'NO PLACE LIKE JO HOTEL', JADI APALAGI, JOM MENGINAP DI SINI! | Korang ada baca tak posting Sis sebelum ni yang 'Party Kelawar' tu?, haaa ini sambungan kisah di sebalik Party Kelawar tu haa. Kira ngam-ngamlah sempat Sis menginap di sini bersama team JDT Blogger , dan sehari sebelum kami check-out, kerajaan umumkan PKPB di Johor. Nasib baiklah ada kelonggarannya tu, kalau tidak mana yang nak balik jauh tu kenalah dapatkan surat merentas negeri.
Tapi jika PKPB pun, korang still boleh datang bercuti ke Johor dan menginap di sini tau. JO Hotel buka seperti biasa menerima tetamunya dengan persediaan SOP yang ketat dan berjaga-jaga. Janji korang yang datang pun patuhi SOP yang di berikan dan patuh pada arahan. Yang penting sihat!.
Memang ramai juga yang tanya, 'JO Hotel ni kat mana?', yaaa mulanya pun dulu masa dengar nama JO Hotel ni, Sis pun tertanya-tanya, rupanya JO Hotel ni terletak di bangunan yang dulunya di kenali dengan Tropical Inn. Haaa sebut aje Tropical Inn mesti ramai yang tau kan?. Yess!.. di situlah JO Hotel..
Dengan taglinenya, 'NO Place Like JO Hotel', so sudah tentulah hotelnya ada ciri-ciri istimewanya tersendiri kan berbanding hotel lain. Tanpa lepaskan peluang, dan bila ada peluang dapat menginap di sini, Sis memang tak sabarlah nak enjoy stay di sini bersama geng-geng Jdt yang lain. Gilerr tak seronok kalau dapat staycation ramai-ramai macam ni.
Dan yang bestnya, di JO Hotel ini ada sebuah restaurant makan, yaitu Bibik's Kitchen yang betul berada di ruang lobby bawah. So kalau korang nak check-in di sini, korang boleh datang awal, dan makan menu Exclusive Nyonya Set Lunch dengan hanya RM35nett untuk dua orang. Sangat-sangat puashati dan berbaloi. Korang kena cuba menu Asam Pedas Kepala Ikan mereka, very terbaekkk!.
So pada haritu Sis bersama dua orang lagi JDT Blogger yaitu Sunah dan Ajan, di tempatkan dalam satu Family Room ni. Bilik kami bernombor 2019. Haa lagi satu kan, setiap bilik di JO Hotel ni mereka akan sanitise dan akan sealed sebagai tanda bilik itu bersih dan ready untuk digunakan. So bila korang dapat bilik yang pintunya tidak ada pelekat macamtu, korang boleh buat aduan dan bertanya pihak mereka hokay.
Yang jadi kesukaan Sis akan bilik di JO Hotel ni adalah, mereka tak lokek bantal!. Satu katil tu sampai berbantal-bantal mereka bagi, memang Sis suka dan selesa. Jenis Sis memang tidur suka bantal banyak dan empuk. So malam tu tidur memang nyenyak lena.
Kelengkapan lain macam juga hotel-hotel lain, ada almari baju beserta hanger, meja solek, dan yang bestnya tu kalau korang perasan, suis-suis di meja katil tu untuk adjust aircond semua jenis retro pesen lama zaman Bapak-Bapak kita dulu. Memang mereka still gunakan sampai sekarang, very the klasik kan!. Mulanya menjajor juga kami semua cari suis ekon, kesahnya di situ tempat adjustnya hahaha..
Untuk jenis bilik Family Room ni, toiletnya ada bathtub bersekali dalam satu toilet. Kelengkapan mandi pun siap semua, pemanas air mandi pun berfungsi baik, dan airnya pun boleh tahan laju dan besar, so mandi tu jadi puas gitu..hehehe..
Lain-lain tu biasalah, mini pantry mereka ada sediakan jug pemanas air untuk memasak air, kopi, teh semua lengkap termasuk mineral water tu. Sambil ko bancuh kopi, boleh layan TV di ruang tamu tu haaa.. Luas dan lapang ruang tamu di Family Room ni. Sebab itulah Sis buat 'Party Kelawar' tu di bilik kami. Lebih selesa dan nyaman.
Kalau pemandangan bilik plak, bilik-bilik di JO Hotel ni takde balkoni yaa, so korang jenguk tingkap aje laa, tapi takde laa seindah mana pemandangannya, takat ngadap jalanraya bandar Johor tu jee atau pun ngadap CIQ sana. Alaa tu pun dah okay laa tu dari kang dapat hotel yang ngadap pokok, kang takut pulak ko nak tido kan..bukan ko nak tido tepi tingkap ponn hahahaha..
Tapi okaylah, Sis suka, nyaman, tenang aje di sini, mungkin sebab masa tu tengah PKPB so tak ramai orang dan keadaan hotel pun agak sepi, now sekarang dah boleh rentas negeri, haaaa riuh laaa sana sini depan lobby kannn.. lagi pulak bila semua hotel tawarkan harga yang murah dan berbaloi, lagi laa ramai keluar bawa family bercuti.
