dulu, dan fikir akan ada waktunya nanti baru sesuai nak pergi bercuti, haaa silalah duduk dirumah diam-diam dulu. Konsepnya sekarang Kita Jaga Kita. Kalau dah semua orang kata, 'Ada Aku Kesah, Lantaklah', makanya.... sampai bilalah nak berakhir semua ni...
Tapi kalau rasa selamat, boleh jaga diri dan keluarga, pergilah... pergilah bawa anak-anak dan family bercuti, takde sapa nak larang pun. Paling tak sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi negera, cuma pandai-pandailah amik langkah double protection dan patuhi SOP yang di sediakan.
Kita kalau boleh biarlah hari-hari mendatang lebih baik dari sebelumnya, bukan hari ini aja, tapi jika tidak kita mulakan harini dengan baik, makanya... hari mendatang susah nak dapat yang terbaikk.. betul tak?.. Ehhh panjang pulak membebelnya pepagi hehehe..
Okaylah, cukup dulu nak bagi refresh minda jap. Jika ada yang terasa hati dengan posting ni, aaaa abaikan je laa, ni luahan dari Sis sendiri. Ikutlah memasing punya hal kan, jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah. Okaylah, nanti kita sambung lagi. Biasalah hari Isnin banyak kerja nak buat. Korang jaga diri ya..
OkBai.
P/S: Menu harini, nak masak Ketam Masak Lemak Peria.. erghh dapnya...
hahahaha.. apo nak dikato...
ReplyDeleteTu lerr, apo nak di kato hahahahaha
DeleteKannn... salam PKPB sis!!!
ReplyDeleteYaaa Non, kerja kan? Stay Safe Non..
Deleteaku kerja cam biasa aje ni..huhuhu
ReplyDeleteUishhh... take care, pakai pelitup mulut sentiasa ookay..
DeleteTak faham jugak. Macam pelik bebenor sekarang ni. Semoga kita semua dilindungi dari perkara-perkara yang merbahaya
ReplyDeleteYaaa Fizah, tak tau laaa, mungkin mereka ada cara untuk mengatasi semuanya...
Deletealamak..nak bercuti tu macam seram je. Nak rentas daerah/negeri pun kalau ada urusan penting je.
ReplyDeleteYaaa Fizah, bagus untuk majukan ekonomi, tapi jika bukan keperluan bukan masanya, elok duduk aje di rumah dulu...
DeleteKena hati-hati, dan sentiasa patuhi SOP. Covid-19 tak ada mata, tak kira mangsa. Rasa takut semacam jew...
ReplyDeleteHarap rakyat sentiasa peka hal ini...
Deleteamin amin.... rasanya walau dah boleh rentas negeri, better stay put dulu kan.. bagi keadaan reda betul2.. take care sis :)
ReplyDeleteYaaa Atie, dalam keraguan nak ke sana ke sini lagi..better duduk rumah je dulu...
DeleteSama jugalah Sis, kalau PKPB biasanya memang tak kemana pun.. jika dah tamat, barulah ON balik jika pihak berkenaan panggil semula.. kalau tak duduk rumah aje..
ReplyDelete