So korang yang ada plan nak datang ke Johor dan nak stay hotel yang under budget korang, bolehlah kesini. JO Hotel ni hotel bertaraf 3 bintang, so memang korang akan dapat keselesaan dan servis yang baik seperti juga hotel lain. Duduk plak di tengah bandar yang depannya JBCC dan juga City Square, sonang nak soping weii hehehehe..
Untuk yang bertanya harga tu, Family Room ni harganya serendah RM250nett untuk satu malam, termasuk sarapan. Tapi jika ada bilik yang takde sarapan, korang boleh sarapan di Bibik's Kitchen yang ada menyediakan set sarapan pagi RM10nett sahaja. Makan malam pun ada juga untuk set Nasi Campur RM10nett.
Juga terdapat jenis-jenis bilik lain juga seperti; Deluxe Twin, Deluxe Queen, Deluxe Triple, Superior Twin, dan juga Superior Queen.
Dan sekarang pun mereka tengah buat promosi untuk bilik semua jenis Deluxe dengan harga only RM75nett untuk satu malam.. gilerrr tak murah..cepatlah korang booking sebelum fully booked!
Untuk lihat video penuh sepanjang Sis menginap di JO Hotel, korang boleh layari Youtube Video : https://youtu.be/7Fq5tb9EEow
Untuk melihat lebih banyak gambar bilik dan menu makanan di Bibik's Kitchen, korang boleh ke facebook pages @akusislin okay..
'No Place Like JO Hotel', Jadi jika korang mencari hotel murah di Johor ni, jom ke JO Hotel!
Patuhi SOP dn #StaySafe
JO Hotel Johor Bahru
Ground Floor
15, Jalan Gereja
Untuk tempahan :
📲: +6012 788 1951(WhatsApp)
📞 : +607 288 8688
📩: staywithus@thejohotel.com
Selamat bercuti korang...
P/S: Teringat-ingat kesedapannya asam pedas kepala ikan tu... mesti nak repeat nanti!
Cantik dah tema kaler dorg, doploh tahun dulu office kita depan tu, jadi memang selalu buat apa2 function kat situ, hihi
ReplyDeletecantik sangat la. sempoi ek party kelawar.
ReplyDeletemurah gila rm75nett satu malam !memang kena booking cepat ni kalau tak tkot fully book pulak kan ! whoever need staycation for now better cepat!
ReplyDeleteTertarik betul Sal dengan tagline JO Hotel. Ni kalau ajak anak-anak sure dyorang teruja. Tengok nanti macam mana sebab sesuai sangat dengan kita Sal yang anak ramai ni...kihkihkih
ReplyDeleteRM250 tu termasuk sarapan sis..kalo ikut kat website lah..tapi ikut lerr book dari mana pun..haha..susah betul bab ni
ReplyDeletewalaupun view family room tu menghadap bandar tapi macam tengok gallery room pulak sebab susunan building tu cantik hehe
ReplyDeleteMurahnya promosi! Kalau dekat pun Yaya rela saja gi stay semalaman. hihi.
ReplyDeleteDinding warna biru tu pun lawa sangat.
best, bilalah nak dapat staycation lagi entah la..
ReplyDeleteMurahnya harga promotion dia..dahlah tengah-tengah bandar hotel ni
ReplyDeletewow the room is very spacious at JO Hotel. I wish I can visit Johor and stay there soon. The view is so nice too
ReplyDeleteNampak luas betul bilik Sis Lin nie. Dah boleh duduk ramai2 kan. Bagus hotel nie jaga SOP dia. Saya suka!
ReplyDeletebilik bersih dan luas. nampak selesa sangat. okay sis lin kalau bae ke johor nanti nak try stay kat jo hotel
ReplyDeleteBoleh tahan hitel ni dan murah gak tu... bila mula2 baca JO Hitel i i terbayabg lak Jlo haha..ala Jeniffer Lope...
ReplyDeleteBest kan sesekali holiday dengan member2. Mesti rasa macam sleepover party. Hotel tu pun nampak selesa dan harga berpatutan.
ReplyDeleteeksklusif nyonya set tu yang memukau hati nak cuba sebab murah harga dia. Rm35 memang mampu milik sangat
ReplyDeleteMurah la kalau family room harga mcm tue.. Boleh save hotel ni dlm Google Map la utk future reference... 👍
ReplyDeleteSuka color concept hotel ni. And bagus ya dia buat concept sticker tu, at least customer raya secure time covid ni ya.
ReplyDeletethis hotel looks simple, but yang paling penting it is so clean and comfortable. the view looks amazing too and everything just seems convenient!
ReplyDeleteOwwh dulu nama hotel ni Tropical Inn .. yang kat Taman Sentosa kan dekat apa nama shopping mall lama tu lupa pulak
ReplyDeleteAlamak, haritu x sempat tumpang bath tub! Ngehehee... Best lah cuti camni sekali sekala.. hehee..
ReplyDelete